Tuesday, May 15

Kau terima apa adaku.

Hai, Assalammualaikum murid-murid. Harini saya nak kongsikan cerita saya ketika saya di zaman persekolahan dahulu kala, cehh. 

Dulu, dari saya form 1 sampai habis sekolah, saya mesti dapat kelas tingkat paling atas dan terletak hujung bangunan. Dan apa yang tak tinggal, keluhan ketika naik tangga hari-hari dari form 1 sampai form 5 "Aduhyai, bila lah nak sampai ni" lepastu "Apahal tangga ni tinggi sangat!" dan bila dah nak sampai "Fyeah! Sikit lagi sikit lagi, aku boleh dan yeaaaaaaaahhhhhh!" Lepastu semput. Itulah rutin harian saya time sekolah dulu.

Dan sekarang, saya nak ceritakan kenangan saya dengan cikgu-cikgu saya. Dekat sikit meh. 

Saya takde dalam gambar, tak aci ni -,-

"Assalammualaikum Tuan Haji!" Haa, yang ni ayahanda kami. Guru tingkatan 5Emas. Hok ohh, sepesel kan nama kelas kitorang? Well *tangan dibahu* Cikgu ni suka panggil saya dengan Farahin artis malim. Err haha. Cikgu ni ajar kitorang subjek Sejarah. Time dalam kelas, sejujurnya saya tak pernah bagi perhatian time dia mengajar. Duduk paling depan lepastu gelak-gelak sampai cikgu dah amek raket badminton nak ketuk saya. Lepastu, bila sejarah, perkara biasa berlaku lah kan - mengantuk to death. Mula lah nak suruh cikgu cerita pasal firaun ke apa ke sebab taknak belajar sejarah punya pasal. Cikgu pun leka cerita, kitorang pun leka suka kegembiraan.

Time Spm dah dekat, cikgu semua risau suruh kitorang concentrate. Time cikgu bagi soalan suruh jawab, saya keluar senyap-senyap dari kelas pergi main hujan depan kelas dengan member yang lain. Geng mak ayam saya, mwehehe. Main hujan dah terjerit-jerit tergelak-gelak sampai cikgu keluar suruh masuk kelas. Lepastu keluar balik main balik hujan. Cikgu, maaf ye. Mesti darah cikgu naik kan. Tapi takpe, kami comel sebabtu cikgu marah kejap je. Eh? Haha.

Okay, dalam ni ada saya baru aci :D

"Hello Cikgu Sherryyy~" Hek ehh, top kan nama cikgu bm saya? Haha, well lagi sekali. Okay leklu, jangan lempang saya tolong *angkat tangan* Cikgu Sharinor ni best. Supporting gila, but kadang-kadang biasalah bila dah marah tu, mesti semua diam kan. Cikgu bm amat pentingkan gred dalam exam. Siapa yang tak dapat A haa siaplah kau kena. Nak dijadikan cerita, time exam cikgu masuk kelas terus cakap "Ada 15orang tak dapat A, saya sebutkan nama sila berdiri atas kerusi" Masa tu saya punya takut sampai nervous system saya ni dah macam hape dah. Nama demi nama dah sebut. Tinggal nama ke-14 dan saya haaaaaah lega nama aku takde. Tiba nama ke-15 cikgu sebut "Nur Diyanah Hamzah" dan saya dah asdfghjkl!

Bila dah kena diri atas kerusi, dah kena cubit dekat perut sampai rasa nak menangis tahu. Mak haih first time saya kena cubit dekat perut. Mata terus berair, sakit gila weh sakit sampai member india saya tu terus sapu Vicks dekat perut dia. Lol! Dah lah kena diri atas kerusi, kena cubit lagi. Lepastu cikgu marah cikgu kata "Saya cabar awak dapat A dalam bm masa Spm nanti. Cemana boleh tak?!" dan waktu Spm saya berjaya buktikan dekat cikgu. Cikgu menangis sambil pegang pipi pau saya dan cakap "Happy tak dapat A?" sambil menangis :')

Gemuknya -,-

"Hai Cikgu DJ!" Haa yang ni cikgu math saya. Dan cikgu ni jugak part-time dj. Bila ada apa-apa function mesti muka dia je yang jadi dj. Seriously, cikgu ni dah macam member-member kitorang je. Time dalam kelas, dia mengajar. Tapi prinsip dia, time dia ajar, siapa nak belajar, focus. Siapa taknak, takyah belajar. Tapi yang peliknya bila tak buat kerja tetibe kena rotan. Err biasalah tu kan. Lepastu suka cakap kitorang "Kau ni macam mak nenek lah! Memekak je dari tadi" Cikgu ni ada habit tau. Habis rotan kitorang. Time dia masuk kelas je rotan dia mesti merayap -,- Lepastu mulalah kitorang mula bergymnastik dalam kelas tu nak elak daripada kena rotan. 

Tapi, luar sekolah, dia gila best! Jadi dj, jakgi dengar suara dia je yang karoke. Tak boleh jadi, geng! Serbu~ Dah mula lah dari pagi sampai petang kitorang dekat situ. Berduet dengan cikgu, nyanyi ada yang joget joget. Cikgu layankan aje. Cikgu serious okay. Cikgu, even saya tak belajar math time dalam kelas, saya bersyukur sangat cikgu ajar saya math, saya faham gilo. Even kadang-kadang bila saya tanya cikgu soalan cikgu malas nak layan saya. Err takpe saya faham -,-

Masa amek result SPM :'D Dari kiri : Ieya, Bairah, teacher, saya, Byha, Farahin.

"Hei apalah masalah anda? *rolling eyes*" Haa ni tagline wajib teacher Lim time mengajar dalam kelas. Biasalah bila mula nak belajar addmath madang blur je otak ni. Bila tanya punya tanya, dia dah naik bengang, mengajar sambil ketuk kapur kuat-kuat dekat papan hitam. Lepastu bila kitorang tak faham, haa dia mula lah nak jadi mak tiri. Tangan disilangkan, mata ke atas sambil mengajar. Dan saya selalu cakap dekat kawan sebelah "Weh, cuba kau tengok muka teacher, cam bagus je kan?" lepastu dah gelak-gelak XD

Ada satu part tu, member tanya soalan dekat teacher. Dia mula lah nak marah mengamuk membebel semua. Lepastu dia marah Byha pulak sebab byha pun pergi tanya soalan dekat dia. Kebetulan Byha duduk sebelah saya time tu. Teacher pulak marah marah pandang Byha. Macam biasa, buat muka cembagus teacher tu, lol. Byha dah tunduk tersengih-sengih lepastu pandang saya yang tengah cuba buat muka serious. Jakgi Byha bengong pergi cakap dekat saya "Itew nak tanya soalan tu dekat teacher je kan kan" dalam nada bisik dan muka poker face dia tu. Saya yang cuba buat muka serious tu terus terbantut dah takboleh nak tahan, badan dah bergegar-gegar tahan gelak. Teacher bengang je time tu haha.


"Hai Ustaz comel~" Ustaz ni memang best. Kelakar habis, supporting habis, dan apa yang habis betul-betul habis nye, saya takpernah lengkapkan kerja rumah yang dia bagi. Hehe. Bila dia suruh hantar, mesti cakap esok. lepastu esok cakap esok lagi sampailah habis sekolah hehe. Ustaz ni best, kelakar. Bila belajar bab kahwin mula lah ustaz kata dia ada kosong lagi tiga bhaha! -,- Lepastu bila ustaz tanya ada soalan ke tak, mula lah ada sorang member saya tanya soalan ala-ala drama melayu tu. Sebaik dia comel, kalau tak dah lama saya rejam bantal dekat dia hehe.

Time datang sekolah nak amek result, terserempak ustaz, dari jauh ustaz dah jerit "Nanti jangan lupa bagitahu saya result awak. Saya taknak tahu yang lain, saya nak tahu agama je heheh" Dan kitorang dah "err ustaz ni kan, sibuk je tau -,-" tapi cakap dalam hati je lah. Berkat doa dan usaha kami, semua berjaya dapat A dalam Agama untuk Spm :D Alhamdulillah. Even saya tak pernah hantar nota or kerja rumah, tak pernah hafal Pafa tapi ustaz tetap luluskan jugak hehe. Syukran ya Ustaz :D


"Awak dah tingkatan empat, takkan tak tahu lagi time biology kena pergi makmal? Takkan saya nak panggil awak macam cikgu-cikgu lain?!" First class bilogy time form4 dah kena marah. Selalunya cikgu lain akan bagi intro kenal kenal semua, tapi datang je cikgu Fazura, haa intro baik punya dia bagi. Semua takut nak terkencing time tu. Nampak tak ketakutan yang dialami? Cikgu time mengajar memang superb tegas garang. Lagi-lagi time dia lalu sebelah time buat latihan, memang tangan tak boleh nak gerak. Dalam makmal, tak sah kalau tak mengantuk. Duduk paling depan pulak tu. Kalau mata ni terlelap kejap je haa kau tunggu lah. Punya lah takut sampai mata ni tahan punya tahan. Nak cakap dalam makmal lagi lah takut. Sampai nak cakap dengan Byha yang ada dekat sebelah ni pun tulis dekat dalam buku. Tu pun buat ala-ala salin nota, lol.

Tapi, baruku tahu. Segarang-garang cikgu Bio saya ni, gedik dia tetap ada haha! Time dia garang, haa nak gerak pun takut. Tapi time dia okay, alalala cikgu comel nyeee! Time amek result Spm, sejujurnya terharu bila dia menangis sambil peluk saya lepastu cakap "Eeeee anak murid aku pandai lah, sukanya aku!" walaupun saya cakap "Tapi cikgu, bio saya tak dapat A -,-'" Rasa terharu gila bila cikgu cakap camtu :'D

Ini semua act depan camera je okay lol.

"Hai Mama Peah~" Walaupun cikgu Rafeah ni tak pernah ajar saya dalam kelas, dia banyak bagi saya semangat, dorongan semua. Cikgu selalu ambil berat pasal subjek Sejarah saya even kitorang kalau jumpa mesti dekat bilik muzik. Cikgu ni memang serious supporting! Tak tipu. Kadang-kadang selalu mintak tolong cikgu hantar balik rumah, hehe. Cikgu selalu ceritakan apa-apa dekat kitorang time dalam bilik muzik even budak-budak ni tengah main alat muzik. Bayangkan kitorang dengar atau tak apa yang cikgu cakapkan tu. haha, main angguk je kononnya dengar apa yang cikgu ceritakan tu haha.

Time balik sekolah, mesti kitorang lepak dekat bilik muzik. Bersuka ria dalam tu dengan cikgu Rafeah dan cikgu Syikin. Bilik muzik dah macam rumah kedua bagi saya dan cikgu dah macam emak saya dekat sekolah :'D Terima kasih cikgu sebab cikgu banyak menaikkan semangat saya. Saya sayang cikgu. 

Yeah kami geng biru walaupun saya dan byha rumah sukan merah dan Bairah rumah sukan kuning xD

 "Korang ni memang macam mangkuk tingkat betul lah!" Well, saya dah biasa dah dengar ayat ni dari cikgu Syikin aka Mama Otin saya ni. Cikgu Syikin pernah ajar saya Sejarah time form2 je. Lepastu takde ajar lagi dah. Tapi, cikgu ajar saya benda lain. Ilmu yang berguna untuk saya teruskan hari saya. Banyak dah halangan kami tempuh bersama. Time band, time latihan untuk konsert gala muzikal selalu pasang niat nak ajak cikgu pergi mcd tapi mesti tak menjadi haha. 

Teringat time nyanyi lagu "Kaulah Segalanya" dengan cikgu. Latihan untuk nyanyian solo. Cikgu nyanyi sekali dengan saya. Teringat time first time kena nyanyi depan cikgu time dalam bilik muzik. Cuma saya dengan cikgu je dalam tu. Nampak tak betapa takutnya. Tapi tu dulu lah, sekarang ni, siap pasang muzik pasang microphone lepastu memekak depan cikgu. Tak pasang muzik suruh member main piano kitorang bersuka ria haha. Tapi sebaik cikgu ni penyabar orangnya haha. Kalau tak agaknya dah lama kena maki kot. Err kena maki dengan cikgu Syikin? Dah biasa. Well *angkat bahu*

Okay, sekarang ni saya nak cakap ni. Ohh cikguuuu tengok ni :D 





P/s : TERIMA KASIH CIKGU! JASA CIKGU TAK AKAN SAYA LUPAKAN :'D
*BUNYI BUNGA API SEKALI*