Friday, November 2

Bye October, Hello November!

Hi, assalammualaikum


Kadang-kadang kita kena terima apa yang berlaku dalam hidup kita. Kita tak boleh salahkan takdir, kerana takdir telah menentukan segalanya. Siapa kita nak merubah takdir? Kita bukan tuhan, kita bukan sesiapa. Tapi kita hanyalah manusia biasa yang sering alpa dengan keadaan sekeliling. 

*bunyi cengkerik*

Haa, ni lah akibatnya update blog time hujan-hujan cenggini. Cuaca dah sejuk, mulalah rasa nak layan perasaan jiwang je haha. Eh, sedar tak sedar dah bulan november kan. Sekejap je, baru je rasa macam semalam sambut new year. Tengok bunga api pum pum bom bom semua. Eh tipu je -,- 

Sekarang ni tengah menghadap final, Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Alhamdulillah, tiga paper dah lepas. Even ada yg agak susah, sampai tertidur-tidur jawab, tapi alhamdulillah. Isnin ni paper Chemistry dan Physics. Lepastuu haaa kaaaaaau jangan tanya apa aku nak buat lepastu haha k dah. 

Dan alhamdulillah, dah pergi interview untuk Nursing tu. Tunggu bulan 12 untuk keputusan, kalau dapat, insyaAllah pergi belajar nursing, stop matriculation. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua :')

Okay, now I in PSPM mood, time to study. Assalammualaikum, bye.