Wednesday, May 15

What a strong girl.


Assalammualaikum wbt,

Di sini saya ingin berkongsi mengenai sebuah cerita. Seorang perempuan yang sangat tabah, sangat kuat. Semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia mahupun di akhirat. Seorang gadis yang bernama Nur Sabrina bt Abu Bakar, sekolah pelajar yang bakal mengambil peperiksaan besar, peperiksaan yang menentukan masa depannya, spm. Sabrina seorang anak tunggal, tinggal bersama emak dan ayahnya di Kampung. Dulu, setiap kali pergi sekolah dan juga balik daripada sekolah pasti dijemput oleh ayahnya. Emaknya pula agak garang, selalu menjaga apa-apa yang patut dijaga. Bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap nasi untuk anak tunggalnya. Beliau seorang emak yang sangat penyayang. 

Pada ketika itu, mendapat berita yang emaknya menghidapi barah payudara. Makan masa yang lama untuk sembuh, tetapi akhirnya keadaan emaknya semakin teruk. Emaknya tidak dapat bertahan lama. Pada tanggal 30 Mac 2013, emaknya telah meninggal dunia. Lama juga emaknya menanggung kesakitan, dan akhirnya, Allah telah mengambil semula apa yang dipinjamkan dari Sabrina. Dia yang menguruskan kenduri tahlil arwah emaknya, uruskan harta-harta peninggalan arwah emaknya. Dia sangat tabah, dia berjaya tidak menunjukkan perasaan sedihnya di hadapan orang lain. Tapi, dalam hatinya siapa je yang tahu..

Semenjak ketiadaan arwah emaknya, keadaan ayahnya yang sememangnya sakit semakin bertambah teruk sebab tiada lagi arwah emaknya yang menjaga pemakanan ayahnya. Dia yang menjaga ayahnya. Siang dia ke sekolah, tuisyen tetap pergi. Sangat bijak membahagikan masa. Alhamdulillah. Tetapi, takdir Allah telah tentukan segalanya, keadaan ayahnya semakin teruk. Bertambah teruk. Ayahnya di masukkan ke wad di Hospital Besar Melaka. 

Pada hari pertama ayahnya dimasukkan ke dalam wad, Sabrina tidak dapat melawat ayahnya sebab ada hal yang perlu diuruskan. Pada hari keduanya, apabila dia datang melawat, dia melihat keadaan ayahnya sangat menyedihkan. Wayar di sana sini, dipakaikan pampers sebab darah yang keluar terlalu banyak. Ayahnya menghidap ulser di usus perut. Dugaan Allah terhadap Sabrina, dia menangis melihat keadaan ayahnya. 

Setiap hari dia melawat ayahnya, kadang-kadang dari sekolah dia terus datang ke hospital tunggu keadaan ayahnya untuk sembuh. Dan sekarang, peperiksaan sedang dijalankan, pelajar lain sibuk ulangkaji, tapi Sabrina hanya mampu untuk menjaga ayahnya yang terlantar di katil dengan bantuan pernafasan. Semalam, saya teman dia melawat ayahnya, dari habis waktu sekolah sampai malam dia menemani ayahnya, tanpa keluh dengan baju sekolahnya. Dia selalu memanggil "Ayaahhh", dan alhamdulillah mata ayahnya terbuka. Bila nak balik, dia akan kata "Ayah, saya balik dulu. Besok saya datang balik"

Tapi, semalam doktor nak berjumpa dengan seluruh keluarga, doktor ingin membuat keputusan. Adakah pihak hospital harus membuat pembedahan, tetapi akan mengambil risiko yang sangat besar. Ataupun memberikan electric shock apabila ayahnya tidak menyedarkan diri, tapi berkemungkinan besar tulang ayahnya akan patah oleh disebabkan sakit yang terlalu teruk. Dan, mereka membuat keputusan, tak perlu lalukan semua itu sebab akan menyeksakan lagi ayahnya. 

Lepas isyak, kitorang balik rumah. Mandi, makan dan baru nak berehat, dapat panggilan dari pihak hospital. Doktor cakap keadaan ayahnya sudah tenat. Sabrina menangis, bergegas ke hospital bersama kami semua. Sepanjang perjalanan ke hospital dia menangis. Dia baru sahaja kehilangan emak tersayang, dia tak mahu kehilangan ayahnya pula. 

Bila dah sampai dekat hospital, tengok keadaan ayahnya sudah tidak bergerak. Line yang ada dekat alat bantuan pernafasan dah tidak bergerak. Nurse yang jaga disitu kata bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Allahu Rabbi. Kuat betul dugaan Allah terhadap Sabrina. Dia menangis, tetapi dia tahan. Dia maklumkan pada semua orang, bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ayahnya telah meninggal dunia pada jam 10.24 malam, tanggal 14 Mei 2013.

Ingin dikebumikan pada malam semalam, tapi bilal tak ada. Jadi kena tinggalkan arwah ayahnya di dalam bilik mayat. Pagi tadi, lepas subuh kitorang gerak ke hospital untuk uruskan jenazah ayahnya. Dia sangat kuat, dia masih boleh tersenyum. Dia masih boleh berbincang. Jenazah ayahnya bawa ke Gadek, kampung asal arwah ayahnya. Dimandikan, dikafankan, dan selesai dikebumikan. 

Kisah sedara saya sangat tragis, dia baru sahaja kehilangan arwah emaknya selama sebulan 16 hari, dan hari ini, dia kehilangan ayahnya. Dia tiada siapa, tiada adik beradik, tiada ibu bapa. Tetapi, Allah tak akan uji umat-Nya jika umat-Nya tidak mampu kan? Sabrina sangat tabah, tapi dihati dia, Allah yang tahu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusannya, termasuklah urusannya untuk menghadiri peperiksaan spm yang akan menjelang. 

Bismillahhirahmannirrahhim, Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Allahyarham Abu Bakar bin Talip dan Allahyarhama Zaiton binti Othman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, diampunkan segala dosa-dosanya, dilindungi dari azab ketika di alam barzakh, amin. 

Al-Fatihah.

Saturday, May 11

I just wanna feel this moment.


Assalammualaikum wbt.

Pada mulanya saya taknak update. Malas dia haa kau takyah kira berapa, infinity pun kalah. Tapi harini tetibe rasa macam oh tidak kenapakah apakah yang tidak kena pada diriku ini, adakah terlalu rindukan si dia yang tersayang yang tengah sibuk berorientasi hakhak sehinggakan dah tengok banyak movie, lepastu sambung tengok tv pun rasa tak okay, makan pun rasa tak puas, diri rasa tak tentu arah dan rupa rupanya masalahnya adalah, saya boring. Ye saya boring, jadi saya update blog. K.

Phew pheww *tiup tiup* Prr lamanya saya tak update blog. Hm, bila dah lama tak update, tetibe rasa banyak benda nak diceritakan, haha. Eh eh tahu tak tahu tak, saya dah berjaya menamatkan pelajaran di Matrikulasi. Ohyeah, no more kena paksa balik hostel before 7pm bila Sabtu Ahad, no more jumpa Pak   and Mak Guard yang garang sangat tu. Ish benci betul. Asyik kena marah je tau.

Tapi, tu je lah yang tak best. Eh ada lagi satu, no more study hard. Hakhak. Rehat sekejap ye. Hm okay tu je yang tak best. Yang lain best, classmates yang memang umphh, roommates yang memang sangat memahami dah macam adik beradik kembar tak boleh berpisah.




Oh yes, this is what we called S22P4. Diorang best, diorang kelakar, diorang baik, diorang pandai, diorang kadang-kadang annoying, diorang kadang-kadang comel, diorang itu, diorang ini semuanya diorang lah. Sangat seronok, walaupun baru setahun kitorang kenal, tapi banyak yang kitorang belajar. Banyak kenangan yang kitorang bina, banyak sangat. Sangat.




Haa time ni kitorang buat jamuan, I mean, last jamuan. Best, serious best. Mula-mula taknak main, takut sunburn. Haha gedik tak saya gedik tak? Eh tak okay sebab lepastu saya dah tak heran dah, redha je suburn pun sunburn je lah asalkan dapat have fun dengan classmate. Serious memang best, lagi lagi time main bola beracun. Hm, sebab time tu lah boleh lepaskan geram, kalau ada sakit hati dekat sesape ke, baling bola kuat-kuat kat diorang. Kahkah *gelak jahat*




Ada Ah Sikit? Haha, jangan terkejut dengan trademark kitorang. Erk, memang tak macam trademark pun, puihh. Haha, well, ada ah sikit. Kbye. Hm, korang, korang memang the best. Memang umphh! Hm, lepasni mesti rindu korang. Teringat pulak time dalam kuliah, asalkan saya menyanyi mesti ada yang tukang sambung. Bila saya tidur, ada je yang tukang amek gambar, bila sorang menyanyi dalam kuliah, lepastu yang lain sambung dah boleh buat mini choir lepastu orang pandang. Hm, rindunya dekat korang! K k sabar. Sedih pulak tetibe *lap air mata*

Stop cakap pasal classmate yang suka buat saya sedih tu. Stop stop! Cukuplah cukup. Sudah cukup cukup sudah. Meh saya nak cakap pasal roommates saya pulak. Nina, Nadia, dan Yun. Diorang kan, hm seriously, I dont know how to describe, but diorang memang baik. Dah macam family. Adik beradik yang sangat rapat, sampaikan pergi mana-mana mesti berempat. Bila sorang takde, mesti semua benda tak jadi. Bila sorang sedih, yang lain happykan. Bila yang sorang tension, yang lain pun rasa tension jugak. Sebab apa? Sebab nanti kena marah asyik kacau orang je.






Bila saya menangis, diorang bahu saya. Bila saya gembira, diorang gelak dan tawa saya, bila saya perlukan seseorang, diorang ada untuk saya, bila saya rasa takut nak mandi, diorang ada temankan saya, bila saya malas nak basuh cawan, diorang ada membebel setiap hari suruh basuh, bila saya hm k dah dah kang semua benda keluar haha. Malu le itew. Diorang best, memang geng lah senang cerita. Thanks, thanks and thanks. 

Semua benda kitorang mesti buat sama-sama. Teringat time kitorang jalan kaki dari Pantai Pengkalan Balak sampai Matriks time hujan sebab nak mandi hujan. Tapi, hajat tak kesampaian sebab kena marah dengan pakcik teksi tu. Dia kata bahaya jalan kaki, so dia hantar kitorang sampai Matriks. Balik tu tak puas mandi hujan main air dalam toilet. habis basah semua. Sampai kena marah dengan budak lain sebab bising. And yes, kitorang still main dengan gembiranya.

And boleh dikatakan bilik kitorang, B2.3.10 selalu kena tegur dengan ketua wing *jelir lidah* sebab selalu bising. Bising kalau sikit takpe, ni kuat gila haa kau sampai saya dekat bawah pun boleh dengar suara diorang. And paling memalukan, kitorang tengah rakam lagu sambil joget depan webcam, budak wing datang masuk bilik nak baca Al-Mukh. Prr, k sangat malu okay. 

Dan bila saya tension, diorang mesti buat saya gelak. Ada sekali tu, saya baring dengan penuh rasa stress melampau, tetibe diorang dah takde kerja duduk tengah bilik buat dikir barat. Haa kau dia punya bersemangat tepuk tangan sambil kira sampai 20 then dengan kaki terangkat-angkat. Haha, lawak gila. Hm, and korang, jangan lupa ya kita rakam video kita buat taichi depan sign Kolej Matrikulasi Melaka. dengan yakinkan menari nari kat situ depan lampu dengan penuh harapan dan yakin yang orang takkan nampak kitorang joget-joget, tapi sebenarnya orang nampak. Memalukan sungguh. 

Hm, kalau nak cerita semua, banyak sangat. Tak cukup, walaupun baru setahun saya tinggal dengan diorang, banyak sangat kenangan. Kalau gambar tu lah kan, baru setahun laptop saya dah penuh dengan gambar diorang. Banyak. banyak sangat kenangan. Dan, sepanjang setahun saya tinggal dekat Kolej Matrikulasi Melaka, banyak benda yang ajar saya. Alhamdulillah, semoga perubahan yang ada pada diri saya ni, kekal. InsyaAllah kekal. Banyak dugaan, banyak halangan, banyak gelak, banyak suka duka semua banyak. Thanks for everything, thanks a lot *lap air mata lagi*



Assalammualaikum wbt.