Saturday, August 25

The sun goes down, the stars comes up

Hi, assalammualaikum.

Masa berlalu begitu pantas. Dua minggu cuti terasa bagaikan dua hari. Apakah sebabnya? Adakah ini disebabkan cinta? Tanpa cinta, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Itulah puncanya kenaikan berat badan lagi-lagi time raya ni. Aduh cinta, oh cinta. Cis aku takhabis-habis pasal cinta. 


Sekarang dah pukul 1.30 petang. Duh, sekejapnya masa berlalu. Kenapakah? Mengapakah masa berlalu begitu pantas? Meeenggaaaapaaaaaaaaaaaa? Paaanggggg! *kena sepak* 

Baju masih lagi tidak di packed. Segala kerja masih lagi tidak siap hundred percent. Nampak tak betapa taknak nya balik hostel? Walaupun sebenarnya ada juga perasaan taksabar nak jumpa rumet masuk air tu. Kihkihkih.

Tapi walaubagaimanapun, mahu atau ku tidak mahu, aku terpaksa menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Melaka jugak. Mulalah jadual hidup yang padat, mampat dan depot, ehh? Tidak mengapa, minggu depan merdeka kan? Maybe dapat balik kot. Hm, kot lah.

So, besok start kuliah macam biasa. Kepada pelajar SPM, ingat, buat betul-betul. Goodluck okay. Do your best. Chaiyok chaiyok! *pom pom girl*


Hati sebenarnya sedih, nak duduk kat rumah lagi.


Bye, assalammualaikum.