Saturday, August 25

The sun goes down, the stars comes up

Hi, assalammualaikum.

Masa berlalu begitu pantas. Dua minggu cuti terasa bagaikan dua hari. Apakah sebabnya? Adakah ini disebabkan cinta? Tanpa cinta, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Itulah puncanya kenaikan berat badan lagi-lagi time raya ni. Aduh cinta, oh cinta. Cis aku takhabis-habis pasal cinta. 


Sekarang dah pukul 1.30 petang. Duh, sekejapnya masa berlalu. Kenapakah? Mengapakah masa berlalu begitu pantas? Meeenggaaaapaaaaaaaaaaaa? Paaanggggg! *kena sepak* 

Baju masih lagi tidak di packed. Segala kerja masih lagi tidak siap hundred percent. Nampak tak betapa taknak nya balik hostel? Walaupun sebenarnya ada juga perasaan taksabar nak jumpa rumet masuk air tu. Kihkihkih.

Tapi walaubagaimanapun, mahu atau ku tidak mahu, aku terpaksa menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Melaka jugak. Mulalah jadual hidup yang padat, mampat dan depot, ehh? Tidak mengapa, minggu depan merdeka kan? Maybe dapat balik kot. Hm, kot lah.

So, besok start kuliah macam biasa. Kepada pelajar SPM, ingat, buat betul-betul. Goodluck okay. Do your best. Chaiyok chaiyok! *pom pom girl*


Hati sebenarnya sedih, nak duduk kat rumah lagi.


Bye, assalammualaikum.


Oh yeah oh yeah.

Hai, assalammualaikum.

Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya. Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku, uuuuuuhhh. Cukup sampai sini, suara saya mahal ye harap maklum *termuntah*

Cukuplah lagu Ombak Rindu sebagai mukadimah untuk anda.


Selamat Pengantin Baru Diyanah & Haikal. 
Eh silap, silap. Liza & Shah -,- 

Time beraya, time cuti sekolah mulalah berlambak kad jemputan kenduri kahwin dapat. Hm, Kak Liza, Selamat Pengantin Baru ye! Semoga kekal ke anak cucu cicit dan seterusnya. Biasalah nanti bila dah berkahwin, ada rintangan dan dugaannya kan? Ciss, aku berkata-kata seolah aku sudah berkahwin. Eh, aku masih dara! K.

Malam sebelum wedding, jeng jeng jeng. Saya, dan along berserta isteri dan anak-anaknya, kakak saya berserta suami dan anaknya, dan kakak saya berserta tiada sesiapa, kami menyinggah sana ke Times Square, kecoh nak main dekat Theme Park dia. 


Itu roller coaster, cukuplah kali pertama dan kali terakhir saya naik. Rasa nak tercabut nyawa, lagi-lagi bila pusing kepala kebawah, terus teringat Final Destination. Tapi, jangan jadi macam Along saya, cakap lebih, bajet je jakgi dia yang nak termuntah. Suara kitorang menjerit? Hm, rasanya takpayah bagitahu, faham-faham jele haha.


Jadi, langkah yang selamat, mainlah benda yang pusing-pusing ni dengan anak buah. Walaupun agak mabuk, tak semabuk, tak sepening, tak semati, tak sekecut naik roller coaster yang cipoet tu *wink face*



Pagi sebelum ke Theme Park.


Aku terima nikahnya, si polan binti si polan dengan mas kahwinnya cipeot tunai *clap hands*

Bila tengok cousin nikah, rasa teringin nak nikah. Awak, joooOOOoooOOOm? Paanggg! *kena sepak* 


Pada keesokan harinya, 

Kompang dipalu, pengantin malu *lagu karoke*

 Dari kiri, Farish, Danish, Damia. Anak buah kesayangan saya :)

Farish : Jom kita conquer pelamin ni, jangan bagi pengantin duduk.
Danish : Okay! Mia, awak dah ready?
Damia : Dah, tapi siapa nak jadi pengapit itew?


Perasaan mereka apabila terpaksa dihalau dari pelamin. Cebik menahan kesedihan, duduk bagaikan cina kalah judi, dan korek buntut haha.


Akan tetapi, apabila mereka diberi bunga mangga, haa kau menari berjoget bersilat kegembiraan haha. Comel sungguh.

Lastly, habis. Besok saya balik Matriks, lifeless balik. Maybe long time blog tidak akan diupdate. So, enjoy your eid! Kumpul duit banyak-banyak lepastu belanja saya. To SPM candidates, a very good luck, do your best for trial. And, wish me luck, I have to prepare for PSPM aka final exam. InsyaAllah :)


Bye, assalammualaikum.




Thursday, August 23

Beraya selagi mampu!

Hai, assalammualaikum.

Selagi masih mampu untuk beraya, selagi ada peluang untuk merasa hari raya, selagi itulah menghabiskan cuti-cuti ini dengan beraya sana sini. Dan selagi saya masih ingat apa yang berlaku lebih baik saya cerita sekarang sebelum terlupa atau tak sempat. 

Bismillahhirahmannirrahim.


Mungkin ada certain gambar yang agak blur, sebab kamera ini bukan jenis auto-zoom. Bila dah adjust, tengok dekat kamera nampak okay, masuk dalam laptop, haa kau rasa nak campak je kamera tu tapi hakikatnya hati tidak tersampai nak campak.

Bila dah lama tak jumpa kawan sekolah, time raya ni lah nak jumpa balik diorang semua tu. Jumpa cikgu balik, beraya lepastu mintak duit raya, for sure. Kids nowadays, datang rumah nak duit raya, dengan jujur dan innocent datang sambil cakap nak datang raya tapi taknak makan, taknak minum, cuma nak duit raya. Prrrrrrrrr. Nak je karate kan bebudak tu. Geram mak.



Dua-dua ni cikgu kesayangan saya, cikgu yang selalu ada untuk kitorang, always tolong kitorang even selalu kena panggil 'mangkuk tingkat' *lap air mata* Yang lain ni, kawan time sekolah. Time sekolah, dengan diorang je lah yang saya rapat. Dah macam adik-beradik dah. Tapi, mulut masing-masing, haa tak tahan aku nak dengar haha.



At Sury's house. Perasan tak baju kitorang sama? Okay nak buat cemana, kitorangkan best friend forever, muehehe.





Best moment ever. Hari makan sedunia, pergi sana, makan. pergi sini, makan. Badan pun dah naik. Orang kata, hati senang badan pun naik. Tapi masalahnya sekarang, hati tak senang. Tapi badan still naik. Nampak tak ketidakpuasan hati dekat situ? 

Hati juga tidak puas sebab gambar banyak blur, tapi ini bukan semua gambar ye, bukan semua.


Selamat Hari Raya lagi. 



Bye, assalammualaikum.


Tuesday, August 21

If happy ever after did exist, I'd still be holding you like this.

Hey, assalammmualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

The time is 4.30 a.m. *bunyi suara robot dekat phone nokia* but I cannot sleep. Mengapakah? Kenapakah? Adakah ini disebabkan cinta sekali lagi? Mungkin kali ini ya, disebabkan cinta. Sebenarnya apa tu cinta? Mungkin cinta itu melibatkan sayang, rindu dan cinta. Rinduku umpama ombak yang tidak berhenti, kasihmu bagai pantai yang setia menanti. Okay yang ni saya tiru ayat Ombak Rindu. Muehehe.

I've wasted my nights, you turned out the lights, now I'm paralyzed still stuck in that time, when we called it love even the sunset in paradise.

Kenal tak siapa tu? Ehem ehem, I mean yang lelaki tu. Tak kenal? K good takyah kenal muahaha. I don't know what to say, but I just love him, so much. Even kenkadang tu dia menyakitkan hati sampai rasa nak je lempang dia, *terlalu jujur* tapi tak sampai hati nak lempang tapi kadang-kadang lempang jugak ahaha. Hm, biasalah adat bercinta, mesti ada masa sweet, ada masa gaduh, ada masa rindu, ada masa tak contact -,- 

Alhamdulillah, dah lapan bulan. Eh jap, lapan bulan ni bukan untuk bayi dikandungan ye, lapan bulan ni masa kami berdua. Jangan fikir bebukan eh, baling tembikai kang baru tahu. Sebenarnya kalau ikut tarikh betul-betul baru tujuh bulan 22hari. Tapi ini ikut dia, nak sangat ikut bulan, so terus jadi lapan bulan. Haa kan nampak lama sikit haha. 


Muahaha, saya taktahu kenapa saya suka sangat gambar ni even muka masing-masing dah macam hape. Ehem ehem, sweet tak? *lap air mata* Haa selalunya letak bunga dekat tepi telinga, ni letak bunga dekat tudung, pun boleh haha -,- Okay dah cukup, nak melebih boleh, tapi kalau melebih-lebih memang kena sepak kang. 

Hm, sebenarnyakan, kenkadang tu saya rasa I'm too selfish. Sebab saya cuma nak dia sayangkan saya seorang, cuma saya seorang je, nak dia rindukan saya je, sentiasa fikirkan saya, and kalau boleh saya nak saya seorang je yang boleh memiliki dia dan hati dia. K dah kenapa pepagi ni jiwang kemain kalah ombak rindu ni *tutup muka*

K dah dah, malu ni. Akhir kata, habis. Assalammualaikum, bye.


Monday, August 20

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira!

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

"Nana mintak maaf kalau Nana ada terkasar bahasa, tertinggikan suara atau terkurang ajar. Maafkan salah silap Nana. Selamat Hari Raya mak, ayah. Maaf zahir dan batin :')"


Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakaaan dengan rasa gembira, anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira~

Nak cakap apa, mengapa, bagaimana dan kenapa sebenarnya semua dah lupa. Cinta, adakah ini disebabkan cinta? Oh tidak. Ini raya. Ya raya, yang selalu pakcik tu umumkan dekat tv bila waktu malam sebelum raya tu. Lepastu masing-masing dah gembira happy tak terkata even dah tahu sebenarnya memang besok raya. Ce bayangkan kalau tahun ni tak jadi raya? Oh tidak, raya taaakk jadii. Okay gurau, dah raya dah pun haha.

Kata pasal pakcik yang selalu umumkan hari raya dekat tv tu, teringat sesuatu. Saya ada dua orang abang yang agak sengal. Hm, sebenarnya seorang je abang kandung. Yang lagi sorang tu abang ipar. Diorang suka main mercun mengalahkan budak-budak. Okay mereka berdua sungguh perangai kebudak-budakan mengalahkan anak-anak mereka yang baru sahaja berumur 2 dan 4 tahun. Okay saya dah kenapa ayat sekeema sangat ni -,- 


Budak kecik ni memang brutal. Kalau dia terjatuh terhantuk kepala benjol sekalipun maintain cool, tak nangis. See, dia berani pegang mercun merdeka tu. Eh, mercun merdeka ke? Maaf saya taktahu apa nama bendalah tu, main ikut abang saya yang sengal kata tu mercun merdeka. Okay motif saya sebenarnya nak cakap, abang-abang saya tunggu pakcik tu umumkan raya, lepastu diorang mula berlari keanak-anakan keluar rumah lepastu bakar mercun merdeka tu. Pom pooom kau, cantik gila :3


Meriah sungguh. Hati rasa seronok. Mana tak seronok, lawan mercun dengan budak taman. Lepastu bila mercun yang kuat-kuat dah habis, dan hati still taknak kalah, lawan pulak dengan mercun pop-pop. Still mercun kan tu. Habis main, yang tukang sapu depan rumah kutip sampah segala sarap tu, siapa lagi kalau bukan si cantik molek rajin sungguh beliau, saya -,-






  With anak buah tersayang, *ececehh* Muhammad Danish <3

Time ni dalam kereta nak balik kampung. Well, kampung saya sangat "jauh" dari rumah, sebabtu gerak pagi raya. Kira-kira sepuluh minit sampailah. Muahaha -,- Sebelum pergi kampung, kitorang singgah kubur arwah nenek, arwah datuk dulu. Sebenarnya yang tinggal kampung je tapi nenek dengan datuk tak ada :') Saya tak pernah rasa kasih sayang seorang datuk sebenarnya. Kepada sesiapa yang ada datuk tu, hormatlah diorang selagi dia masih hidup. K tetibe touching dah ni. Tukar topic tukar topic. 

You know what *gaya tangan sekali* tak ke bengong saya ni, pergi kubur lupa nak bawak selipar. Yang terpakai dikaki ada heels 3inchi. Hm, masuk dah macam pengantin, sambil pegang tangan kakak sambil kejap-kejap terpeleot. Sampaikan macam nak je bukak kasut tu, kuburkan sekali kasut tu dekat situ -,-

Sampai kampung dah kecoh sana sini, yang saya pun sibuk kecoh merasa satu per satu kuih raya yang ada sampai lupa nak ambil gambar dekat kampung. Lepastu pergi jalan rumah lain, singgah dekat Negeri Sembilan. Haa yang ni, memang syiok. Syiooooooook sanad sanad :3 Sebab cuaca memang panas, saya pulak pergi makan rendang hijau diorang tu, tanpa air yang sejuk. Haa berpeluh-peluh kat situ dah macam bersauna habis basah ketiak. Pfft.



With Kakak saya yang masuk air. Bhaha k k maaf. Baru je mintak maaf dah buat dosa balik.

Eh eh, sini jap meh. Nak bagitahu something, saya ada buat kek. Ahaha yeah yeah nak kecoh ni. Korang jangan jealous mahupun cemburu apalagi jealous ye? Sebab kek yang saya buat ni takde lah sedap mana haha -,- 


Sebenarnya Haikal tak habis-habis suruh saya buatkan kek, bila buat dia pulak balik kampung. Haha, takpe, nanti bila dia datang, saya try buat lagi. Kalau boleh nk lagi sedap dari yang ni. Muahaha, kalau tak mesti kena kritik habis -,- 


Okay, bye. Assalammualaikum :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri ❤
 *bunyi mercun*






Thursday, August 16

Deru angin turut sama berlagu ♬


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna, ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan untuk merayu kepada Tuhan diterima amalan"

kini bertukar 

"Perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata. Nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit yang tinggi bertambah birunya, deru angin turut sama berlagu, semuanya bagaikan turut gembira. Oh oh ohh balik kampungggg, oh ohhh balik kaampunggggg, hati girang~"  



*Pom pom piiuuuutttttttt kebaboomm* *bunyi mercun* Bunyi ni lah yang selalu buat saya terkejut tiap-tiap malam. Sampai baru nak berangan pun tak jadi sebab asyik terkejut je. Heh, tipu je hehe :"> Cakap pasal mercun, dulu time kecik-kecik, saya suka main bunga api. Kemain eksaited kau takpayah cakap kalau dapat main bunga api yang warna warni tu. One day, tengah syok syok main dengan Sury, sambil tengok asap warna warni yang cantik lagi indah tu, tetibe tangan rasa lain macam. Tengok tangan kiri ni dah melecur. Ini semua gara-gara bunga api warna warni yang nampak sahaja indah tetapi sangat berbahaya. Habis tangan sebelah sampai sekarang dah berparut. Tengok, kurang harga hantaran dah :3 

Sekejap je kan masa berlalu. Rasanya kalau tengok old post saya, saya baru je update pasal first puasa. Tak percaya tengok lah tarikh dia. "Baru" je update pasal first puasa lepastu sekarang dah nak raya dah. Hm, takde lah. Sebenarnya takde masa nak update blog sebab haritu tengah exam mid sem. And now saya tengah brrrrr bercuti. Budak uitm, poli semua, jangan jealous sebab matriks dapat cuti dua minggu, welk :p Okay dah. Mesti korang dah beli baju raya kan. Hmm, baju saya tahun ni warna biwuuuuuu ehehe. Lepastu ada lagi satu, warna kunennn uuu wewit ahaha. K tu pun nak bagitahu -,- 


Psst, psst meh sini, nak bagi something ni! *berbisik*


Jeng jeneng jnennngggggggg! Taaaaraaaaaa~ 



 Ehee, amek ler kad raya yang tak macam kad raya ni. Ahaha, ikhlas ni ikhlas ni.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! Horeaaayyyyyy!  
*bunyi mercun*

"Dengan ini, saya umumkan tarikh hari raya aidilfitri jatuh pada hari esok. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin saya ucapkan" Haaa bersedia untuk dengar malam raya nanti. Lepastu pergi luar, pasang pelita, main mercun bersuka ria tolong mak semua lepastu takyah tidur ahaha.

Dengan ini, saya Nur Diyanah, ingin memohon maaf atas kesilapan yang saya dah lakukan. Maaf zahir dan batin. Harap segala salah silap saya dimaafkan ya? Mungkin salah yang disengajakan, atau yang tidak disengajakan ataupun yang sewaktu dengannya. Semoga raya tahun ni lagi syioookkk. Kumpul duit raya banyak-banyak *kalau still dapat* :b

Sampai sini je, nanti jangan lupa share korang punya first day raya. Hope first day raya tahun ni sangat bermakna. Selamat hari raya sekali lagi! 



P/s : Ramadhan, kita berjumpa pada tahun hadapan. InsyaAllah :)