Friday, May 25

I'll be here patiently waiting.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got, we got a lot at stake and in the end, you're still my friend at least we did intend. For us to work we didn't break, we didn't burn, we had to learn how to bend without the world caving in. 

 Yes, a friend in need is a friend indeed. She helped me a lot. Walaupun umur kami tak sama, kami dah berkawan sejak umur lima tahun dan masa tu saya enam tahun. Masa tu, masing-masing selekeh je. Tiap-tiap petang mesti pergi main basikal. Lepastu, barang mainan kitorang mesti sama. Pernah dulu kitorang ada mainan rumah besar siap dengan perabot dan ada satu family. Mulalah nanti tiap-tiap petang susun rumah tu sebelah-sebelah, buat ala-ala jiran yang bermuafakat xD

Ada satu petang tu, budak-budak datang belajar mengaji dekat rumah jiran. Saya dengan dia tetibe buat apa ntah dengan sorang budak lelaki yang nak balik dari mengaji tu. Yang saya ingat, budak tu baru balik dari sekolah agama sebab dia pakai uniform sekolah agama. Lepastu, saya tak ingat apa yang jadi. Yang saya ingat, kitorang tolak budak tu sampai dia jatuh dekat longkang dan dengan muka innocent jalan pergi dari tempat tu. Maaf ye wak hehe.

Kitorang ada satu hobi, suka petik cili dekat depan rumah orang. Tiap-tiap petang mesti kitorang kayuh basikal pergi rumah sorang makcik ni. Depan rumah makcik ni ada pangkin, sebelah dia ada pokok cili. Kitorang suka datang sana sebab boleh main masak-masak. Habis botak pokok cili dia kitorang kerjakan. Yang buat makcik tu mengamuk sampai mengadu dekat mak kitorang, kitorang dah lah petik cili dia, lepastu amek batu tumbuk dekat pangkin dia. Habis kotor. Bila dah kena marah, serik sekejap. lepastu sambung balik. Tapi bukan lagi pokok cili, malah pokok limau kasturi menjadi pilihan.


Ops, maaf. Muka saya tu err sebenarnya saya nak kembungkan pipi tapi tak jadi. K tipu je, dah memang saya suka buat muka macam tu hehe. Masa ni kitorang masih tadika. Rindu sangat. Teringat masa bulan puasa. Dia puasa penuh. Saya ni? Err haha. Ada satu petang tu, kitorang suka main tingting. Tahu tingting? Kalau taktahu, kesiannya awak. Awak tidak mengalami zaman kanak-kanak yang indah seperti kami hehe. Haha, agak-agak taktahu jugak tu apalagi google pergi. 

Okay sambung, kitorang main tingting. Time tu bulan puasa. Cuaca panas. Terlompat sana sini. Peluh dah mengalir. Saya cakap dengan dia yang saya puasa, sebab malu nak bagitahu kebenaran time tu sebab dia puasa hehe. Tapi, time main tu saya selalu cakap nak balik rumah kejap sebab nak terkencing. Tapi bila masuk rumah, bukak peti sejuk, haaa kauu lega tekak aku. Lepastu keluar sambung main, bila haus balik cakap balik nak kencing. 

Banyak sangat kenangan kami, sampai saya rasa kalau saya ceritakan semuanya tak tercukup, tak terlarat korang nak baca. Sekarang, dunia dah berubah, zaman semakin maju. Kitorang masih lagi rapat macam dulu. Bila jumpa ada je benda nak buat. Perangai masih lagi kebudak-budakan. Well, kitorang kan kanak-kanak ribena. Wink wink *buat muka comel*

Tahun lepas, tangan kanan saya patah. Eksiden sebab jatuh basikal. K kelakar kan? Dah stop gelak lah alahmak ai. Asal saya cakap jatuh basikal semua nak gelak. Sakitnya siapa yang rasa sekarang? K emosi lebih haha. Time tangan saya bersimen tu, dia datang melawat saya. Dia bawakkan kek. Lepastu dia suapkan saya makan kek tu. Sebelum dia balik, dia ada tinggalkan sesuatu. Dia pakai marker merah tulis nama dia sebesar yang boleh dekat simen saya tu :D

"Semoga cepat sembuh"

Bulan puasa tahun lepas, kitorang pergi terawikh sama-sama. Sejujurnya saya mengaku, saya tak boleh kusyuk solat kalau sebelah dia. Nanti ada je benda yang nak digelakkan. mana taknya, time tengah solat, dia angkat takbir sampai telekung saya dia tarik. Terpaksa saya sengetkan kepala ni kalau tak mau tercabut telekung tu. Lepastu bila sujud, mesti dia tarik telekung sekali. Tahan punya tahan sampai tak tertahan, dah gelak-gelak dah time tu. Last-last, suruh mak kitorang solat tengah-tengah baru okay. 
Sekarang ni, bila jumpa dua-dua still immature. Tergelak-gelak, bila tengok movie seram, mulalah dia nak menggedik ketakutan. Tapi, satu je yang saya agak tension bila tengok movie dengan dia. Dia takkan terlepas daripada melakukan satu perkara ni. Perkara yang membuatkan tahap kesabaran saya tergugat sampaikan rasa macam nak amek bantal ketuk kepala dia. Dia suka tanya macam ni bila tengok movie sama-sama

"Nana, kenapa dia mati? Tu siapa? Diorang ni semua berpenyakit ke? Apa jadi lepas ni? Yang ni siapa? Takpernah nampak pun dalam cerita ni? Eee kenapa dia tu? Eeeee yang tu darah ke? Aku tak boleh lah, aku kena tahu ending dia cemana baru aku tahu cerita ni pasal apa!" 

Eh ai, sabar tak sabar je lah saya menjawab satu per satu. Sampai satu tahap, terpaksa marah dia suruh tunggu habis cerita ni baru tanya. Hilang fokus mak tahu tak haha. Then, ada satu malam, kitorang lepak sama-sama. Mulalah nak main lampu, tutup lampu lepastu amek gambar. Bila gambar tu jadi, dia punya eksaited, mak haih.

Lepastu, dia ajak saya buat kerja yang menakutkan. K agak kelakar tapi menakutkan. Hahaahaha *sambil type sambil gelak* malam tu, kitorang lepak. Dah boring, saya amek gambar dengan dia. Tetiba dia ajak amek gambar jadi hantu. Mulalah tutup lampu, rambut diserabutkan, buat ala-ala hantu. Nak dijadikan cerita, kitorang pergi pakai telekung. Okay yang scary. Scary bila saya jadi hantu lah. Dia jadi hantu? Bhahaha sangat kelakar! Dengan rambut dia terkeluar, dengan spec dia lepastu nampak kaki. Hahaha dari seram terus pecah perut gelak.


Sekarang, saya dah habis sekolah dan akan sambung belajar tak lama lagi. Dia pun akan ambil SPM tahun ni. Sedar tak sedar, masa berlalu terlalu cepat. Saya akan sambung belajar Isnin ni. Ingatkan nak jumpa dia harini, tapi tadi dia bbm saya, dia hantar 

"Aitu last laa aku jumpa kau..aini aku nak gerak p perlis sampai ari isnin..kau jaga diri kay..jangan nakal2 kat sana..study hard! love youuu..kalau rindu aku,tgk gambar hantu kita kay ❤"

Sebak hati ni bila baca bbm dia. Sury, tunggu aku balik okay? Nanti kita jumpa then aku belanja kau makan donut macam yang aku janji tu. Aku sentiasa doakan kau, belajar rajin-rajin okay. Buat sehabis boleh untuk spm nanti. Nanti kalau ada pape soalan yang kau tak faham, bbm aku okay? Aku takde dekat rumah, kalau boleh aku ajar kau tapi aku dekat hostel nanti. Kau bbm aku je okay. And, doakan aku ye? Semoga aku berjaya dan kau juga. And, friend forever kay! :')



P/s : Mahsuri Sabtu, aku sayang kau.