Wednesday, November 14

Let's all play together!

Hi, assalammualaikum.


Selepas menghadapi exam MUET yang mencabar meletop kebaboom membuatkan saya berkobar-kobar nak habis, akhirnya habis. Haha, reading test? Baca satu dua passage okay lagi. Baca passage last sekali, haa kau. Sakit otak tengok passage dia. Entah apa yang dia maksudkan sebenarnya saya pun taktahu. Writing test pulak, alhamdulillah lah. Listening? K yang ni kelakar. Dengar orang tu cakap, saya nak tergelak. Tapi, otak dah fikir lepastu nak balik je. Haha. 

Habis je, terus keluar tak menyempat salam kawan-kawan, just lari sambil jerit "Korang byeeeeee nak balik ni" haha. Nampak tak kesemangatan nak balik tu haa. Mana taknya, habis exam pukul 12.30 bas pulak pukul 1. Naik bas dari Matriks Melaka sampai Shah Alam dengan roommate. Haa, we have an exciting vacation you know. Vacation lah sangat. 

Duduk dalam bas tiga jam. Berhemah betul pakcik tu drive. Sakit-sakit dah pinggang ni. Dah tidur, bangun balik. Nak tidur balik dah tak boleh haha. Tiga jam kemudian, hoyeahhh sampai dekat Shah Alam. Balik rumah Nadia, berehat makan semua, malam tu haa jeng jeng jenggg mula lah nak berjimba riaaaaaaaaa. 


I-Citeeeeeyyyyyyyyyy hoyeahhhh! K semangat. Best gila masuk rumah ice ni. Cantik! Kalau pergi dengan pakwe ni kan, aww sweet je haha. Gatal. Dalam tu kitorang main gelongsor. Licin gilo, jalan sikit nak tergelincir haha. Paling best bila turun gelongsor, ada orang baling ice dekat kitorang. Habis masuk baju. Beku dah dalam tu. 




Okay, yang ini seronok! Tapi sakit buntut terhentak dekat ice. Haha, bangun melayang je. Dah lah jalan licin, habis hilang keayuan. Haha. Dah habis pusing satu I-City tu, pergi tempat yg ada lampu-lampu, beli lampu spongebob semua tengok jam dah pukul dua. K kena balik. Balik, semua terbongkang, kepenatan. 

Second Day - Times Square


Selepas penat bershopping sakan, kitorang pergi Theme Park. Pergi dengan bersemangat, tak sabar nak main semua permainan dalam tu. Main kereta, langgar dia langgar dia!  Yeahh let's berjimbaaa! 


Time ni tengah tunggu turn untuk naik roller coaster. Even saya dah naik sebelum ni, makin takut dibuatnya. Lagi-lagi duduk sebelah Yun, yang penakut sangat tu haa. Sumpah cuak, sepatutnya dah pernah naik, kali ni boleh lah act cool sikit kan, ni tak. Makin takut dibuatnya. Duduk pulak paling depan. Memang lah. Lepastu boleh lagi diorang nak ajak naik lagi sekali. Lagi lah tak.


Naik bendalah ni, haa lagi lah. Separuh jiwaku pergi betul. Memang tak berani nak bukak mata. Maaf, suara saya yang dengar dulu bila benda tu berpusing. Cuak gila, lagi-lagi part dia stop dekat atas. Cuma benda penghalang tu je yang menampung badan. Lantak lah tudung senget ke apa, hilang keayuan ke, yang penting saya memang takut gila naik benda ni haha. 


Haa, main dah tak ingat dunia, semua dah mabuk. Haa kau sampai mata ke atas dah. Gambar dekat sini  banyak Yun yang amekkan, sebab dia je yang tak mabuk. Ye lah, dia tak main benda biru yang menyeramkan tu, memang lah rileks je. Hish. Tak aci haha.

Third Day - Pavilion 


Hari ketiga, tenaga masih ada, berjalan lagi. Tengok wayang, Skyfall. Haha, walaupun agak lambat baru tengok, tapi apakan daya. Biar ah nak tengok lambat ke cepat ke. Takpayah nak gelak sangat eh haha. 



Yun yang ingin membuat aksi seksi tetapi tidak menjadi malah menjengkelkan haha. 


  Orang emas yang bila bayar rm2 baru bergerak. Macam-macam dia ni haa. haha, kang ada yang kena angkat saya jualkan dekat kedai emas. Agak-agak laku tak? lol. 

Sampai sini je cerita kitorang, balik tu masing-masing dah terbongkang kepenatan. Besoknya tu, saya balik Melaka, negeri tumpahnya darahku ahaha. K tak lawak okay. To Nadia, thanks tumpangkan rumah yang seronok tu. Nina, Yun thanks jugak for the days! 

And for those who wish my birthday, seriously terharu! Terima kasih tau. Alhamdulillah, dah 18tahun dah saya. Semoga Allah memberkati hidup kita semua ya! :'D




Bye, assalammualaikum.