Monday, May 7

Sungguh aku takbisa, sampai kapan pun tak bisa.


Tak pelbagai kata ku ungkap percuma agar kau percaya cintaku berharga. Sungguh aku takbisa, sampai kapan pun tak bisa. Sesungguhnya aku tak mampu. 

Aceceh, jiwang tak kita ni? Haha biasalah muka je nampak gangster *angkat kening* tapi hati itew ada taman tawu tak haha. Okay tolonglah jangan berkata sedemikian. Bajet je muka nak gangster macam Aaron Aziz dalam KL Gangster tu. Eh tak tak, Aaron tak gangster, Aaron maachioooo uuuuuu terpikat kitaaaa bila tengok dia lagi lagi dalam Ombak Rindu tu. Seriously cakap time dalam wayang saya menangis bila tengok dia menangis. Cinta sejati lah katakan. Okay out of topic ye diyana. Tolonglah. 


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ Tumpang lalu~ ✿ ✿ ✿ ✿


Sekarang ni saya dalam dilema. Ya, macam dekat Astro Oasis tu. Dilema Wanita tu. Ya, saya macam diorang. Tapi takde lah seteruk diorang haha. Kan sekarang ni result Upu dah keluar, Alhamdulillah. Saya dapat sambung belajar dekat Upu. And siapa yang tak dapat Upu tu, jangan sedih okay? Ada rezeki lain untuk korang nanti. And good luck siapa yang pergi form 6, jangan lah rasa down. Form 6 bukan senang, saya tak dapat pun form 6 tau :3

Okay macam ni cerita dia, saya dapat UiTM. Bukan asasi, tapi cuma diploma dalam bidang engineering elektrik (elektronik) dekat mana saya taktahu haha. Lepastu, saya bingung sampai rasa macam bangang nak pergi yang mana satu bila saya dapat Matrikulasi juga. Matriks saya dapat kursus setahun dalam bidang Sains. Engineering or Sains? Tiga tahun atau setahun? Dua perkara yang tersangatlah berbeza sampai saya rasa macam asdfghjkl -,-

Tu lah, dari sekolah dulu takpernah nak fikir nak sambung apa. Dulu tak habis habis dengan berangan "kau bayangkan .. kau bayangkan.. " dengan Byha lepastu buat buat pengsan. Sikit pun takde nak fikir nak sambung apa lepasni. Haa sekarang ni dah mati kutu dekat sini taktahu nak pergi yang mana. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat bantal je rasa.

Ayah nak saya jadi engineer, mak pula nak saya jadi doktor. Hohhhh -oo- Acane ni? Haaa, kang ada yang saya kahwin je ni kang haa. Haha Haikal, masuk minang cepat kita kahwin jom haha. Ehh Haikal nak ke kahwin dengan saya? haha -,-' Okay dah. Cikgu saya pulak cakap pergi matriks. Kakak saya cakap pergi UiTM. Kakak yang lagi sorang pulak cakap matriks. Haiyoo amma appa waeee? Haa kan dah bercampur india dengan korea haha. Haa nampak tak permainan dia?

Lepastu *haa tak habis lagi ni* diorang cakap pasal environment diorang pula. Diorang kata UiTM okay sebab tiga tahun. Matriks pula agak pressure sebab setahun then kena fokus habis. Tapi kalau bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian boleh kan? Tapi kena fokus, takboleh nak main-main macam time sekolah lagi dah. Rasa macam membazir lagi dua tahun tu boleh kahwin. Cukup pasal kahwin, kang ada kena debik ni kang -,-

Sekarang ni, saya hanya mampu berdoa kepada Allah, berikan saya petunjuk yang mana terbaik untuk saya. Doa dan berkat ibu bapa, insyaAllah saya akan berjaya. Amin ya Rabbal Alamin :')



P/s : Kahwin pun susah sebenarnya, haha!