Tuesday, December 11

Never forget what it taught you.

Hi, assalammualaikum.


Saat kau pergi, berlinanglah air mataku. Betapa singkat ku rasakan kebahagiaan itu, kini lenyaplah sudah. Tak pernah ku inginkan perpisahan ini terjadi. Ku hanya bisa merelakan jika memang kau fikir inilah yang terbaik. 

Hai, saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, ku menghitung hari kini apa yang ku nantikan telah tiba - tarikh perkahwinan. Ye, saya bakal bertunang pada 2010. Dan kami ikat 3 tahun, dan akan berkahwin pada tahun 2007. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan saya ye. Hihi. 

Semalam adalah tarikh keramat untuk budak matriculation. Tarikh yang buat diorang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, kentut tak lepas dan kerja tutorial yang tak pernah tak ada. Semalam result final, ataupun PSPM keluar ataupun nama panjang Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Result keluar pukul 3, bila pukul 2.59, budak-budak semua nampak tak tentu arah. Seolah-olah matriks dilanda ribut taufan yang membuatkan mereka tidak senang duduk. Termasuk lah saya, ehem.

Semalam, rasa macam taknak tengok je result yang tertampal dekat dinding tu. Taknak punya taknak, last last tengok jugak. Tension aku dibuatnya, budak-budak riuh kecoh tanya berapa pointer dapat, ada yang call, ada yang ajak pergi tengok sama-sama. Tension tahu tension. Hm, sebenarnya takut. Ish, gila tak cuak nak amek result tuu wehhhh hmm *mata ke atas*

Budak lain semua tengah sibuk berhimpit-himpit nak tengok papan puaka tu, tapi sebaik lah saya hanya mampu berdiri sebelah tiang tunggu bila nak kosong haha. Tapi, Izma dah tengokkan dulu. Dia eksaited gila datang dekat saya lepastu cakap "Diyanah! Kau dapat 3.8!!" And i was like

"Ehh tipu. Kau salah tengok! Tengok lagi sekali wehhh!

Dan bila saya tengok, syukur alhamdulillah syukur sangat-sangat. Saya dapat 3.82 untuk semester satu ni. Taktahu nak rasa apa, sebab memang tak jangka akan dapat macam tu. Rasa macam nak sepak-sepak muka, rasa macam mimpi je *lempang lempang muka*

Hm, syukur alhamdulillah sangat. Rasa terharu sangat, rasa sedih sangat, rasa gembira sangat, rasa semua ada rasa sangat. Eh? Haha. And ehem ehem, CONGRATULATIONS to my beloved friend forever, Nabihah Osman, and hyper-active roommate, Nina Nadia Nawi, and my clever ever girl, Izma Emira Farhanie! Diorang dapat 4flat kau tahuuuuuuu! Hebat tak hebat kaau. Saya yang dengar ni pun rasa nak menangis T_T

And one more thing, pasal SPA tu, haa spaa yang urut kaki tuuuu... Ehh bukan lah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, haa. Pasal interview nursing haritu, alhamdulillah, saya lepas di temuduga. Sekarang ni tengah fikir sama ada nak sambung matriks atau beralih ke bidang nursing tu. In progress..

Apapun, syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah. Syukur, terima kasih ya Allah! Terima kasih juga kepada lecturer saya yang comel-comel belaka sebab sudi mengajar, classmate yg tolong saya, roommate yang sentiasa bersabar dengan saya. Eceh, ada tak macam ala-ala dapat award? *muka mintak lempang*



My S22P4 :-) 


Bye, assalammualaikum.

Saturday, December 8

Just gonna stand there.

Hi, assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.




Past, is the past. Apa yang dah jadi tu, jadi. Kita kena terima seadanya. Walaupun ia sangat menyakitkan kita, inshaa Allah, suatu hari nanti Allah akan memberi sesuatu yang kita tak duga. 



*krik krik krik krik* 



Hai, pejam celik pejam celik dah dua minggu saya dekat Matriks untuk sem dua ni. Haa jengjengjengggg *muka bangga* Tapi, kerja dia still the same. Baru masuk dah kena fikir pasal projek, pasal itu, pasal ini. Sehari tanpa kerja ibarat salji turun di Malaysia. Haa nampak betapa benda ni tak pernah berlaku. Maksudnya tak pernah sehari takde kerja. Faham tak? Haa. Apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. 


Korang nak tahu tak, meh sini cepat. Duduk rapat-rapat sikit, mari mari lai lai! Haa, sem dua ni kan kan kan saya ada subject Ko-K. Muahahaha k eksaited you know sebab mengharapkan aktiviti Ko-K dapat senamrobik. Dekat sini, seramrobik dia best gila kau tahu, ada pertandingan, dah macam buat break dance pun ada haa. 

Lepastu, apa yang diimpikan, akhirnya dapat. Hekyahhhhh *dancing* Satu class eksaited sebab dapat joget-joget. Balik bilik tak menyempat letak barang terus bagitahu roommate dapat senamrobik. Haa nampak tak ke-eksaited-an saya dekat situ? Well, saya kan penari terbaik. Haa kelas kau maria. lol.

Minggu depannya tu, tetibe lecturer yang ajar senamrobik tu tukar. Elok dah dapat senamrobik, habis seramrobek jadinya. Elok dapat main joget-joget, dah takde dah. Sungguh dengki mereka terhadap saya. Hm, lecturer masuk je terus cakap 

"Saya akan mengajar kamu Kelab dan Persatuan. Kamu akan bermain SQUASH" 

Whatttt! Squash? Haa saya hebat bermain squash you know. Hebat sampai seumur hidup saya tak pernah pegang bola dia ke apa ke semua tak pernah. Hm, apa boleh buat, sekali lagi, tahi kambing bulat-bulat. Terima je lah squash tu. Nanti mana tahu boleh gantikan Nicol David. Tolong lempang saya. 


Tak sabar nak tunggu 31 Disember ni. Hikhik ♥




Saturday, November 24

Enjoying my last night at home!

Hi, assalammualaikum.



When you try your best but you don't succeed, when you get what you want but not what you need, when you feel so tired but you can't sleep, and tears come streaming down your face. When you lose something you can't replace, when you love someone but it goes to waste. But if you don't try, you will never know *wipe tears*



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hi, malam-malam cenggini, sambil dengar lagu Fix You - Coldplay kan kan kan sumpah feeling tau tau tau sampai kan kan kan rasa macam nak menangis pulak tau tau tau lepastu kan kan kan mesti korang rasa nak lempang saya kan kan kan sebab type macam ni ni ni.

Sebenarnya kan, tengah sedih ni. Hm, bukan sebab tengah dengar lagu Fix You ni, bukan juga sebab tak tengok Twilight, apalagi sebab baru lepas main gusti-gusti dengan dua orang anak buah yang lasak, debab, mantap, mampat, malah bedepppp eh tak, comel. Sebenarnya, besok dah kena balik matriks. Tu yang macam sedih je ni. Sedih kan? Baik kata sedih cepat! Simbah acid baru tahu.

Pejam celik pejam celik celik celik pejam pelik, dua minggu dah habis dah. Rasa macam baru semalam start cuti. Hm, tak puas lagi nak berjimba. Tetibe dah nak kena balik. Nanti mulalah life as a student yang memang betul-betul student sampai taktahu dunia luar dah macam katak bawah tempurung tu.

Saya ada cakap dekat mak, boleh tak kalau saya nak stop matriks. Saya taknak duduk sana lagi. Even dapat roommates yang perangai dia, nauzubillah tak terkata hyper diorang, budak class yang poomm pomm paaw, tapi hmm entah lah. Besok, taknak pack baju, taknak taknak taknak! Nak buat tunjuk perasaan dekat mak yang saya taknak balik matriks. Taknak! Kang jakgi kena lempang pulak, baik pack je lah T_T

Haih, ni belum balik lagi dah rasa rindu. Rindu dekat mak, rindu dekat ayah, rindu dekat kawan yang menggila semua, rindu dekat haaaaaaaiiiiiiiiii.... hm.




Cukup sampai sini je, bye. Assalammualaikum :')





Tuesday, November 20

Sometimes, life is beautiful.

Hi, assalammualaikum.


Hanya dirimu yang kucinta, takkan membuat aku jatuh cinta lagi. Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku. Walau ku tahu kau tak sempurna, takkan membuat aku jauh darimu. Apa adanya, ku kan tetap setia kepadamu. Ya Allah, jagakan dia. Dia kekasihku, kan tetap milikku :')

Kadang-kadang, hidup ni indah. Ye, memang indah sebenarnya jika pandai diuruskan. Tapi, bohonglah kalau takde yang tak indah even dah cuba dielakkan, dijauhkan, dikipasi dan diangini, ehh. Tapi, demi impian kita, apa yang kita inginkan, kita kena cuba untuk dapatkan. Dream it, wish it, do it.


          


Hi, cukup mukadimah dekat atas tu. Cemana, meletop kebabom mantap bedepot tak ayat tu? Cis, saya tahu dah, tak. Hm, sekarang ni kan tengah cuti sem. Student lain cuti sebulan, matriculation student cuti lagi advance tau. Duaaaaaa haa, yes dua. Ye dua. Err, dua minggu. Kesian? K diam. 

Tengah cuti-cuti ni, tetibe rasa nak update pasal matriculation life haha. Even tinggal berapa hari je lagi dah kena daftar sem dua, prr. Haritu, last day at matriculation, before MUET, kitorang bergambar. Meh sini nak tunjukkan classmate saya dekat matriks. Dan kalau nak tahu, diorang semua best. Seriously.

Haa jeng jeng jengggg, dipersembahkan S22P4 *bunyi drum* Eh, sebenarnya kan, bukan cipoet ni je tau, ada lagi. Tapi diorang takde, entah mana menghilang. Maklumlah time tengah cuti kan, ada yang masih tidur, ada yang outing semua. Dah tolak tambah bahagi darab, ni je yang tinggal.


Haa, yang dipeluk manja ni, Erma. Yang terpaksa dipeluk dekat belakang yang tudung hitam tu, Auni. Yang si tukang peluk tu pulak, Izma. Kitorang suka peluk-memeluk. Ciss tak tak tipu je tipu je. Kang tak pasal-pasal dituduh lesbian. Tak pun, biseksual. Ish.


Izma, Auni, Diyanah. Yeahh diorang selalu dengan saya, lagi-lagi Auni. Dia suka sangat buat muka, kalau duduk dengan dia dalam kuliah, mesti gelak-gelak. Best dapat buli dia, lepastu gelak macam orang gila. Lepastu, bila dia marah, dia selalu terjerit "HOI" kuat-kuat, lepastu sendiri malu haha. Apapun, kawan dengan dia, best. Dia cool. Izma pulak, selalu jadi tempat saya mintak nasihat time dalam kelas, hehe.


Haa, yang kena peluk ni, cis peluk lagi. Tolonglah ampun, jangan fikir yang bukan-bukan. Haha over. K sambung, yang ni kitorang adik-beradik dalam kelas. Bukan sebab muka sama, ataupun apa-apa yang sama, tapi kitorang punya nama ayah sama - Hamzah. See, famouskan ayah kitorang? 


Sekejap je cuti, dah kena masuk matriks balik. Ish.



Bye, assalammualaikum.










Monday, November 19

Your hands that shake the world

Hi, assalammualaikum wbt.


Hi, macam yang kita semua tahu, Israel semakin menjadi-jadi. Penduduk Gaza mati dengan cara yang kejam. Jadi, marilah kita bersama-sama menadah tangan, berdoa agar penduduk di Gaza dan Palestin dapat diselamat daripada Israel laknatullah itu.

Tadahkan tangan, berdoa. Penuhkan masjid, jangan tinggalkan solat. Minta bantuan Allah swt agar mereka diselamatkan. Cara ini in shaa Allah dapat membantu mangsa dengan izin Allah. Sekadar meng-update status di facebook atau twitter tidak membantu. Cuba kita letakkan diri kita di sana, apa yang kita rasa? Let's pray for them, for Islam. 



Sebak tengok gambar dia :'( 




Wednesday, November 14

Let's all play together!

Hi, assalammualaikum.


Selepas menghadapi exam MUET yang mencabar meletop kebaboom membuatkan saya berkobar-kobar nak habis, akhirnya habis. Haha, reading test? Baca satu dua passage okay lagi. Baca passage last sekali, haa kau. Sakit otak tengok passage dia. Entah apa yang dia maksudkan sebenarnya saya pun taktahu. Writing test pulak, alhamdulillah lah. Listening? K yang ni kelakar. Dengar orang tu cakap, saya nak tergelak. Tapi, otak dah fikir lepastu nak balik je. Haha. 

Habis je, terus keluar tak menyempat salam kawan-kawan, just lari sambil jerit "Korang byeeeeee nak balik ni" haha. Nampak tak kesemangatan nak balik tu haa. Mana taknya, habis exam pukul 12.30 bas pulak pukul 1. Naik bas dari Matriks Melaka sampai Shah Alam dengan roommate. Haa, we have an exciting vacation you know. Vacation lah sangat. 

Duduk dalam bas tiga jam. Berhemah betul pakcik tu drive. Sakit-sakit dah pinggang ni. Dah tidur, bangun balik. Nak tidur balik dah tak boleh haha. Tiga jam kemudian, hoyeahhh sampai dekat Shah Alam. Balik rumah Nadia, berehat makan semua, malam tu haa jeng jeng jenggg mula lah nak berjimba riaaaaaaaaa. 


I-Citeeeeeyyyyyyyyyy hoyeahhhh! K semangat. Best gila masuk rumah ice ni. Cantik! Kalau pergi dengan pakwe ni kan, aww sweet je haha. Gatal. Dalam tu kitorang main gelongsor. Licin gilo, jalan sikit nak tergelincir haha. Paling best bila turun gelongsor, ada orang baling ice dekat kitorang. Habis masuk baju. Beku dah dalam tu. 




Okay, yang ini seronok! Tapi sakit buntut terhentak dekat ice. Haha, bangun melayang je. Dah lah jalan licin, habis hilang keayuan. Haha. Dah habis pusing satu I-City tu, pergi tempat yg ada lampu-lampu, beli lampu spongebob semua tengok jam dah pukul dua. K kena balik. Balik, semua terbongkang, kepenatan. 

Second Day - Times Square


Selepas penat bershopping sakan, kitorang pergi Theme Park. Pergi dengan bersemangat, tak sabar nak main semua permainan dalam tu. Main kereta, langgar dia langgar dia!  Yeahh let's berjimbaaa! 


Time ni tengah tunggu turn untuk naik roller coaster. Even saya dah naik sebelum ni, makin takut dibuatnya. Lagi-lagi duduk sebelah Yun, yang penakut sangat tu haa. Sumpah cuak, sepatutnya dah pernah naik, kali ni boleh lah act cool sikit kan, ni tak. Makin takut dibuatnya. Duduk pulak paling depan. Memang lah. Lepastu boleh lagi diorang nak ajak naik lagi sekali. Lagi lah tak.


Naik bendalah ni, haa lagi lah. Separuh jiwaku pergi betul. Memang tak berani nak bukak mata. Maaf, suara saya yang dengar dulu bila benda tu berpusing. Cuak gila, lagi-lagi part dia stop dekat atas. Cuma benda penghalang tu je yang menampung badan. Lantak lah tudung senget ke apa, hilang keayuan ke, yang penting saya memang takut gila naik benda ni haha. 


Haa, main dah tak ingat dunia, semua dah mabuk. Haa kau sampai mata ke atas dah. Gambar dekat sini  banyak Yun yang amekkan, sebab dia je yang tak mabuk. Ye lah, dia tak main benda biru yang menyeramkan tu, memang lah rileks je. Hish. Tak aci haha.

Third Day - Pavilion 


Hari ketiga, tenaga masih ada, berjalan lagi. Tengok wayang, Skyfall. Haha, walaupun agak lambat baru tengok, tapi apakan daya. Biar ah nak tengok lambat ke cepat ke. Takpayah nak gelak sangat eh haha. 



Yun yang ingin membuat aksi seksi tetapi tidak menjadi malah menjengkelkan haha. 


  Orang emas yang bila bayar rm2 baru bergerak. Macam-macam dia ni haa. haha, kang ada yang kena angkat saya jualkan dekat kedai emas. Agak-agak laku tak? lol. 

Sampai sini je cerita kitorang, balik tu masing-masing dah terbongkang kepenatan. Besoknya tu, saya balik Melaka, negeri tumpahnya darahku ahaha. K tak lawak okay. To Nadia, thanks tumpangkan rumah yang seronok tu. Nina, Yun thanks jugak for the days! 

And for those who wish my birthday, seriously terharu! Terima kasih tau. Alhamdulillah, dah 18tahun dah saya. Semoga Allah memberkati hidup kita semua ya! :'D




Bye, assalammualaikum. 






Thursday, November 8

Some people laugh, some people cry.

Hi, assalammualaikum.


Jika wanita cantik yang dicari, bukan saya. Jika wanita solehah yang dicari, bukan saya. Jika wanita ayu yang dicari, bukan saya. Jika wanita kaya yang dicari, bukan saya. Jika wanita bertudung labuh dicari, bukan saya. Jika mahukan wanita yang meletop berdepot, lagilah bukan saya. Tapi, jika mahukan wanita yang ingin dibimbing, ia adalah saya :') 


okaycukupokaycukupokaycukupokaycukupsudahcukupcukupsudahcukupsampaidisinisaja


Ehem, ehem *betul-betulkan baju* Dengan lafaz bismillahhirahmannirrahhim, dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawasanya saya dah habis final exam. Hoyeahh yeah yeah yeah yeahhhh *gelek-gelek* yuhoooooou k dah cukup. Sekarang saya dah balik rumah bersuka ria berjimba rama sana sini haha. Mohon jelly *eee ayat ni paling menyampah -,-

Setelah dua minggu saya menempuhi suka duka cabaran dan halangan ketika menjawab exam, sampai tertidur-tidur, akhirnya waktu yang dinantikan kini menjelang tiba. Ecehh. Dah lah kena amek exam dalam makmal kimia, pandang kiri, meja makmal, pandang kanan pun meja makmal. Dah lah sorang pun saya tak kenal dalam makmal tu. Dah lah saya rasa tak seronok dalam tu. Dah lah dah lah. 

Haa, lagi satu. Ehem ehem, nak nyanyi ni nak nyanyi. Sila tadahkan telinga ye.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Abang gemook, happy birthday to youuu! 


Haaa wahai abang Azri, bangga tak? Bangga tak Nana nyanyikan? Bangga kan. Muahahaha, k ucapan, semoga panjang umur, dan tolong jangan perasan muda lagi. Haha kbye.

Hm, so apa plan cuti sem ni? Nak buat semua benda, nak keluar, nak pergi jalan-jalan, nak tengok wayang, nak dating ehh -,-' Eceh berlagak macam cuti lama je. Padahal cuti dua minggu je. Orang lain semua cuti berbulan, matriks je cuti dua minggu. Sungguh kejam malah jahil. Hm, takpe lah. Redhaaaaa. Okay cukup sampai sini. 


Lupa pulak, sabtu ni ada MUET. So, besok kena balik matriks balik. Haish -,-


Bye, Assalammualaikum.

Friday, November 2

Bye October, Hello November!

Hi, assalammualaikum


Kadang-kadang kita kena terima apa yang berlaku dalam hidup kita. Kita tak boleh salahkan takdir, kerana takdir telah menentukan segalanya. Siapa kita nak merubah takdir? Kita bukan tuhan, kita bukan sesiapa. Tapi kita hanyalah manusia biasa yang sering alpa dengan keadaan sekeliling. 

*bunyi cengkerik*

Haa, ni lah akibatnya update blog time hujan-hujan cenggini. Cuaca dah sejuk, mulalah rasa nak layan perasaan jiwang je haha. Eh, sedar tak sedar dah bulan november kan. Sekejap je, baru je rasa macam semalam sambut new year. Tengok bunga api pum pum bom bom semua. Eh tipu je -,- 

Sekarang ni tengah menghadap final, Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Alhamdulillah, tiga paper dah lepas. Even ada yg agak susah, sampai tertidur-tidur jawab, tapi alhamdulillah. Isnin ni paper Chemistry dan Physics. Lepastuu haaa kaaaaaau jangan tanya apa aku nak buat lepastu haha k dah. 

Dan alhamdulillah, dah pergi interview untuk Nursing tu. Tunggu bulan 12 untuk keputusan, kalau dapat, insyaAllah pergi belajar nursing, stop matriculation. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua :')

Okay, now I in PSPM mood, time to study. Assalammualaikum, bye.


Monday, October 1

Oh my super duper day!

Hi, assalammualaikum.



Selama mata terbuka, sampai jantung tak berdetak, selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu. Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu, kanku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku :')

They always there when we need them, they will cry when we cry, they will laugh when we laugh. That is what we call friends. Haa cakap pasal kawan, saya ada benda yang nak diceritakan. Saya panggil kisah ni kisah 29 September. Tarikh yang mengajar kami erti kesabaran. Kesabaran memang tercabar sampai rasa nak tukar jadi hulk mengamuk satu dunia. Ewahh.


Ehem ehe, ni roommate saya. Dari kiri Nadia ke Nina ke Yun ke Diyana. Ini sebagai mukadimah untuk kisah ni. Nanti bila tak letak gambar ni bila saya sebut nama-nama ni semua blur taktahu siapa yang saya ceritakan. Tak ke tu syok sendiri namanya *tutup muka*


  ❤       


Jeng jeng jeng, bermulalah satu kisah pada 29 September. Pada pagi hari, kitorang nak pergi keluar menghibur jiwa yang lara ni dengan menyewa kereta kancil dekat abang yang pada mulanya agak cute tapi lama-lama rasa nak bagi dia makan kasut.

Masing-masing bersemangat, bawak kereta nak pergi isi minyak. Tengah traffic light, kaki dah mula bermain clutch dan minyak, tetibe tuppppp. Enjin mati. Mengerah tenaga cuba untuk start enjin tetapi malangnya tidak berjaya. Kami mula berasa takut cuak gementar mengamuk sampai taktahu nak buat apa. Tengah panas, tengah jalan, tetibe kereta rosak. Tak ke satu badan pun panass jadinya. 

Tapi Alhamdulillah, ada abang yang tolong kitorang. Thank you abang! Jadi kami pun bersuka ria berseronok dan beronok-ronok berjalan-jalan cuci mata, berbowling, berkaraoke, berwayang. nasib kitorang sangat baik. karoke bayar untuk sejam, tapi dapat dua jam. Thanks abang karoke. lol. Haa cakap pasal wayang, akhirnya dapat jugak tengok wayang 6 dimensional tu. Dia punya best, haaa kau siap ada air terpercik-percik membasahi pipi yang gebu dan licin ini *muntah*


Time ni kitorang dekat bowling. Dia ni kann, harap je time ni dia sakit perut. Tapi main bowling phewwwww *tabik* Dia menang, tapi dia lupa something. Kitorang dah kata, siapa menang kena belanja aiskrim mcflurry. Tapi dia lupa. Takpe, kami akan tuntut ye Yun *evil laugh*


Time ni kitorang masih lagi bersuka ria even kad matriks kitorang telah pun diblock. Lepasni dua minggu takboleh keluar. Suppose kena balik before 7pm but kitorang awal-awal plan "jom kita block kad kita yeahhh *joget-joget* " Pergi Jonker Walk, jalan cuci mata lagi, berseronok tergelak-gelak, beli see weed sampai empat botol. Berpeluh dah macam apa. 

Balik tu, kaki dah penat, masing-masing dah terduduk tepi jalan. Penat sangat dah. Bila nak balik, jalan jammed. Kesian Nadia. Tengah borak-borak dalam kereta, tetibe enjin kereta mati. Masing-masing sunyi mendiamkan diri tunggu Nadia start kereta sambil jantung yang berdebar macam nak tercabut. 

Tetapi malangnya, sekali lagi, ye sekali lagi ye. Kalaulah abang yang sewakan kereta baca ni, saya nak bagitahu ni, sekali lagi bang, sekali lagi. Sekali lagi apa? Bukan cerita Sekali Lagi yang menyayat jiwa tu, tapi sekali lagi kereta rosak. Mulalah masing-masing dah bengang, sampai rasa nak menangis dah tengah malam tetibe kereta rosak tengah jalan. 

Sebaik ada abang Rela datang tolong alihkan kereta ke tepi, dia suruh call abang kereta sewa yang tak guna tu lepastu dia balik macam tu je. Yang ni lagi sorang tak guna. K sabar sabar. 

Akan tetapi, jeng jeng jenggggggggggggg *pasang lagu cinta*

Tetibe ada abang yang bawak motorcross lalu, tanya kenapa. Kitorang apa lagi, mengadu punya mengadu, dia terus park tepi motor dia then tolong kitorang. And we like ahhhh melting gila habis ah! Lepastu abang tu call member dia, datang lagi tiga motorcross. Aww kami dikelilingi abang-abang cool. Lagi ah melting macam nak mampuih kitorang. 

Abang tu dah lah cool, haaa kau dia sangat handsome, dia tolong kitorang sampai kereta tu boleh start. Cehh jealous tak? Mohon jealous ye korang *duckface* Apa yang membuatkan kami cair, bila kereta dah start, kitorang tanya nak buat apa kalau kereta rosak lagi, abang-abang cool tu berkata 

"Takpe, nanti rosak lagi kitorang tolong lagi. Nanti apa-apa mesej lah ye?"

Ohhhh abang, nombor awak tiada. Ecehhh k jangan over k *sepak muka* Balik tu, haa kau kitorang tersengih tersenyum tersipu kambing seperti kambing yang comel mendapat bunga. Eh? K faham kan betapa berbunganya hati kitorang? Ahaha. 

Apa yang penting, until now kitorang angau dekat abang-abang cool tu *melting*




Dah cukup, nanti makin over jadinya. Assalammualaikum.



Sunday, September 23

You give my heart a break

Hi, assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Namun hakikatnya bukan mudah. Aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi, sentuhan dan kata semua kau iya kan, sentuhan jari kau diamkan dan biarkan. Tiba masanya kau cari teman pengganti.

Kenapa mesti ada harini? Ahad yang malang. Ecehh kemain malang. Ye lah malang, besok dah kena pergi kuliah balik. Penat sangat dah pagi ke petang lepastu sambung ke malam. Panas sudah punggung ku ini duduk dalam kuliah. Keletihan yang melanda diri, kesedihan, semuanya ada. haih. Okay dah, demi masa depan yang mantop, belajar pun kenalah mantop meletop berguling-guling.

❤ ❤ ❤ ❤ ❤

"Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini untuk menghadapi cabaran dan dugaanmu. Sesungguhnya berat sungguh hatiku untuk melepaskan dia. Ku memohon, cekalkanlah hatiku ini ya Allah"

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah bersama mengharungi hari-hari kita, gelak ketawa kita selama 8bulan 23 hari. Alhamdulillah. Jangan risau, saya akan cuba hilangkan semuanya. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik semua yang terjadi ni kan? Redha dengan semua yang berlaku.

Terima kasih untuk semua. Lepasni mesti rasa lain bila pergi jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan, pergi tengok wayang, pergi karoke, mesti rasa lain. Sebab selalu saya dengan dia, tapi lepasni tak lagi. Saya akan cuba untuk hilangkan rindu untuk otp dengan dia malam-malam, saya akan cuba untuk hilangkan rindu dekat dia *lap air mata* Okay takpe, ada hikmah, ingat tu Diyana. Diyana kuat, yeah!



Thanks for everything :)





Saturday, August 25

The sun goes down, the stars comes up

Hi, assalammualaikum.

Masa berlalu begitu pantas. Dua minggu cuti terasa bagaikan dua hari. Apakah sebabnya? Adakah ini disebabkan cinta? Tanpa cinta, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Itulah puncanya kenaikan berat badan lagi-lagi time raya ni. Aduh cinta, oh cinta. Cis aku takhabis-habis pasal cinta. 


Sekarang dah pukul 1.30 petang. Duh, sekejapnya masa berlalu. Kenapakah? Mengapakah masa berlalu begitu pantas? Meeenggaaaapaaaaaaaaaaaa? Paaanggggg! *kena sepak* 

Baju masih lagi tidak di packed. Segala kerja masih lagi tidak siap hundred percent. Nampak tak betapa taknak nya balik hostel? Walaupun sebenarnya ada juga perasaan taksabar nak jumpa rumet masuk air tu. Kihkihkih.

Tapi walaubagaimanapun, mahu atau ku tidak mahu, aku terpaksa menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Melaka jugak. Mulalah jadual hidup yang padat, mampat dan depot, ehh? Tidak mengapa, minggu depan merdeka kan? Maybe dapat balik kot. Hm, kot lah.

So, besok start kuliah macam biasa. Kepada pelajar SPM, ingat, buat betul-betul. Goodluck okay. Do your best. Chaiyok chaiyok! *pom pom girl*


Hati sebenarnya sedih, nak duduk kat rumah lagi.


Bye, assalammualaikum.


Oh yeah oh yeah.

Hai, assalammualaikum.

Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya. Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku, uuuuuuhhh. Cukup sampai sini, suara saya mahal ye harap maklum *termuntah*

Cukuplah lagu Ombak Rindu sebagai mukadimah untuk anda.


Selamat Pengantin Baru Diyanah & Haikal. 
Eh silap, silap. Liza & Shah -,- 

Time beraya, time cuti sekolah mulalah berlambak kad jemputan kenduri kahwin dapat. Hm, Kak Liza, Selamat Pengantin Baru ye! Semoga kekal ke anak cucu cicit dan seterusnya. Biasalah nanti bila dah berkahwin, ada rintangan dan dugaannya kan? Ciss, aku berkata-kata seolah aku sudah berkahwin. Eh, aku masih dara! K.

Malam sebelum wedding, jeng jeng jeng. Saya, dan along berserta isteri dan anak-anaknya, kakak saya berserta suami dan anaknya, dan kakak saya berserta tiada sesiapa, kami menyinggah sana ke Times Square, kecoh nak main dekat Theme Park dia. 


Itu roller coaster, cukuplah kali pertama dan kali terakhir saya naik. Rasa nak tercabut nyawa, lagi-lagi bila pusing kepala kebawah, terus teringat Final Destination. Tapi, jangan jadi macam Along saya, cakap lebih, bajet je jakgi dia yang nak termuntah. Suara kitorang menjerit? Hm, rasanya takpayah bagitahu, faham-faham jele haha.


Jadi, langkah yang selamat, mainlah benda yang pusing-pusing ni dengan anak buah. Walaupun agak mabuk, tak semabuk, tak sepening, tak semati, tak sekecut naik roller coaster yang cipoet tu *wink face*



Pagi sebelum ke Theme Park.


Aku terima nikahnya, si polan binti si polan dengan mas kahwinnya cipeot tunai *clap hands*

Bila tengok cousin nikah, rasa teringin nak nikah. Awak, joooOOOoooOOOm? Paanggg! *kena sepak* 


Pada keesokan harinya, 

Kompang dipalu, pengantin malu *lagu karoke*

 Dari kiri, Farish, Danish, Damia. Anak buah kesayangan saya :)

Farish : Jom kita conquer pelamin ni, jangan bagi pengantin duduk.
Danish : Okay! Mia, awak dah ready?
Damia : Dah, tapi siapa nak jadi pengapit itew?


Perasaan mereka apabila terpaksa dihalau dari pelamin. Cebik menahan kesedihan, duduk bagaikan cina kalah judi, dan korek buntut haha.


Akan tetapi, apabila mereka diberi bunga mangga, haa kau menari berjoget bersilat kegembiraan haha. Comel sungguh.

Lastly, habis. Besok saya balik Matriks, lifeless balik. Maybe long time blog tidak akan diupdate. So, enjoy your eid! Kumpul duit banyak-banyak lepastu belanja saya. To SPM candidates, a very good luck, do your best for trial. And, wish me luck, I have to prepare for PSPM aka final exam. InsyaAllah :)


Bye, assalammualaikum.




Thursday, August 23

Beraya selagi mampu!

Hai, assalammualaikum.

Selagi masih mampu untuk beraya, selagi ada peluang untuk merasa hari raya, selagi itulah menghabiskan cuti-cuti ini dengan beraya sana sini. Dan selagi saya masih ingat apa yang berlaku lebih baik saya cerita sekarang sebelum terlupa atau tak sempat. 

Bismillahhirahmannirrahim.


Mungkin ada certain gambar yang agak blur, sebab kamera ini bukan jenis auto-zoom. Bila dah adjust, tengok dekat kamera nampak okay, masuk dalam laptop, haa kau rasa nak campak je kamera tu tapi hakikatnya hati tidak tersampai nak campak.

Bila dah lama tak jumpa kawan sekolah, time raya ni lah nak jumpa balik diorang semua tu. Jumpa cikgu balik, beraya lepastu mintak duit raya, for sure. Kids nowadays, datang rumah nak duit raya, dengan jujur dan innocent datang sambil cakap nak datang raya tapi taknak makan, taknak minum, cuma nak duit raya. Prrrrrrrrr. Nak je karate kan bebudak tu. Geram mak.



Dua-dua ni cikgu kesayangan saya, cikgu yang selalu ada untuk kitorang, always tolong kitorang even selalu kena panggil 'mangkuk tingkat' *lap air mata* Yang lain ni, kawan time sekolah. Time sekolah, dengan diorang je lah yang saya rapat. Dah macam adik-beradik dah. Tapi, mulut masing-masing, haa tak tahan aku nak dengar haha.



At Sury's house. Perasan tak baju kitorang sama? Okay nak buat cemana, kitorangkan best friend forever, muehehe.





Best moment ever. Hari makan sedunia, pergi sana, makan. pergi sini, makan. Badan pun dah naik. Orang kata, hati senang badan pun naik. Tapi masalahnya sekarang, hati tak senang. Tapi badan still naik. Nampak tak ketidakpuasan hati dekat situ? 

Hati juga tidak puas sebab gambar banyak blur, tapi ini bukan semua gambar ye, bukan semua.


Selamat Hari Raya lagi. 



Bye, assalammualaikum.