Tuesday, December 11

Never forget what it taught you.

Hi, assalammualaikum.


Saat kau pergi, berlinanglah air mataku. Betapa singkat ku rasakan kebahagiaan itu, kini lenyaplah sudah. Tak pernah ku inginkan perpisahan ini terjadi. Ku hanya bisa merelakan jika memang kau fikir inilah yang terbaik. 

Hai, saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, ku menghitung hari kini apa yang ku nantikan telah tiba - tarikh perkahwinan. Ye, saya bakal bertunang pada 2010. Dan kami ikat 3 tahun, dan akan berkahwin pada tahun 2007. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan saya ye. Hihi. 

Semalam adalah tarikh keramat untuk budak matriculation. Tarikh yang buat diorang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, kentut tak lepas dan kerja tutorial yang tak pernah tak ada. Semalam result final, ataupun PSPM keluar ataupun nama panjang Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Result keluar pukul 3, bila pukul 2.59, budak-budak semua nampak tak tentu arah. Seolah-olah matriks dilanda ribut taufan yang membuatkan mereka tidak senang duduk. Termasuk lah saya, ehem.

Semalam, rasa macam taknak tengok je result yang tertampal dekat dinding tu. Taknak punya taknak, last last tengok jugak. Tension aku dibuatnya, budak-budak riuh kecoh tanya berapa pointer dapat, ada yang call, ada yang ajak pergi tengok sama-sama. Tension tahu tension. Hm, sebenarnya takut. Ish, gila tak cuak nak amek result tuu wehhhh hmm *mata ke atas*

Budak lain semua tengah sibuk berhimpit-himpit nak tengok papan puaka tu, tapi sebaik lah saya hanya mampu berdiri sebelah tiang tunggu bila nak kosong haha. Tapi, Izma dah tengokkan dulu. Dia eksaited gila datang dekat saya lepastu cakap "Diyanah! Kau dapat 3.8!!" And i was like

"Ehh tipu. Kau salah tengok! Tengok lagi sekali wehhh!

Dan bila saya tengok, syukur alhamdulillah syukur sangat-sangat. Saya dapat 3.82 untuk semester satu ni. Taktahu nak rasa apa, sebab memang tak jangka akan dapat macam tu. Rasa macam nak sepak-sepak muka, rasa macam mimpi je *lempang lempang muka*

Hm, syukur alhamdulillah sangat. Rasa terharu sangat, rasa sedih sangat, rasa gembira sangat, rasa semua ada rasa sangat. Eh? Haha. And ehem ehem, CONGRATULATIONS to my beloved friend forever, Nabihah Osman, and hyper-active roommate, Nina Nadia Nawi, and my clever ever girl, Izma Emira Farhanie! Diorang dapat 4flat kau tahuuuuuuu! Hebat tak hebat kaau. Saya yang dengar ni pun rasa nak menangis T_T

And one more thing, pasal SPA tu, haa spaa yang urut kaki tuuuu... Ehh bukan lah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, haa. Pasal interview nursing haritu, alhamdulillah, saya lepas di temuduga. Sekarang ni tengah fikir sama ada nak sambung matriks atau beralih ke bidang nursing tu. In progress..

Apapun, syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah. Syukur, terima kasih ya Allah! Terima kasih juga kepada lecturer saya yang comel-comel belaka sebab sudi mengajar, classmate yg tolong saya, roommate yang sentiasa bersabar dengan saya. Eceh, ada tak macam ala-ala dapat award? *muka mintak lempang*



My S22P4 :-) 


Bye, assalammualaikum.

Saturday, December 8

Just gonna stand there.

Hi, assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.




Past, is the past. Apa yang dah jadi tu, jadi. Kita kena terima seadanya. Walaupun ia sangat menyakitkan kita, inshaa Allah, suatu hari nanti Allah akan memberi sesuatu yang kita tak duga. 



*krik krik krik krik* 



Hai, pejam celik pejam celik dah dua minggu saya dekat Matriks untuk sem dua ni. Haa jengjengjengggg *muka bangga* Tapi, kerja dia still the same. Baru masuk dah kena fikir pasal projek, pasal itu, pasal ini. Sehari tanpa kerja ibarat salji turun di Malaysia. Haa nampak betapa benda ni tak pernah berlaku. Maksudnya tak pernah sehari takde kerja. Faham tak? Haa. Apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. 


Korang nak tahu tak, meh sini cepat. Duduk rapat-rapat sikit, mari mari lai lai! Haa, sem dua ni kan kan kan saya ada subject Ko-K. Muahahaha k eksaited you know sebab mengharapkan aktiviti Ko-K dapat senamrobik. Dekat sini, seramrobik dia best gila kau tahu, ada pertandingan, dah macam buat break dance pun ada haa. 

Lepastu, apa yang diimpikan, akhirnya dapat. Hekyahhhhh *dancing* Satu class eksaited sebab dapat joget-joget. Balik bilik tak menyempat letak barang terus bagitahu roommate dapat senamrobik. Haa nampak tak ke-eksaited-an saya dekat situ? Well, saya kan penari terbaik. Haa kelas kau maria. lol.

Minggu depannya tu, tetibe lecturer yang ajar senamrobik tu tukar. Elok dah dapat senamrobik, habis seramrobek jadinya. Elok dapat main joget-joget, dah takde dah. Sungguh dengki mereka terhadap saya. Hm, lecturer masuk je terus cakap 

"Saya akan mengajar kamu Kelab dan Persatuan. Kamu akan bermain SQUASH" 

Whatttt! Squash? Haa saya hebat bermain squash you know. Hebat sampai seumur hidup saya tak pernah pegang bola dia ke apa ke semua tak pernah. Hm, apa boleh buat, sekali lagi, tahi kambing bulat-bulat. Terima je lah squash tu. Nanti mana tahu boleh gantikan Nicol David. Tolong lempang saya. 


Tak sabar nak tunggu 31 Disember ni. Hikhik ♥