Monday, April 30

Give me a second I need to get my story straight.


Astaghfirullah al-azim, KENAPA KAI COMEL SANGAT? Ahhh *pengsan* 

Lagi sekali, kenapa Kai comel sangat? Kenapa? Sekali lagi, kenapa comel sangat? Lagi sekali, kenapaaaaaaaaaa okay dah tak cakap lagi nanti kena sepak. Kai, nak tahu tak, every time I watch your music videos, I'm melting over over over over and over again. Lagi lagi part dia lap bibir dalam mv Mama tu. Haarghhh *pengsan lagi* Hey! *bangun balik* btw peace tu dia tunjuk dekat saya je okay? Korang please tutup mata jangan tengok hehe.  

Dulu, selalu berangan dengan Byha time kerja. Byha selalu cakap, 

"Nana, nana, cuba kau bayangkan time kita tengah cakap cakap ni, tetibe Kai datang depan kau dia melamar kau?" 

"Nana, nana, apa kau buat kalau kita tengah kerja ni, tetibe diorang datang buat show kat depan mata kita? Lepastu tarik kita naik atas pentas, nyanyi untuk kita, whooooaaaaaa!"

Jawapan wajib "Ahhhhhhhhh aku pengsan! Ahahahaha" itulah jawapan yang wajib didengar bila tanya soalan macam tu haha. Kenapa mesti pengsan. Kenapa mesti pengsan time dia nak melamar nanti bila bangun balik mesti dah takde hahaha. Kenapa nak pengsan time dia tarik kita naik atas pentas tu. K sumpah kitorang kuat berangan -___-


Cukuplah sesi pengsan memengsan ni, eh? haha. Assalammualaikum, sila jawab dalam hati. Harini dah 30 April. Besok 1 Mei, sebaik saya tak pergi Plkn. Kalau tak malam ni mesti rasa nak menangis spent time puas-puas dengan family, dengan haikal kawan kawan semua. Alhamdulillah, surat penangguhan tu dah selesai post dekat Plkn balik. Lego den, kalau tak, tak pasal pasal dapat rawatan "warnakan kulit" free free haa. Dah la saya ni dah tersedia gelap hehe -.-'

Tapi lego lego mana pun, one day kena pergi jugak. Haih itulah bila dah ada jodoh dengan Plkn ni, bak kata orang, kalau ada jodoh tak kemana. Takpe, pergi je lah. Jadi lah orang tua kat sana nanti ahaha. Okay cukups, so siapa yang pergi Plkn besok, good luck okay? Jaga diri baik baik, barang berharga jangan letak bersepah, nanti hilang tak pasal pasal melalak dalam tu lepastu kena sepak padan mukamu. Nanti pergi sana seorang jangan balik berdua pulak ehehe. Okay dah saya dah macam mak mak je hehe. Selamat berjuang! Meh sini saya nyanyikan sikit lagu Plkn tu

Kami wira wirawati negara, demi bangsa kami berjasa, kita satu semangat bergerak prr prr tak hafal ampun ampun ><'



P/s : Lagi sekali, Kai kenapa comel sangat? Kdah bye.