Thursday, November 8

Some people laugh, some people cry.

Hi, assalammualaikum.


Jika wanita cantik yang dicari, bukan saya. Jika wanita solehah yang dicari, bukan saya. Jika wanita ayu yang dicari, bukan saya. Jika wanita kaya yang dicari, bukan saya. Jika wanita bertudung labuh dicari, bukan saya. Jika mahukan wanita yang meletop berdepot, lagilah bukan saya. Tapi, jika mahukan wanita yang ingin dibimbing, ia adalah saya :') 


okaycukupokaycukupokaycukupokaycukupsudahcukupcukupsudahcukupsampaidisinisaja


Ehem, ehem *betul-betulkan baju* Dengan lafaz bismillahhirahmannirrahhim, dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawasanya saya dah habis final exam. Hoyeahh yeah yeah yeah yeahhhh *gelek-gelek* yuhoooooou k dah cukup. Sekarang saya dah balik rumah bersuka ria berjimba rama sana sini haha. Mohon jelly *eee ayat ni paling menyampah -,-

Setelah dua minggu saya menempuhi suka duka cabaran dan halangan ketika menjawab exam, sampai tertidur-tidur, akhirnya waktu yang dinantikan kini menjelang tiba. Ecehh. Dah lah kena amek exam dalam makmal kimia, pandang kiri, meja makmal, pandang kanan pun meja makmal. Dah lah sorang pun saya tak kenal dalam makmal tu. Dah lah saya rasa tak seronok dalam tu. Dah lah dah lah. 

Haa, lagi satu. Ehem ehem, nak nyanyi ni nak nyanyi. Sila tadahkan telinga ye.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Abang gemook, happy birthday to youuu! 


Haaa wahai abang Azri, bangga tak? Bangga tak Nana nyanyikan? Bangga kan. Muahahaha, k ucapan, semoga panjang umur, dan tolong jangan perasan muda lagi. Haha kbye.

Hm, so apa plan cuti sem ni? Nak buat semua benda, nak keluar, nak pergi jalan-jalan, nak tengok wayang, nak dating ehh -,-' Eceh berlagak macam cuti lama je. Padahal cuti dua minggu je. Orang lain semua cuti berbulan, matriks je cuti dua minggu. Sungguh kejam malah jahil. Hm, takpe lah. Redhaaaaa. Okay cukup sampai sini. 


Lupa pulak, sabtu ni ada MUET. So, besok kena balik matriks balik. Haish -,-


Bye, Assalammualaikum.