Thursday, April 26

Mindless, heartless, no one care about me.


Camnilah muka saya bila dapat tahu pasal Plkn -.-


Assalammualaikum. Seperti yang tersedia maklum, saya Nur Diyanah terpilih sebagai salah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara di Semberong, Batu Pahat, Johor dan akan melaporkan diri pada 1 Mei ini, tenengggggggggg. Amboi, ayat formal kemain. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat dinding yang macam dalam drama selalu buat tu. Medical check up settle, barang je belum beli. Ingatkan nak beli harini. Okay we'll see tengok beli barang ke tak haha. Bila dah beli barang, prepare barang dah bersedia untuk berjuang untuk negara. Pfft cembangang je aku -.-

Tapi tapi tapi

Saya telah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi di Melaka dan perlu mendaftarkan diri pada 28 Mei di mana tarikh tersebut saya sedang berjuang di dalam kelapa sawit. Ceh mesti korang rasa nak macam nak maki hamun kan. Heih jangan, takbaik berdosa. No no no. Okay sambung. Saya dapat tawaran program pengajian setahun untuk kursus Sains. Haa kauuu lepasni boleh jadi doktor. Tapi itu semua berangan di siang hari je. Tapi tkpe, saya akan cuba belajar frust menonggeng study hard smart semua supaya dapat pointer yang tinggi. InsyaAllah. 

Tapi tapi tapi

Saya mendapat berita bahawasanya sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam ataupun matrikulasi kami harus menangguhkan program latihan khidmat negara tersebut. Heish tengok tu ayat formal lagi. Heish tampar jugak kang. Lepastu saya nak confirmation terpaksalah call pihak plkn tanya bagaimana cemana kenapa bila dimana dan lepastu kena maki dia cakap ni bukan google. K tipu je. Jawapan dia adalah 

"Awak terpaksa tangguhkan plkn awak. Bila awak dah habis belajar baru awak akan ke plkn"

Haa? Hoo? Hee? Huu? Eeeeee apa ni apa niiiiiii! Taknakkkkkkkkk oh tidakkkk heish tension ah camni. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat bantal. Dia punya tension tidak terkata. Nanti saya terfikir, kalau saya habiskan matriks umur saya 19 lepastu sambung degree dah berapa umurrrrrrkuuuu sudah tua lepastu kena pergi plkn. Haa hamek lu siapa suruh lu dapat plkn. Hei wa tak mintak punlah plkn tu. Lepastu saya terfikir lagi, kalau saya dapat ipg, saya akan belajar lima tahun. Habis umur 23tahun lepastu praktikal lagi haih bilanya aku nak pergi ni. Jadi, keputusannya, saya terpaksa menangguhkan plkn saya untuk sambung belajar. Saya ulang, terpaksa -.-

"Tahniah kerana anda telah berjaya atau terpilih daripada beribu ribu pelajar di Malaysia untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara"


Banyak ah kau punya tahniah. Menyusahkan aku adalah -.-





P/s : Matriks atau Plkn?