Friday, May 4

Twinkle twinkle little star, how I wonder what you are.



Who lives in pineapple under the sea? Absorbant and yellow and porous is he. If nautical nonsense be something you wish,  then drop on the deck and flop like a fish. 

SpongeBob SquarePants, jangan nak pelik sangat kalau saya cakap saya peminat setia cerita ni. Haha, korang pun sama kan? Baik cakap ye cepat! *paksa* Walaupun Haikal selalu dapat tengok episode baru dan selalu ejek saya ketinggalan, ada ku kisah hehe. Sejujurnya, setiap kali tengok mesti tersenyum sensorang. Sehari tak tengok rasa macam asdfghjkl sampai mak marah mak cakap

"Kau ni Nana, dah takde cerita lain ke?! Pagi petang siang malam cerita jelah. Macam takde cerita lain je tak habis-habis spambob!"

Mak, leklu~ Pangggg! *kena tampar* okay tipu je tu. Saya tak tahu kenapa saya suka sangat tengok cerita ni sampai semua orang menyirap bila diorang tertukar siaran tetibe cerita Spongebob ada, hewhew. Sejujurnya, berulang-ulang kali tengok episode yang sama, still senyum sorang-sorang, gelak part yang sama non-stop. Haha, dah jiwa Spongebob kan nak buat cemana~ *rolling eyes*

     

Cukuplah SpongeBob sebagai mukadimahnya ya. Apa yang saya nak cerita sebenarnya ni, saya ada tiga orang tentera yahooo! Tepuk tangan sikit, tepuk tangan. Yeay! Tiga tentera yang suka buat asdfghjklzx.;dsfknj erk tak faham? Ahaha, ce bukak google translate, tengok apa maksud dia. 


Ye, tudia~ Tiga orang tentera saya. Tentera paling kuat berangan, ofcourse si minah sorang tu, Damia. Dia punya berangan, mak haih. Umur baru empat tahun, tapi mulut macam mak nenek. Bila kita marah dia, dia marah kita balik siap letak tangan dekat pinggang. Tension mak tau eish. 

Lagi sorang tentera bernama Danish, yang berbaju tidur kotak-kotak tu, dia ada satu habit iaitu suka buat muka comel dia sambil nyanyi lagu twinkle twinkle jalan terkedek. Jangan terperdaya! Sama ada dia hendak melayak anda ataupun memukul belakang anda secara tiba-tiba, jadi berhati-hati!

Yang lagi sorang tu nama dia Farish, yang nak jelirkan lidah jugak tapi tak jadi tu, dia lagi lah. Time tengah mandi dia still boleh lari keluar nak ambil bola sambil buntut terkedek-kedek dan berlari semula ke bilik air sambil kentut di merata tempat. Tak senonoh punya budak kecik -.-

Dan, apabila mereka bertiga bergabung, boomm boom bang banggg kebabommm putttt *bunyi kentut* dushh dashhh pekkkk! *kena sepuk dekat buntut sebab nakal sangat* Astaghfirullah, punya ah penat jaga diorang tiga orang. Leka sikit, dah mula berebut itu ini, leka sikit dah mula air tumpah lepastu diorang berniat baik nak lap balik tapi satu rumah melekit, leka sikit diorang dah mula ber peek pukkk boom bang balik.

Dan, satu cara nak buat mereka duduk terdiam tanpa berkata apa-apa dan bergerak walau sedikit pun.


Apabila rancangan SpongeBob SquarePants disiarkan :">




P/s : Ternyata mereka ikut perangai saya :b