Saturday, November 24

Enjoying my last night at home!

Hi, assalammualaikum.



When you try your best but you don't succeed, when you get what you want but not what you need, when you feel so tired but you can't sleep, and tears come streaming down your face. When you lose something you can't replace, when you love someone but it goes to waste. But if you don't try, you will never know *wipe tears*



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hi, malam-malam cenggini, sambil dengar lagu Fix You - Coldplay kan kan kan sumpah feeling tau tau tau sampai kan kan kan rasa macam nak menangis pulak tau tau tau lepastu kan kan kan mesti korang rasa nak lempang saya kan kan kan sebab type macam ni ni ni.

Sebenarnya kan, tengah sedih ni. Hm, bukan sebab tengah dengar lagu Fix You ni, bukan juga sebab tak tengok Twilight, apalagi sebab baru lepas main gusti-gusti dengan dua orang anak buah yang lasak, debab, mantap, mampat, malah bedepppp eh tak, comel. Sebenarnya, besok dah kena balik matriks. Tu yang macam sedih je ni. Sedih kan? Baik kata sedih cepat! Simbah acid baru tahu.

Pejam celik pejam celik celik celik pejam pelik, dua minggu dah habis dah. Rasa macam baru semalam start cuti. Hm, tak puas lagi nak berjimba. Tetibe dah nak kena balik. Nanti mulalah life as a student yang memang betul-betul student sampai taktahu dunia luar dah macam katak bawah tempurung tu.

Saya ada cakap dekat mak, boleh tak kalau saya nak stop matriks. Saya taknak duduk sana lagi. Even dapat roommates yang perangai dia, nauzubillah tak terkata hyper diorang, budak class yang poomm pomm paaw, tapi hmm entah lah. Besok, taknak pack baju, taknak taknak taknak! Nak buat tunjuk perasaan dekat mak yang saya taknak balik matriks. Taknak! Kang jakgi kena lempang pulak, baik pack je lah T_T

Haih, ni belum balik lagi dah rasa rindu. Rindu dekat mak, rindu dekat ayah, rindu dekat kawan yang menggila semua, rindu dekat haaaaaaaiiiiiiiiii.... hm.




Cukup sampai sini je, bye. Assalammualaikum :')





Tuesday, November 20

Sometimes, life is beautiful.

Hi, assalammualaikum.


Hanya dirimu yang kucinta, takkan membuat aku jatuh cinta lagi. Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku. Walau ku tahu kau tak sempurna, takkan membuat aku jauh darimu. Apa adanya, ku kan tetap setia kepadamu. Ya Allah, jagakan dia. Dia kekasihku, kan tetap milikku :')

Kadang-kadang, hidup ni indah. Ye, memang indah sebenarnya jika pandai diuruskan. Tapi, bohonglah kalau takde yang tak indah even dah cuba dielakkan, dijauhkan, dikipasi dan diangini, ehh. Tapi, demi impian kita, apa yang kita inginkan, kita kena cuba untuk dapatkan. Dream it, wish it, do it.


          


Hi, cukup mukadimah dekat atas tu. Cemana, meletop kebabom mantap bedepot tak ayat tu? Cis, saya tahu dah, tak. Hm, sekarang ni kan tengah cuti sem. Student lain cuti sebulan, matriculation student cuti lagi advance tau. Duaaaaaa haa, yes dua. Ye dua. Err, dua minggu. Kesian? K diam. 

Tengah cuti-cuti ni, tetibe rasa nak update pasal matriculation life haha. Even tinggal berapa hari je lagi dah kena daftar sem dua, prr. Haritu, last day at matriculation, before MUET, kitorang bergambar. Meh sini nak tunjukkan classmate saya dekat matriks. Dan kalau nak tahu, diorang semua best. Seriously.

Haa jeng jeng jengggg, dipersembahkan S22P4 *bunyi drum* Eh, sebenarnya kan, bukan cipoet ni je tau, ada lagi. Tapi diorang takde, entah mana menghilang. Maklumlah time tengah cuti kan, ada yang masih tidur, ada yang outing semua. Dah tolak tambah bahagi darab, ni je yang tinggal.


Haa, yang dipeluk manja ni, Erma. Yang terpaksa dipeluk dekat belakang yang tudung hitam tu, Auni. Yang si tukang peluk tu pulak, Izma. Kitorang suka peluk-memeluk. Ciss tak tak tipu je tipu je. Kang tak pasal-pasal dituduh lesbian. Tak pun, biseksual. Ish.


Izma, Auni, Diyanah. Yeahh diorang selalu dengan saya, lagi-lagi Auni. Dia suka sangat buat muka, kalau duduk dengan dia dalam kuliah, mesti gelak-gelak. Best dapat buli dia, lepastu gelak macam orang gila. Lepastu, bila dia marah, dia selalu terjerit "HOI" kuat-kuat, lepastu sendiri malu haha. Apapun, kawan dengan dia, best. Dia cool. Izma pulak, selalu jadi tempat saya mintak nasihat time dalam kelas, hehe.


Haa, yang kena peluk ni, cis peluk lagi. Tolonglah ampun, jangan fikir yang bukan-bukan. Haha over. K sambung, yang ni kitorang adik-beradik dalam kelas. Bukan sebab muka sama, ataupun apa-apa yang sama, tapi kitorang punya nama ayah sama - Hamzah. See, famouskan ayah kitorang? 


Sekejap je cuti, dah kena masuk matriks balik. Ish.



Bye, assalammualaikum.










Monday, November 19

Your hands that shake the world

Hi, assalammualaikum wbt.


Hi, macam yang kita semua tahu, Israel semakin menjadi-jadi. Penduduk Gaza mati dengan cara yang kejam. Jadi, marilah kita bersama-sama menadah tangan, berdoa agar penduduk di Gaza dan Palestin dapat diselamat daripada Israel laknatullah itu.

Tadahkan tangan, berdoa. Penuhkan masjid, jangan tinggalkan solat. Minta bantuan Allah swt agar mereka diselamatkan. Cara ini in shaa Allah dapat membantu mangsa dengan izin Allah. Sekadar meng-update status di facebook atau twitter tidak membantu. Cuba kita letakkan diri kita di sana, apa yang kita rasa? Let's pray for them, for Islam. 



Sebak tengok gambar dia :'( 




Wednesday, November 14

Let's all play together!

Hi, assalammualaikum.


Selepas menghadapi exam MUET yang mencabar meletop kebaboom membuatkan saya berkobar-kobar nak habis, akhirnya habis. Haha, reading test? Baca satu dua passage okay lagi. Baca passage last sekali, haa kau. Sakit otak tengok passage dia. Entah apa yang dia maksudkan sebenarnya saya pun taktahu. Writing test pulak, alhamdulillah lah. Listening? K yang ni kelakar. Dengar orang tu cakap, saya nak tergelak. Tapi, otak dah fikir lepastu nak balik je. Haha. 

Habis je, terus keluar tak menyempat salam kawan-kawan, just lari sambil jerit "Korang byeeeeee nak balik ni" haha. Nampak tak kesemangatan nak balik tu haa. Mana taknya, habis exam pukul 12.30 bas pulak pukul 1. Naik bas dari Matriks Melaka sampai Shah Alam dengan roommate. Haa, we have an exciting vacation you know. Vacation lah sangat. 

Duduk dalam bas tiga jam. Berhemah betul pakcik tu drive. Sakit-sakit dah pinggang ni. Dah tidur, bangun balik. Nak tidur balik dah tak boleh haha. Tiga jam kemudian, hoyeahhh sampai dekat Shah Alam. Balik rumah Nadia, berehat makan semua, malam tu haa jeng jeng jenggg mula lah nak berjimba riaaaaaaaaa. 


I-Citeeeeeyyyyyyyyyy hoyeahhhh! K semangat. Best gila masuk rumah ice ni. Cantik! Kalau pergi dengan pakwe ni kan, aww sweet je haha. Gatal. Dalam tu kitorang main gelongsor. Licin gilo, jalan sikit nak tergelincir haha. Paling best bila turun gelongsor, ada orang baling ice dekat kitorang. Habis masuk baju. Beku dah dalam tu. 




Okay, yang ini seronok! Tapi sakit buntut terhentak dekat ice. Haha, bangun melayang je. Dah lah jalan licin, habis hilang keayuan. Haha. Dah habis pusing satu I-City tu, pergi tempat yg ada lampu-lampu, beli lampu spongebob semua tengok jam dah pukul dua. K kena balik. Balik, semua terbongkang, kepenatan. 

Second Day - Times Square


Selepas penat bershopping sakan, kitorang pergi Theme Park. Pergi dengan bersemangat, tak sabar nak main semua permainan dalam tu. Main kereta, langgar dia langgar dia!  Yeahh let's berjimbaaa! 


Time ni tengah tunggu turn untuk naik roller coaster. Even saya dah naik sebelum ni, makin takut dibuatnya. Lagi-lagi duduk sebelah Yun, yang penakut sangat tu haa. Sumpah cuak, sepatutnya dah pernah naik, kali ni boleh lah act cool sikit kan, ni tak. Makin takut dibuatnya. Duduk pulak paling depan. Memang lah. Lepastu boleh lagi diorang nak ajak naik lagi sekali. Lagi lah tak.


Naik bendalah ni, haa lagi lah. Separuh jiwaku pergi betul. Memang tak berani nak bukak mata. Maaf, suara saya yang dengar dulu bila benda tu berpusing. Cuak gila, lagi-lagi part dia stop dekat atas. Cuma benda penghalang tu je yang menampung badan. Lantak lah tudung senget ke apa, hilang keayuan ke, yang penting saya memang takut gila naik benda ni haha. 


Haa, main dah tak ingat dunia, semua dah mabuk. Haa kau sampai mata ke atas dah. Gambar dekat sini  banyak Yun yang amekkan, sebab dia je yang tak mabuk. Ye lah, dia tak main benda biru yang menyeramkan tu, memang lah rileks je. Hish. Tak aci haha.

Third Day - Pavilion 


Hari ketiga, tenaga masih ada, berjalan lagi. Tengok wayang, Skyfall. Haha, walaupun agak lambat baru tengok, tapi apakan daya. Biar ah nak tengok lambat ke cepat ke. Takpayah nak gelak sangat eh haha. 



Yun yang ingin membuat aksi seksi tetapi tidak menjadi malah menjengkelkan haha. 


  Orang emas yang bila bayar rm2 baru bergerak. Macam-macam dia ni haa. haha, kang ada yang kena angkat saya jualkan dekat kedai emas. Agak-agak laku tak? lol. 

Sampai sini je cerita kitorang, balik tu masing-masing dah terbongkang kepenatan. Besoknya tu, saya balik Melaka, negeri tumpahnya darahku ahaha. K tak lawak okay. To Nadia, thanks tumpangkan rumah yang seronok tu. Nina, Yun thanks jugak for the days! 

And for those who wish my birthday, seriously terharu! Terima kasih tau. Alhamdulillah, dah 18tahun dah saya. Semoga Allah memberkati hidup kita semua ya! :'D




Bye, assalammualaikum. 






Thursday, November 8

Some people laugh, some people cry.

Hi, assalammualaikum.


Jika wanita cantik yang dicari, bukan saya. Jika wanita solehah yang dicari, bukan saya. Jika wanita ayu yang dicari, bukan saya. Jika wanita kaya yang dicari, bukan saya. Jika wanita bertudung labuh dicari, bukan saya. Jika mahukan wanita yang meletop berdepot, lagilah bukan saya. Tapi, jika mahukan wanita yang ingin dibimbing, ia adalah saya :') 


okaycukupokaycukupokaycukupokaycukupsudahcukupcukupsudahcukupsampaidisinisaja


Ehem, ehem *betul-betulkan baju* Dengan lafaz bismillahhirahmannirrahhim, dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawasanya saya dah habis final exam. Hoyeahh yeah yeah yeah yeahhhh *gelek-gelek* yuhoooooou k dah cukup. Sekarang saya dah balik rumah bersuka ria berjimba rama sana sini haha. Mohon jelly *eee ayat ni paling menyampah -,-

Setelah dua minggu saya menempuhi suka duka cabaran dan halangan ketika menjawab exam, sampai tertidur-tidur, akhirnya waktu yang dinantikan kini menjelang tiba. Ecehh. Dah lah kena amek exam dalam makmal kimia, pandang kiri, meja makmal, pandang kanan pun meja makmal. Dah lah sorang pun saya tak kenal dalam makmal tu. Dah lah saya rasa tak seronok dalam tu. Dah lah dah lah. 

Haa, lagi satu. Ehem ehem, nak nyanyi ni nak nyanyi. Sila tadahkan telinga ye.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Abang gemook, happy birthday to youuu! 


Haaa wahai abang Azri, bangga tak? Bangga tak Nana nyanyikan? Bangga kan. Muahahaha, k ucapan, semoga panjang umur, dan tolong jangan perasan muda lagi. Haha kbye.

Hm, so apa plan cuti sem ni? Nak buat semua benda, nak keluar, nak pergi jalan-jalan, nak tengok wayang, nak dating ehh -,-' Eceh berlagak macam cuti lama je. Padahal cuti dua minggu je. Orang lain semua cuti berbulan, matriks je cuti dua minggu. Sungguh kejam malah jahil. Hm, takpe lah. Redhaaaaa. Okay cukup sampai sini. 


Lupa pulak, sabtu ni ada MUET. So, besok kena balik matriks balik. Haish -,-


Bye, Assalammualaikum.

Friday, November 2

Bye October, Hello November!

Hi, assalammualaikum


Kadang-kadang kita kena terima apa yang berlaku dalam hidup kita. Kita tak boleh salahkan takdir, kerana takdir telah menentukan segalanya. Siapa kita nak merubah takdir? Kita bukan tuhan, kita bukan sesiapa. Tapi kita hanyalah manusia biasa yang sering alpa dengan keadaan sekeliling. 

*bunyi cengkerik*

Haa, ni lah akibatnya update blog time hujan-hujan cenggini. Cuaca dah sejuk, mulalah rasa nak layan perasaan jiwang je haha. Eh, sedar tak sedar dah bulan november kan. Sekejap je, baru je rasa macam semalam sambut new year. Tengok bunga api pum pum bom bom semua. Eh tipu je -,- 

Sekarang ni tengah menghadap final, Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Alhamdulillah, tiga paper dah lepas. Even ada yg agak susah, sampai tertidur-tidur jawab, tapi alhamdulillah. Isnin ni paper Chemistry dan Physics. Lepastuu haaa kaaaaaau jangan tanya apa aku nak buat lepastu haha k dah. 

Dan alhamdulillah, dah pergi interview untuk Nursing tu. Tunggu bulan 12 untuk keputusan, kalau dapat, insyaAllah pergi belajar nursing, stop matriculation. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua :')

Okay, now I in PSPM mood, time to study. Assalammualaikum, bye.