Friday, July 12

Come and get it!

Assalammualaikum wbt,

Niat di hati sebenarnya memang nak update blog ni, tapi bila time nak update je tetibe rasa malas. Jadi tak jadi lah nak update kahkah. And now kena rajinkan update sebab si Byha ni nak tengok gambar. First, masih belum terlambat kan saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarakh! Semoga puasa kali ni kita sama-sama dapat kumpul pahala sebanyak mungkin, dapat puasa penuh, kalau boleh. InsyaAllah.

Tenenenenenene okay, nak cerita sikit. Haritu hm bila eh haritu lah minggu lepas punya lepas, saya bekerja. Ceh, boleh lah dikatakan bekerja. Cikgu sekolah SDAR called me and Paan, then dia suruh nyanyi untuk RTM Senawang for their symphonic band. Mula-mula rasa malas gila nak pergi, hm biasalah tu kan. Alhamdulillah lah memang best, habis show payment terus dapat. Haa tu yang best tu kihkih.


For the first time saya masuk sekolah SDAR ni and I was like *ternganga* peh peh peh tantiknyeww sekolah diewwww macam ala-ala dekat Cameron gitu berkabus haha. Saya dengan kakak saya dan Paan pehh memang eksaited gila masuk haha. Student diorang hm memang phew habis nice cantik menarik tertarik kau memang debom even ni sebenarnya sekolah lelaki. Eh, mula-mula taktahu tau yang ni sekolah lelaki, bila makan dekat kantin diorang yang memang cantik tu, tetibe pelik kenapa takde students perempuan. Then I realized oh okay tu sekolah lelaki kahkah malu betul.

Seminggu ulang-alik dari Melaka ke Senawang untuk practice and buat rehearsal sikit. Actually memang pihak RTM bagi rumah. Rumah tu seriously besar and memang cantik, but rumah tinggal. Hm, faham-faham lah kan kalau rumah tinggal lagi-lagi rumah yang besar tu duduk tiga orang je. Haa time malam ingatkan boleh tidur lena sebab memang letih gila, in fact, NO! Ahh perasaan je kot. Last last ulang alik je lagi rasa selamat haha.


Cantikkan rumah ni? But if nak tahu kenapa, duduk sendiri. Fobia tau kitorang tiga orang. Time tidur tu rasa macam ish entah lah taknak cakap haha. Okay datang practice sehari then terus balik Melaka then datang terus time rehearsal untuk practice lagi sikit. Nak tahu saya nyanyi lagu apa? Haha, k jangan gelak saya kena nyanyi lagu Sayang by Shae and Terukir di Bintang by Yuna. Haa faham-faham lah lagu tu kan ada lenggok longgek sikit, so kena lah menggedik sikit time nyanyi tu, kihkih.

  

Yeahh they are the SDAR Symphonic Band! Pasukan okestra yang memang umphh kau hebat diorang main. Comel-comel je diorang ni semua even diorang agak terkejut bila saya masuk. Haha, sekolah lelaki kan, tetibe nampak perempuan haha maybe. Practice practice and practice, then kitorang balik Melaka lepastu datang balik Senawang. Sebaiklah takde jauh mana, kalau jauh memang terpaksa lah tidur haunted house tu. 

Hari Jumaat, hari untuk rehearsal. Lepas solat Jumaat pergi RTM untuk buat rehearsal sikit. Seriously penat tak penat, memang penat lah haha. At first, I was shocked bila tengok auditorium dia pehmak ai besawwww, then mulalah tetibe rasa cuak rasa takut rasa taknak nyanyi. Like seriously dah dua tahun saya tinggalkan benda yang nyanyi atas pentas ni then kena nyanyi balik. Haa kejutan budaya lah sikit hehe. 


Haa ni lah muka letih, muka terkejut tengok auditorium RTM, ni lah muka fobia senang cerita semuanyalah. Sementara tunggu okestra practice lagu, kitorang dah terlentok dekat sit audiences. Kahkah letih gila bukan main-main. Tapi kali ni bukan datang bertiga, datang berempat. Paan ajak kawan dia haha, kesian dia sensorang je lelaki takde berteman dia keke. Meh tengok sikit pentas dia and budak-budak okestra yang comel tu hihi. 


Kakak saya yang takde kerja amek gambar dari sit tengah time kitorang tengah practice haha. Kesian dia penat sangat sampai demam-demam dah. Thanks Kak Fara sebab temankan adik dia yang comel ni haha booo. 


Pada mulanya saya kena nyanyi dua lagu, but tetibe diorang suruh berduet dengan Paan lagu Lagenda by Shiela Majid. Mula-mula serious taktahu lagu ni haha then bila dengar dengar dan dengar, alhamdulillah dah boleh kihkih. And nowwwwww keesokan harinya hari yang paling mendebarkan, Ini diaa Concert Prelude to La Reverie 2 jengjeng -.-

Haa sebelum keluar pergi pentas, amek gambar dulu dalam bilik persalinan haha. Time tu dia punya nervouskan hmm taktahu lah nak cakap cemana tapi memang nervous habis haha. 


Sempat bergambar lagi, sebenarnya memang cuak then nak hilangkan cuak ni. Bak kata Paan, "Nana, kau anggap je ni show kau. Kita buat the best tau!" Hmm :')


Ececeh, ni time dekat belakang pentas. Nak hilang takut, mai kita bergambaq. Haha gambar nak ajet jee Diyana ni tau. Ajet ajet ala pewinsessss lettew kahkah. Byha mohon jelly prr. Haha.

And now, the concert begin! 


Sayang dan Terukir Di Bintang by me hekhek.


Lagenda by Paan and Me.


Ajari Aku by Paan

Okay habis nyanyi dah lega haa kau. Kemain gedik lagi saya main kenyit-kenyit mata dekat audience haha. Ni semua kerja Paan, dia yang suruh. Tapi sebenarnya seriously saya ingat students yg duduk dekat depan itu budak sekolah, but actually itu budak Uitm and UTM and I was like..... kbye malu.

Bila dah habis, audience mintak one more song. Ahhh tidakkk lariii then Paan yang kena nyayi Ajari Aku balik, haha. And lagu tu ada backup suara perempuan, and saya yang kena buat but saya lari belakang pentas sebab kaki sakit. Heels tu mencengkam kaki peh peh. Then, lucky me sebab Paan ajak nyanyi sama-sama then diorang naik atas pentas. Yang paling nasib baik, Paan kata "Nana sebaik kau tak keluar tau sebab budak-budak yang kau kenyit mata tu semua cari kau hahahahaha" Erk.


Yeay ini dia Kak Reen, dialah yang suruh kitorang nyanyi. Hekhek seriously best, memang macam kawan-kawan dah. Habis nyanyi, ingat nak balik tapi cam biasa diorang ajak bergambar hm so..... hehe.


Yang ni Cikgu Suhaimi, dialah yang compose lagu-lagu okestra yang kitorang nyanyi. Hebat kan dia? 

 
Haaa there he is! The best conductor ever! Seriously, kalau tengok dia conduct band okestra, peh rasanya kalau dia boleh terbang, memang dia dah terbang. Tapi, hanya rambut dia je yang terbang. Memang best, kalau tengok kita pun jadi eksaited tau. Plus, cute pulak tu, haha. Nice dik, good job! 


Tengah ambil gambar tetibe ada wartawan datang "Haa ni penyanyi kan? Boleh bagi komen sikit pasal concert and okestra ni?" Peh peh saya tak sempat nak betulkan tudung semua hmm redha je lah. Muka tu err.

Okay, sebenarnya dah penat dah type upload gambar semua ni. This moment was the best ever! Bagi experience a lot, memang best! Last picture, kihkih! Assalammualaikum! :D


Bye! :)