Monday, April 30

Give me a second I need to get my story straight.


Astaghfirullah al-azim, KENAPA KAI COMEL SANGAT? Ahhh *pengsan* 

Lagi sekali, kenapa Kai comel sangat? Kenapa? Sekali lagi, kenapa comel sangat? Lagi sekali, kenapaaaaaaaaaa okay dah tak cakap lagi nanti kena sepak. Kai, nak tahu tak, every time I watch your music videos, I'm melting over over over over and over again. Lagi lagi part dia lap bibir dalam mv Mama tu. Haarghhh *pengsan lagi* Hey! *bangun balik* btw peace tu dia tunjuk dekat saya je okay? Korang please tutup mata jangan tengok hehe.  

Dulu, selalu berangan dengan Byha time kerja. Byha selalu cakap, 

"Nana, nana, cuba kau bayangkan time kita tengah cakap cakap ni, tetibe Kai datang depan kau dia melamar kau?" 

"Nana, nana, apa kau buat kalau kita tengah kerja ni, tetibe diorang datang buat show kat depan mata kita? Lepastu tarik kita naik atas pentas, nyanyi untuk kita, whooooaaaaaa!"

Jawapan wajib "Ahhhhhhhhh aku pengsan! Ahahahaha" itulah jawapan yang wajib didengar bila tanya soalan macam tu haha. Kenapa mesti pengsan. Kenapa mesti pengsan time dia nak melamar nanti bila bangun balik mesti dah takde hahaha. Kenapa nak pengsan time dia tarik kita naik atas pentas tu. K sumpah kitorang kuat berangan -___-


Cukuplah sesi pengsan memengsan ni, eh? haha. Assalammualaikum, sila jawab dalam hati. Harini dah 30 April. Besok 1 Mei, sebaik saya tak pergi Plkn. Kalau tak malam ni mesti rasa nak menangis spent time puas-puas dengan family, dengan haikal kawan kawan semua. Alhamdulillah, surat penangguhan tu dah selesai post dekat Plkn balik. Lego den, kalau tak, tak pasal pasal dapat rawatan "warnakan kulit" free free haa. Dah la saya ni dah tersedia gelap hehe -.-'

Tapi lego lego mana pun, one day kena pergi jugak. Haih itulah bila dah ada jodoh dengan Plkn ni, bak kata orang, kalau ada jodoh tak kemana. Takpe, pergi je lah. Jadi lah orang tua kat sana nanti ahaha. Okay cukups, so siapa yang pergi Plkn besok, good luck okay? Jaga diri baik baik, barang berharga jangan letak bersepah, nanti hilang tak pasal pasal melalak dalam tu lepastu kena sepak padan mukamu. Nanti pergi sana seorang jangan balik berdua pulak ehehe. Okay dah saya dah macam mak mak je hehe. Selamat berjuang! Meh sini saya nyanyikan sikit lagu Plkn tu

Kami wira wirawati negara, demi bangsa kami berjasa, kita satu semangat bergerak prr prr tak hafal ampun ampun ><'



P/s : Lagi sekali, Kai kenapa comel sangat? Kdah bye.





Thursday, April 26

Mindless, heartless, no one care about me.


Camnilah muka saya bila dapat tahu pasal Plkn -.-


Assalammualaikum. Seperti yang tersedia maklum, saya Nur Diyanah terpilih sebagai salah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara di Semberong, Batu Pahat, Johor dan akan melaporkan diri pada 1 Mei ini, tenengggggggggg. Amboi, ayat formal kemain. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat dinding yang macam dalam drama selalu buat tu. Medical check up settle, barang je belum beli. Ingatkan nak beli harini. Okay we'll see tengok beli barang ke tak haha. Bila dah beli barang, prepare barang dah bersedia untuk berjuang untuk negara. Pfft cembangang je aku -.-

Tapi tapi tapi

Saya telah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi di Melaka dan perlu mendaftarkan diri pada 28 Mei di mana tarikh tersebut saya sedang berjuang di dalam kelapa sawit. Ceh mesti korang rasa nak macam nak maki hamun kan. Heih jangan, takbaik berdosa. No no no. Okay sambung. Saya dapat tawaran program pengajian setahun untuk kursus Sains. Haa kauuu lepasni boleh jadi doktor. Tapi itu semua berangan di siang hari je. Tapi tkpe, saya akan cuba belajar frust menonggeng study hard smart semua supaya dapat pointer yang tinggi. InsyaAllah. 

Tapi tapi tapi

Saya mendapat berita bahawasanya sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam ataupun matrikulasi kami harus menangguhkan program latihan khidmat negara tersebut. Heish tengok tu ayat formal lagi. Heish tampar jugak kang. Lepastu saya nak confirmation terpaksalah call pihak plkn tanya bagaimana cemana kenapa bila dimana dan lepastu kena maki dia cakap ni bukan google. K tipu je. Jawapan dia adalah 

"Awak terpaksa tangguhkan plkn awak. Bila awak dah habis belajar baru awak akan ke plkn"

Haa? Hoo? Hee? Huu? Eeeeee apa ni apa niiiiiii! Taknakkkkkkkkk oh tidakkkk heish tension ah camni. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat bantal. Dia punya tension tidak terkata. Nanti saya terfikir, kalau saya habiskan matriks umur saya 19 lepastu sambung degree dah berapa umurrrrrrkuuuu sudah tua lepastu kena pergi plkn. Haa hamek lu siapa suruh lu dapat plkn. Hei wa tak mintak punlah plkn tu. Lepastu saya terfikir lagi, kalau saya dapat ipg, saya akan belajar lima tahun. Habis umur 23tahun lepastu praktikal lagi haih bilanya aku nak pergi ni. Jadi, keputusannya, saya terpaksa menangguhkan plkn saya untuk sambung belajar. Saya ulang, terpaksa -.-

"Tahniah kerana anda telah berjaya atau terpilih daripada beribu ribu pelajar di Malaysia untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara"


Banyak ah kau punya tahniah. Menyusahkan aku adalah -.-





P/s : Matriks atau Plkn?

Wednesday, April 25

Together we can take it to the end of the night


Dari kiri ; Farahin, budak comel, Byha

Assalammualaikum, dah baca tak ayat atas ni? Mesti rasa loya kan. Haha takpe pergi cari baldi sendiri untuk muntah ye. Okay kali ni, saya nak cerita something. Cerita pasal dua orang budak sengal masuk air macam kanak kanak ribena lagi-lagi yang paling kanan tu hehe. Bila dia buat je muka, haish rasa macam nak campak durian dekat muka dia. Tapiiiiiiiii durian takde time tu. Kitorang rapat sangat, sampai lelaki pun kitorang share tau. Comelkan kitorang? Ala takyah cakap saya tahu tu.

Haa meh sini jap meh, mak nak gosip sikit ni :p

Masa kitorang form 5, tiap kali ada cikgu keluar kelas mesti saya dengan Byha tarik kerusi pergi tempat Farahin. Lepastu amek marker pen dekat pencil case Farahin, conteng nama-nama lelaki korea yang kitorang minat atas tu. Habis penuh satu meja dia. Yang bestnya, meja saya dengan Byha, fuhhh bersih licin kau. Tu yang best tu. Time tu, kecoh pasal lagu Mr Simple tau. Satu masa tu, saya tengah cakap dengan Byha, tetibe Farahin nyanyi lagu Mr Simple tu part chorus. Satu kejutan fenomena berlaku apabila Byha mula menari benda yang sama macam Suju menari lepastu macam asdfghjklqwertyuiop. Haa tidak mampu kutahan kegelakan di hati. Byha kena gelak sampai dia menangis haha. Sorry kay Byha? Aku tak tahan time tu haha. Sebaik kau tak campak kerusi dekat aku time tu haha. Tapi, apa apa pun, saya takkan lupakan tarian dia tu *sengih sensorang*

Dan lagi satu, tarian gerudi Byha dalam kelas tidak akan kulupa hahahahahaha okay dah.

Sampai sekarang, saya dengan Byha suka kenakan Farahin. Lelaki yang Farahin minat mesti kitorang rebut. Tapi bukan rebut untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Start buat habit ni bila BigBang keluarkan lagu Bad Boy dia tu. Ala yang "Woya! Woya!" tu. K tak tahu? Pergi tengok kat Youtube ler takkan tu pun nak bagitahu :3 Farahin minat G.Dragon tapi sekarang dia suka buat rambut berinspirasi kan rumpai laut dia tu, jadi Byha 'terpikat'. Kitorang kenakan Farahin dekat twitter sampai gaduh gaduh dengan Byha sebab taknak suka G.Dragon tu. Padahal G.Dragon tu Farahin yang minat. Farahin punya bengang, takpayah cakap. Biar mak cerita, dia bengang sampai dia merajuk tak reply tweet, status fb semua tak reply. Lepastu kitorang dah cuak gila. First time Farahin merajuk sebegitu rupa -.- Rasa macam nak terjun bangunan pun ada. Tetapi setengah jam kemudiannya, Farahin balas, dia cakap dia solat kejap sebab tu dia tak balas. Sabo je la aku tau. Cuak mak tau, kan Byha? -.-

Lepastu, pada suatu masa dahulu, tersebut kisah antara tiga sekawan yang mereng ini. Kisah ketika di dapur hehe. Kitorang kan, bila dekat dapur, yang paling rajin mesti Farahin. Lepastu yang paling malas mesti Byha. Sabtu lepas, diorang tidur dekat rumah saya. Pergi dapur nak memasak, maklum ler kitorang rajin. Jap jap, okay tak ni? Muka tu dah warna hijau tu. Pergi muntah cepat. Okay sambung. Time memasak tu, semua kerja Farahin buat. Saya dengan Byha cuma koyakkan plastik, blend bawang cili lepastu jadi orang gila dekat dapur. Gelak gelak sampai takde suara dua orang. Hehe tapi sebaik Farahin sabar je dia teruskan memasak, so kitorang masih teruskan kegelakan kami sampai kunyit terkena seluar baju semua. Habis kuning. Jadi pesakit kuning buat sementara. 

Malam tu, kitorang dah tergedik gedik dalam bilik lepas tengok music video kumpulan EXO, saya ajak diorang tengok movie. Saw 7. Haa lampu ditutup, hanya cahaya dari laptop kelihatan. Time tengok tu, diorang semua fokus. Lepastu "eeee, eeishh, eee taknak lah tengok, ya Allah, eeeeee, eishh sakitnyee" macam-macam lagi. Tapi, saya yang baring ditengah tu hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sebab awal awal dah tidur hehe. Takut mak tengok tau. Tapi, tidur pun kena pandai cover jugak. Bila diorang tanya saya tidur ke, dengan yakin dan bersemangat cakap tak. Lepastu tidur balik hehe. Maaflah, mak dah mengantuk sangat.

Tapi sebenarnya, saya takut nak tengok. Tiap kali tengok Saw tu, mesti terkejut. Part yang sama pulak tu -.-


Tapi, agaknya bila lagi kita dapat buat camtu eh weh? Lepasni semua dah masuk belajar. Berpecah sorang sana sorang sini. Takpe, korang tetap kawan aku even kenkadang korang ni menyakitkan hati sampai aku rasa nak baling durian dekat korang. Ingat ni, you are my everything. Yes, my everything bak kata Lee Min Ho tu kan Farahin. Tu laki kita kan kan kan haha. Haa, inilah yang dinamakan kawan yang comel, berkongsi lelaki haha :b



P/s : Btw, Alhamdulillah saya dapat matriks sama dengan Byha :')




Wednesday, April 18

Kerna ternyata aku tak mampu menahan siksa azab cintamu.


Didekatmu kumerasa bahagianya aku, dapatku mencintamu. Hanya kamu saja yang mampu begitu, tulus mengerti aku. Kau sempurna bagiku tak kurang sesuatu.

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Tahukah anda jika anda menjawab salam dengan penuh banyak pahalanya? Jadi jawablah. Bukan kerana sayang, tapi kerana menjawab salam itu adalah wajib. Okay dah sampai situ je, hehe. Maklumlah, mak itew suruh itew masuk Ustazah Pilihan kan, haha *senyum nampak gigi*

Sekarang ni bila tengok aje warna biru terus teringat Program Latihan Khidmat Negara haa hamek kau penuh saya type hehe. Hm tu lah, semalam saya dah dapat surat. Bersemangat pergi dekat abang posmen tu nak amek surat lagi bersemangat bila nampak nama saya dekat surat tu. Sekali tengok surat dari Plkn, ahaha "bahagianya" hidup. "Bahagia sangat" -.-

Dah la surat yang dia bagi tu tebal semacam, haha. Surat tebal pun boleh jadi masalah. Sekarang ni mak saya asyik touching je, kejap-kejap cakap "nanti nana dah nak pergi, tinggal mak sorang". Tinggal seminggu lebih je lagi lepastu saya akan hidup dalam kelapa sawit selama tiga bulan. Hei, bila saya berjauhan dengan orang tersayang, sehari tu rasa macam setahun tahu tak.

Sebenarnya kan, ehem ehem kan kan saya sedih sebab kena pergi. Masa saya dapat tahu saya dapat dekat Johor saya menangis. K tu je. Mak ayah cakap, diorang takdapat selalu jenguk saya sebab jauh. Hm, nak buat cemana kan. Haikal pulak cakap, kalau ada transport dia datang. Sedih kita tau :'( Hm takpe lah tunggu je lah situ sensorang *dah mula nak touching*


Mak, Ayah, nanti mesti mak dengan ayah rindu nana kan? Hm takpe, nana pergi sekejap je, nanti nana balik. Ehee, nanti kat sana mesti nana rindu mak dengan ayah :')


And, I'm gonna miss you Haikal :(


P/s : Sorry, saya memang begini. Takpernah jauh dari diorang :(





Tuesday, April 17

Aduh aduh Tuhan tolong aku.


Menyesal aku putuskan kamu, kerna ternyata aku tak mampu menahan siksa azab cintamu. Aduh aduh Tuhan tolong aku.

Assalammualaikum. Entry ni bukan untuk putus cinta ye. Semuanya tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah mati apatah lagi dengan putus cinta. Hehe. Lagu ni best, dari tadi saya asyik repeat repeat dan repeat sampai sekarang. Apa yang saya nak cakap sekarang ni, pasal kawan :) Yee kawan ehee. Ehh kawan, kembang ah sikit aku nak cakap pasal korang ni hehe.

Sampai sekarang, saya rindu dengan diorang. Betul lah cakap orang, zaman sekolah lah yang paling best. Dulu, yeye je cakap tak sabar nak habis sekolah, benci sekolah semua. Sekarang bila dah habis sekolah, baru terhegeh-hegeh nak sekolah balik. Nostalgia betul. 

Zaman sekolah saya paling bermakna bila saya mula masuk tingkatan empat. Macam-macam benda saya harungi, jadikan saya lebih kuat. Bila naik tingkatan lima, perangai lagi mengalahkan budak tingkatan satu. Macam tak pernah tengok hujan. Bila hujan je mesti curi-curi keluar pergi main hujan depan kelas. Maklumlah, kelas saya dari tingkatan satu sampailah lima mesti dapat tingkat paling atas lepastu kelas paling hujung. Sebabtu angin kuat, best.

Dulu, time Sejarah, cikgu suruh kitorang buat kerja sebab SPM dah dekat. Tetibe hujan, jadi apalagi. Kitorang keluar seorang demi seorang, pergi main hujan dekat tepi bangunan sampai basah tudung, lengan baju semua. Lepastu gelak kuat-kuat, cikgu dah perasan yang kitorang main hujan, kena marah. Lepastu tak pernah serik, keluar lagi main lagi. Yang paling kelakar, ada sorang ni sibuk je nak join kitorang main hujan lepastu keluar je terus jatuh terbaring. 

Dulu, time sekolah, saya dengan Byha mesti perhatikan member yang suka tidur dalam kelas. Bila dia mengantuk mesti dia tersenggut-senggut. Tak reti nak cover lansung, sambil pegang pen sambil tidur. Lepastu kitorang jadi tukang gelak tengok dia tidur. Panggil member-member lain suruh tengok dia tidur. 

Dulu, teringat bila cikgu addmath mengamuk, kitorang mesti gelakkan dia. Tak pernah tak senyum sikit pun bila tengok dia marah. Bila marah mata teacher mesti ke atas lepastu buat muka cembagus. Takboleh nak cakap, tulis dekat meja pun jadi asalkan dapat mengumpat teacher. Tapi bila time bio, nak cakap dengan orang sebelah pun takut. Dah la mengantuk gila, mata dah nak terlelap tapi takut nak gerak. Cikgu bio punya ah garang. Tapi sekarang baru saya tahu cikgu saya tu agak gedik sebenarnya haha.

Dulu, selalu jalan kaki bila balik sekolah. Sampai ayah nak amek pun cakap takpayah sebab nak jalan kaki. Muka hitam takyah cakap. Best jalan kaki. Sambil jalan, sambil gelak sama-sama, siap rakam miming lagu sambil jalan sampai orang semua tengok. Kenakan mat bangla yang ada dekat tepi jalan tu. Lepastu bila nampak rumah cantik, semua gaduh berebut cakap tu rumah dia. Euh tak malu betul haha >.<


Masa sekolah, saya rapat dengan diorang ni semua. Ya, mereka nampak lembut, tapi sebenarnya mereka tidak. Saya tak pernah menyesal kawan dengan diorang. Diorang baik :') 



Sayangnya, zaman sekolah saya dah tamat.





Sunday, April 8

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu.


♪ Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Haikal, happy birthday to you ♪ 

Happy birthday sayang. Semoga you dirahmati Allah, diberkati Allah. Jadilah anak yang soleh ye? Ehee :p I doakan semoga you panjang umur. Sebab lagi panjang umur you, lagi lama kita dapat bersama kan? :"> InsyaAllah. Semalam I ingat nak jadi orang first yang wish birthday dekat you, tapi tak dapat pulak. Hm, takpe lah next time maybe :")

I ingat time birthday you I nak drive bawak you jalan-jalan, tapi I amek lesen lambat sangat, so terpaksa cancel plan tu haha. Tapi yang penting I dapat jumpa you time birthday you semalam, ehee. Thanks ya untuk semalam. Fyi, I happy gila karoke dengan you. Haha, lagi-lagi time you nyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah, ahaha. Semangat nau you nyanyi haha. But, I paling suka kita nyanyi lagu Heart Never Lies tu. I tak pernah perasan pun ada lagu tu. Haha, terharu itew :'p

Semalam I ingat nak ajak you ambil gambar, tapi hujan la pulak. Takpe lah, next time eh kita amek? Kalau boleh I nak kumpul gambar kita banyak banyak banyak banyak sangat. Kalau boleh setiap kali kita keluar I nak ada gambar so nanti bila tengok gambar-gambar tu mesti I senyum sorang-sorang. Lepastu nanti boleh lah I print lepastu I bawak pergi Plkn. Lepastu bila I rindu you, bolehlah I tengok kan kan kan. Lepastu, okay I dah mula jiwang *blushing*


Nah, ni kek birthday you, ahaha. Chocolate Volcano untuk you. Sorry, aiskrim tu I dah ratakan haha. Jenuh I nak menghabiskan bendalah ni. Tapi at least ada kek jugak kan semalam? Straw gantikan lilin. Ahaha. Even tak nampak muka I, nampak tangan I je pun jadi ah kan :3 And I takkan lupa you punya nasihat, "Jangan sesekali makan chocolate dengan nasi" haha.

You, tak lama lagi I dah pergi Plkn tau. I dapat Plkn jauh, tapi kalau boleh, you datang lah melawat I ye? You, nanti takde dah tiap-tiap minggu kita date, takde dah I kacau you time you tengah dota, takde dah I kacau you time you dekat Jakpau. Tapi untuk dua bulan lebih je lah. Lepastu I akan kacau you balik, I janji *buat muka jahat* And nanti mesti I rindu dekat you kan. Dan, mesti you rindu dekat I jugak kan? Okay dah I kuat perasan -..-


Dan dan, sebelum I terlupa, semalam masa I pilih balik lagu Sedetik Lebih tu, sebenarnya I nak nyanyikan untuk you eheheeeee :p



P/s : Happy birthday sayang, I heart you Haikal :)










Tuesday, April 3

Tonight we are young.


Tonight, we are young. So lets set the world on fire, we can burn brighter than the sun.

Assalammualaikum. Betul lah apa orang cakap, kita ni macam roda. Kejap atas, kejap bawah. Nak tak nak, redha je dengan ketentuan Ilahi. Yang penting, banyaklah berdoa supaya diberi ketabahan hati :) Semua manusia biasa, tak lepas pun dari melakukan kesilapan. Tiada seorang pun yang sempurna di atas bumi ni. Dan, termasuklah saya. Saya manusia biasa, manusia yang ada perasaan. Dan perasaan yang mudah tersentuh. Apabila ia mudah tersentuh, ia juga mudah terguris. 

Okay dah cukup. Ayat kemain. Ayat macam orang putus cinta je. Erk, maaf maaf pasal putus cinta hati terguris ni semua takde kena mengena dengan saya harap maaf ye ampun ampun *angkat tangan* Sebenarnya, saya takboleh nak tidur. Saya dah cuba baring di atas tilam yang empuk ni dan dikelilingi oleh bantal yang lembut, teddy yang besar. Tapi teddy tu besar, rimas pulak menyempit kat sebelah, tak pasal-pasal kena campak. Kesian dia.

Bila baring, mula lah nak berangan itu ini. Baring sambil tengok syiling bilik tetibe teringat cerita hantu. Memang ah. Lepastu tukar, berangan benda lain pula. Terfikir dekat mana Plkn yang saya dapat. Okay ke tak tempat dia. Dekat mana tempat belajar yang saya dapat nanti, bagus ke tidak. Lepastu teringat pulak dekat dia. Hm, ni yang sedih ni. Terfikir apalah yang dia tengah buat, rindu dekat kita ke tak.

Entah dia tahu ke tak yang kita ni rindu dekat dia. Entah dia tahu ke tak yang kita ni dok tunggu je text dia. Bila phone bunyi, haa hamek kau bersemangat bukak tetibe Maxis yang hantar. Eish menyampah betul. Hm, takpe mungkin dia sibuk kan :) Lepastu bila baring lagi, teringat pula dekat kawan sekolah. Rindu nak sekolah balik. Ingatkan dah habis sekolah lagi syok, rupanya tak. Kenapalah jam takboleh putarkan masa balik :')

Kalaulah jam boleh putarkan masa balik, saya nak balik masa sekolah. Best, boleh gelak-gelak, boleh mandi hujan sama-sama. Lepastu boleh curi-curi rehat awal time budak menengah rendah rehat. Lepastu boleh balik jalan kaki dari sekolah. Lepastu, kalau jam boleh putarkan, nak putarkan balik masa tengah kerja. Masa mula kenal Haikal. Masa bergayut dengan Haikal. Masa Haikal gelakkan saya sebab cakap lif dekat Dataran tutup lepastu masa saya gelakkan dia balik bila dia cakap tudung bawal tu tudung ikan. Hm, rindunye semua tu :')


Tapi, masa tak boleh nak ulang balik semua tu.





P/s : Selamat malam semua, Assalammualaikum.