Friday, June 1

Kami datang untuk menang!

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakaaaaaaaatuh.

"Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Londang Melaka!" Setiap kali taklimat minggu orientasi ni kalau tak dengar ayat ni memang tak sah. Budak-budak tidur tersenggut-senggut time dengar taklimat pun kalau takde tak sah. Termasuk saya hehe. Alhamdulillah, habis dah minggu orientasi. Dan habis juga tempoh seminggu kena pakai tudung indon kmm tu. Agak penat, tapi fuhlaweh gempak mantap gila best! Even malam-malam rasa nak nangis sebab rindukan mak ayah. Thehehe x'D

Course Sains ada tiga modul. Saya dapat modul II. Start Isnin ni saya akan belajar subjek Math, Kimia, Fizik dan Sains Komputer. Okay belajar betul-betul! Penat? Biasaaaa~ Tension? Biasaaa~ Banyak kerja? Lagi biasaaaa -,-' Penceramah ni suka cakap camni. Takpe, dia nak bagi semangat tu kan kan.


Yang ni semua roommate saya. Kecuali yang baju oren tu mwehehe. Satu bilik ada empat orang. Alhamdulillah, dapat roommate yang sekepala gempak mantap jugak ehehe. Diorang lembut je, tapi kelakar. Tak membosankan pun, suka gelak-gelak dalam bilik sampai budak dekat bilik depan (baju oren tu) datang tanya 

"Haaai, korang ada buat party ke? Nak join boleeh?~"

Haha, se-sebok dia pun, dia kelakar! Yeah, kami gang Kpop bhaha XD Bila perhimpunan dekat Astaka mesti nyanyi lagu BigBang. Lepastu mula lah cerita pasal yang tu cute yang ni cute sampai dah eksaited macam nak jerit-jerit je haha. 


By the way, yang ni bilik saya. Bairah ni sebok je ahaha tau hehe. Cantik tak? Cantik kan, k saya tahu takyah cakap lagi dah. Dinding yang ada blok-blok tu pun cantik kan? K saya tahu jugak. Memaaaang cantik ditambah lagi dengan keadaan katil dan meja belajar yang kemas tersusun rapi kaan. Saya tahu tu -,-

Bilik saya tingkat tiga. Apa yang bestnya, haaaaa bilik ni kaann sebelah toilet je. Senaaang nak rebut haha. Ehh tak payah rebut. Agak-agak tak dengar bunyi shower tu, haa kosong lah tu. Time tu lah apalagi pecut kalah f1 amek barang mandi tuala kain batik semua sampai terlupa nak pakai selipar pergi mandi. Ehehe. 


Masa ni nak pergi surau untuk solat maghrib berjemaah. Ehh Byha pun ada? Well, dimana ada saya, disitu ada Nabihah. Ehehe, alhamdulillah, sampai sekarang kitorang dapat bersama. Sekolah sama, kelas sama, kerja sama, belajar pun sama. Cuma modul je tak sama. Okay la tu, atleast boleh jumpa haha. Dengan Bairah ni pulak, tak habis-habis buat trademark KMM "Gempak! Mantap! Gempak! Mantap!" sambil buat gaya tangan ke kiri ke kanan dah macam orang asli.


Time riadah paling best! Seriously best. Gempak! Mantap! Gempak! Mantap! Ehehe, okay mesti tertanya-tanyakan kenapa dari tadi tak habis-habis gempak mantap semua. Time riadah, kitorang buat trademark KMM - "L" sign. L stands for Londang. Then ada dua trademark yang sememangnya menaikkan semangat hehe. Saya paling suka part 

"Boom boom shakalaka boom boom uuuuuu~"
"Matriks Melakaaaa Gempak! Mantap! Gempak! Mantap!"

Dimana "gempak" dijerit oleh budak lelaki lepastu budak perempuan sambung "mantap" ahaha k seriously best kelakar gila gempak mantap ehehe. Sambil buat gaya hentak kaki ala-ala lagu we will we will rock you, rock you!


Okay time ni paling best. Malam penutupan minggu orientasi. Paling best sebab dia ada buat announcement "Pelajar perempuan siapa yang nak balik malam ni dah boleh balik" Ya Allah, kauu tahuu dia punya semangat haaaa terus call mak suruh amek malam tu jugak ehehe. Apalagi, siap nyanyi "I'm coming home, I'm coming home, tell the world that I'm coming home~"

"Maka, dengan ini saya merasmikan penutupan minggu orientasi bagi pelajar baharu sesi 2012/2013"

Haa kau terus berdesup pergi unit fello sebab nak amek borang balik. Alhamdulillah, pukul 11malam semalam dah sampai rumah ehehe. Seronok sangat! Harini dengan esok nak berkepit jee dengan semua orang melepaskan rindu hehe.



P/s : Seronok dapat balik! XD