Friday, October 25

How can I love when I afraid to fall.


Assalammualaikum wbt,



Same bed but it feels just a little bit bigger now. To young, to dumb to realize. To be honest, aku terlalu rindukan kawan-kawan aku. Kawan-kawan dimana ketika susah bersama, senang bersama. Aku rindu sahabat aku, yang sentiasa pinjamkan bahu dia untuk aku.

Aku tak seronok tinggal dekat sini. Semuanya berbeza, totally different. Semuanya berbeza dari yang dulu. Aku cuma mahukan yang dulu. Dari aku mula bangun tidur, sampai aku tidur balik. Mungkin mereka fikir mereka dah besar, mereka dah level yang agak tinggi tapi tak berapa tinggi pada aku. Mungkin sebab tu mereka dengan dunia mereka, aku dengan dunia aku. Aku terkapai-kapai, aku dan cuma aku, sahaja.

Mungkin sebab itu aku kena belajar berdikari. Segalanya berubah. Mungkin keadaan suruh aku untuk jadi matang. Matang dengan segalanya, belajar hidup berdikari, belajar hidup sendiri. Pandailah bawa diri.

Bila aku tengok semula gambar-gambar sahabat aku, hati rasa sebak. Aku rindukan diorang, sangat. I just need them, aku perlukan diorang dimana bila aku dalam masalah, mereka sentiasa ada membantu. Tapi keadaan sekarang? Semuanya aku seorang, tiada yang memahami.

Dan

Semakin kita besar, semakin ramai manusia yang kita kenal. Bermacam jenis manusia. Ada yang suka bantu kita, ada yang suka jatuhkan kita, ada yang tikam belakang kita, ada yang suka tengok kita jatuh, ada yang kutuk kita, semuanya. Dan ada juga orang yang suka tengok kita merana. Mendoakan keburukan kita, bukan kebahagiaan kita. 

Lah tahzan, innallaha ma'na :')




Saturday, October 19

Luahan hati.

Aku bukan yang terbaik
Ya, aku tahu tu.

Banyak perbezaan antara
aku dan dia.

Aku sedar semua
Aku mengaku aku bukan jenis yang kuat agama
Aku mengaku aku bukan seorang yang baik
Aku mengaku aku bukan selembut itu
Aku mengaku aku bukan kaya
Aku tahu semua itu.

Dia punyai segalanya
Tapi kenapa dia sanggup
Menghina aku?
Hinanya aku di mata dia.

Katanya,
Jangan samakan aku dengan dia.
Dia geli
Aku faham.

Aku diamkan semuanya
Walaupun hati sakit
Mata menangis
Semua ini kerana
Aku sayangkan kau

Tapi apa yang aku buat
Ada kau nampak semuanya?
Nampak?
Kau buta.

Mata kau
Cuma tertumpu pada dia seorang.
Hati kau
Cuma betul-betul mencintai dia seorang.

Apa aku ini
Tak ada perasaan?

Aku bodoh.
Mengharapkan kasih sayang
Dari seorang yang tak mencintai aku.



Bodoh.


You know I love you so.


Straight to the point, saya rindu sangat dekat roommates saya yang dulu. The real roommates. Tapi, sekarang saya ada roommates lain. Best memanglah best. Tapi tak sama macam dulu. Sangat berbeza. Dari segi perwatakan, semuanya. Berbeza.

Saya rindu sangat dekat diorang. Rindu nak gelak sama-sama. Rindu nak buat benda bodoh sama-sama. Rindu nak main basikal sama-sama. Rindu nak duduk tepi 'bukit' KMM. Rindu nak mandi, shampoo rambut sama-sama. Rindu nak tidur berempat dekat satu katil. Rindu nak baring berempat bila masing-masing ada masalah. Rindu nak baring sama-sama setiap kali balik class. Rindu nak pergi makan sama-sama. Semuanya sama-sama. Bila kurang seorang, rasa tak lengkap. Saya rindu semuanya.

Sekarang semua dah berbeza. Tak pernah buat semua benda yang kita buat dulu. Pergi makan, tak pernah berempat. Kadang-kadang cuma saya je yang pergi beli, bungkus makan dekat bilik. Cara dekat sini sangat berbeza. Sangat berbeza.

Mungkin saya kena sedar, lain orang lain caranya kan? Saya kena biasakan keadaan macam ni. Tak boleh nak bergantung dekat orang, macam mana saya bergantung dekat roommates saya yang dulu. Tak mengapa. Saya cuba.

"Lah tahzan, innallaha ma'ana."

I miss you Nina Nadia Nawi, Nadia Hidayah Saidi, Nurul Izzati Dali. I really miss you to the moon and back. Seriously.


Saturday, October 5

Untitled.

Ku akui
Hati aku
Suka aku
Impian aku
Sayang aku
Cinta aku
Hanya untuk kau.

Ku akui
Aku sedar akan diriku
Aku tidak sebaik itu
Aku tidak sekaya itu
Aku tidak sealim itu

Tapi

Aku cuba untuk menjadi yang terbaik
Terbaik untuk kau.

Ku akui,
Aku punya hati
Hati yang tulus
Tulus ikhlas menyayangi kau
Mencintai kau
Sepenuh jiwa dan raga
Ini semua hanya untuk kau.

Ku akui,
Aku punya hati
Hati ini yang lali
Lali disakiti
Ku pujuk sendiri
Hanya untuk kau.

Apakah kau seronok
Seronok dengan permainan ini
Permainan hati
Mungkin bahagia untuk kau
Tapi derita untuk aku
Cukuplah sayang
Berhentilah dengan semua permainan ini.

Sungguh,
Hati ini amat sakit.
Amat perit.
Luka berdarah kembali.