Saturday, March 2

My heart, will you ask for it, for your perusing?

Assalammualaikum,

Hai hai hai! Sempena tahun 2013 yang meletop berdepot ni, saya ada tiga benda nak share dengan orang. Hm, lupa jap. Tu kalau korang nak tahu lah. Kalau taknak, tolong lah pleasee saya merayu tolong jangan apa-apakan saya tolonggggg tolong tutup. K k gurau. 


Okay, fezofol I nak cakap ni okay. Syukur Alhamdulillah, kakak saya selamat bersalin untuk anak kedua nya, Danial Arif. Selama sembilan bulan, jenuh saya menunggu sampai termimpi-mimpi jenuh semuanya jenuh dan akhirnyaa haaaa! Eh eh, seriously terharu gila bila parents call bagitahu kakak saya dah bersalin. Sampaikan mengalir air mata ni walaupun time tu dekat cafe. Kahkah memalukan sungguh. Akhirnya keluar sorang lagi anak buah saya yang comel sangat loteh tu. Ehem ehem, comel dia sama macam makcik dia yang menaip entry ni. Kakkahkah muehehpuehehhe. Tolong sediakan baldi.


Hai sayang! Selamat datang ke dunia Allah, dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Assalammualaikum Danial Arif, semoga menjadi seorang anak yang soleh, yang comel macam makciknya, yang manja. Seronok dapat dukung dia, bagi dia susu. Best gilaa weh serious haha k eksaited pulak. 


Okay, yang kedua, malam tadi, tak pun malam 2 Mac 2013, saya pergi konsert. Wehhh saya pergi konsert wehhh wehh wehhh! Haha. Sempena malam penutup minggu College Islamic Festival Kolej Matrikulasi Melaka, malam terakhir tu UNIC di jemput datang ke kolej kami. Eksaited serious eksaited dalam tu even berpeluh dia dah macam apa, boleh perah jubah tu haha. Tapi tak menyesal, sebab memang best lah. Tak bosan. 



Dan sebelum tu, ada persembahan dari Imam Muda. Ehem ehem, sebenarnya bukan lah imam muda yang dalam Astro Oasis tu, tapi Imam Muda KMM ahaha. Dia bertarannum atas pentas, subhanallah, sedapnya lah. Teringin nak bertarannum macam dia. Ehh ehh lepastu, habis nyanyi sama-sama, rakan semua lagu yang UNIC nyanyi sampai battery habis, habis dah diorang punya konsert. Time sesi autograph, saya yang tak terfikir pun nak pergi ambil, tanpa beratur panjang, terus dapat. Muahaha alhamdulillah rezeki.



Haa tengok ni jap, perkara yang ketiga, saya pun dapat baby tau. Harharhar. Well, my boipren yang bagi. Haa kau ada? Mesti lah ada kan. Tapi kes saya ni, special sikit. Yang ni bermakna sikit, hm ye lah boipren yang bagi kan. Terima kasih sangat, susah-susah je Kerajaan Malaysia bagi voucher, terharu saya dibuatnya. Kerajaan Malaysia ni lah boipren saya. Hikhik.

Hm, ni sebenarnya kes dah tak tahu nak beli apa dah. Kalau pergi Popular, cerewet sangat suruh beli buku. Buku apa je yang saya nak beli, beli untuk matrikulasi, bulan 5 ni dah habis. Novel? Hm kalau beli satu rasanya hujung tahun ni baru saya habis baca. Komik? Dah beli dah. Buku resepi? Dah beli jugak. Well, nak belajar memasak, kan nak jadi isteri yang mithali. Lepastu ada lebih lagi, tak tahu beli apa, pergi Masjid Tanah beli ni. Muahahaha. Seronok habis.


Eh, tengah type dengan berseronok ronok ni, tetibe terlupa something. Besok result UPS II keluar, hm hm pray for me. Harap-haraplah result okay. Takutnya :(

Assalammualaikum, bye.