Saturday, September 28

I just walk away, I will always want you.

Assalammualaikum, kalini post tanpa gambar. Saya cuma nak type. Type apa yang saya nak. Jadi mungkin post kali ni macam lain sikit, mungkin lah.

Makin kita besar makin besar masalah kena hadapi kan? Macam-macam jenis. Tapi yang paling teruk, masalah yang sama berulang kali. Saya tak dapat nak selesaikan satu masalah ni. Dah bertahun masih lagi menghadapi masalah yang sama. Betapa bodohnya saya sepatutnya masalah tu dah diselesaikan, tapi saya tak selesaikan. Malah jadi teruk.

Takpe, Allah kan ada.

Sunday, September 22

Gotta get up and try.


Assalammualaikum, jawab kalau sayang, kalau tak sayang jawab jugak. Sebab hukum menjawab salam adalah wajib okay. Kehkehkeh.

Ayat cembiasa, "Whoa dah lama tak update blog lah. Kesian blog dah berhabuk (tiup screen)" Bukan busy ke apa tapi malas. Malas dia punya malas peh memang malas yang macam malas tu yang dinamakan malas yang teramat malas. Senang cerita, malas. 

Why do we fall in love so easy? Ever worried that it might be ruined? And does it you make you wanna cry. Said are just getting by? Where there is a flame, someone's bound to get burned. But just because it burned doesn't meant you're gonna die, you gotta get up and try. Hm dah tak payah nak berkalis lagi dah nak tulis, no I mean type lirik lagu. Senang cerita, saya dah penat dah jaga hati dan perasaan orang tapi apa yang saya dapat balik? Heartache. Yeah it's a heartache. Bye.

Alhamdulillah, sekarang ni dah tiga nak masuk empat minggu saya dekat UTHM. So far so good, minggu orientasi pun best, belajar main tepuk tepuk contohnya tepuk selesa tepuk cikka pukka tepuk senyum malu dan tepuk tepuk yang lain sampai rasa nak je tepuk faci yang tak habis-habis suruh buat tepuk segala tepuk tu. Ish tepuk sekali kang baru tahu. Sebaik comel.

 

Ehh mana sesat tetibe minah tiga orang ni? Eh eh eh siapa ni? Oh tidaaaaaaak! Haha k k ni roommates baru saya dekat sini. Dari kiri datangnya dari Kelantan, ke kanan Kedah dan paling Kanan dari Selangor. Boleh bayangkan tak betapa blur nya saya bila diorang cakap bahasa negeri diorang? Hm okay takpe faham. Memperkenalkan, dari kiri, Ros, Dila dan Ana. Booooo (baling telur) haha k k gurau. 

 Setakat ni okay lah dengan study, still baru. Masih belajar benda basic. Duduk dekat sini pun okay lah. Hm okay lah. Tempat baru, still tak tahu menahu selok belok kehidupan kat sini. Ecehcehwah. Hostel dia pun okay lah, even kenkadang takde air, kena turun amek air dekat tangki lepastu angkut naik tingkat tiga. Seminggu turun naik amek air. Boleh bayangkan tak betapa toughnya tangan saya? Haa jangan main-main kalau saya tumbuk awak apa pun takboleh sebab tangan lembik haha. 

Kalau dari hostel nak pergi class, nak taknak ada yang kena naik bas. Kalau nak jalan kaki boleh, tapi lepastu bolehlah cabut kaki tu. Jauh okay jauh. Bas sentiasa di hati puih! Tapi kadang-kadang rajin (ehem ehem) jalan lah kaki sebab adalah class yg tak jauh mana haha.

Okay lah, dah pukul 10pm. Tapi kata nak buat assignment pukul 9, tapi tetibe tengok jam dah pukul 10. Jam ni mungkin cepat sejam mungkin. Dasar pendengki betul. Okay, have a blessing day semua. I love you! (flying kiss) (Bajet retis) Booooooo eee bye.

Assalammualaikum :)