Wednesday, April 25

Together we can take it to the end of the night


Dari kiri ; Farahin, budak comel, Byha

Assalammualaikum, dah baca tak ayat atas ni? Mesti rasa loya kan. Haha takpe pergi cari baldi sendiri untuk muntah ye. Okay kali ni, saya nak cerita something. Cerita pasal dua orang budak sengal masuk air macam kanak kanak ribena lagi-lagi yang paling kanan tu hehe. Bila dia buat je muka, haish rasa macam nak campak durian dekat muka dia. Tapiiiiiiiii durian takde time tu. Kitorang rapat sangat, sampai lelaki pun kitorang share tau. Comelkan kitorang? Ala takyah cakap saya tahu tu.

Haa meh sini jap meh, mak nak gosip sikit ni :p

Masa kitorang form 5, tiap kali ada cikgu keluar kelas mesti saya dengan Byha tarik kerusi pergi tempat Farahin. Lepastu amek marker pen dekat pencil case Farahin, conteng nama-nama lelaki korea yang kitorang minat atas tu. Habis penuh satu meja dia. Yang bestnya, meja saya dengan Byha, fuhhh bersih licin kau. Tu yang best tu. Time tu, kecoh pasal lagu Mr Simple tau. Satu masa tu, saya tengah cakap dengan Byha, tetibe Farahin nyanyi lagu Mr Simple tu part chorus. Satu kejutan fenomena berlaku apabila Byha mula menari benda yang sama macam Suju menari lepastu macam asdfghjklqwertyuiop. Haa tidak mampu kutahan kegelakan di hati. Byha kena gelak sampai dia menangis haha. Sorry kay Byha? Aku tak tahan time tu haha. Sebaik kau tak campak kerusi dekat aku time tu haha. Tapi, apa apa pun, saya takkan lupakan tarian dia tu *sengih sensorang*

Dan lagi satu, tarian gerudi Byha dalam kelas tidak akan kulupa hahahahahaha okay dah.

Sampai sekarang, saya dengan Byha suka kenakan Farahin. Lelaki yang Farahin minat mesti kitorang rebut. Tapi bukan rebut untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Start buat habit ni bila BigBang keluarkan lagu Bad Boy dia tu. Ala yang "Woya! Woya!" tu. K tak tahu? Pergi tengok kat Youtube ler takkan tu pun nak bagitahu :3 Farahin minat G.Dragon tapi sekarang dia suka buat rambut berinspirasi kan rumpai laut dia tu, jadi Byha 'terpikat'. Kitorang kenakan Farahin dekat twitter sampai gaduh gaduh dengan Byha sebab taknak suka G.Dragon tu. Padahal G.Dragon tu Farahin yang minat. Farahin punya bengang, takpayah cakap. Biar mak cerita, dia bengang sampai dia merajuk tak reply tweet, status fb semua tak reply. Lepastu kitorang dah cuak gila. First time Farahin merajuk sebegitu rupa -.- Rasa macam nak terjun bangunan pun ada. Tetapi setengah jam kemudiannya, Farahin balas, dia cakap dia solat kejap sebab tu dia tak balas. Sabo je la aku tau. Cuak mak tau, kan Byha? -.-

Lepastu, pada suatu masa dahulu, tersebut kisah antara tiga sekawan yang mereng ini. Kisah ketika di dapur hehe. Kitorang kan, bila dekat dapur, yang paling rajin mesti Farahin. Lepastu yang paling malas mesti Byha. Sabtu lepas, diorang tidur dekat rumah saya. Pergi dapur nak memasak, maklum ler kitorang rajin. Jap jap, okay tak ni? Muka tu dah warna hijau tu. Pergi muntah cepat. Okay sambung. Time memasak tu, semua kerja Farahin buat. Saya dengan Byha cuma koyakkan plastik, blend bawang cili lepastu jadi orang gila dekat dapur. Gelak gelak sampai takde suara dua orang. Hehe tapi sebaik Farahin sabar je dia teruskan memasak, so kitorang masih teruskan kegelakan kami sampai kunyit terkena seluar baju semua. Habis kuning. Jadi pesakit kuning buat sementara. 

Malam tu, kitorang dah tergedik gedik dalam bilik lepas tengok music video kumpulan EXO, saya ajak diorang tengok movie. Saw 7. Haa lampu ditutup, hanya cahaya dari laptop kelihatan. Time tengok tu, diorang semua fokus. Lepastu "eeee, eeishh, eee taknak lah tengok, ya Allah, eeeeee, eishh sakitnyee" macam-macam lagi. Tapi, saya yang baring ditengah tu hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sebab awal awal dah tidur hehe. Takut mak tengok tau. Tapi, tidur pun kena pandai cover jugak. Bila diorang tanya saya tidur ke, dengan yakin dan bersemangat cakap tak. Lepastu tidur balik hehe. Maaflah, mak dah mengantuk sangat.

Tapi sebenarnya, saya takut nak tengok. Tiap kali tengok Saw tu, mesti terkejut. Part yang sama pulak tu -.-


Tapi, agaknya bila lagi kita dapat buat camtu eh weh? Lepasni semua dah masuk belajar. Berpecah sorang sana sorang sini. Takpe, korang tetap kawan aku even kenkadang korang ni menyakitkan hati sampai aku rasa nak baling durian dekat korang. Ingat ni, you are my everything. Yes, my everything bak kata Lee Min Ho tu kan Farahin. Tu laki kita kan kan kan haha. Haa, inilah yang dinamakan kawan yang comel, berkongsi lelaki haha :b



P/s : Btw, Alhamdulillah saya dapat matriks sama dengan Byha :')