Thursday, August 16

Deru angin turut sama berlagu ♬


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna, ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan untuk merayu kepada Tuhan diterima amalan"

kini bertukar 

"Perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata. Nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit yang tinggi bertambah birunya, deru angin turut sama berlagu, semuanya bagaikan turut gembira. Oh oh ohh balik kampungggg, oh ohhh balik kaampunggggg, hati girang~"  



*Pom pom piiuuuutttttttt kebaboomm* *bunyi mercun* Bunyi ni lah yang selalu buat saya terkejut tiap-tiap malam. Sampai baru nak berangan pun tak jadi sebab asyik terkejut je. Heh, tipu je hehe :"> Cakap pasal mercun, dulu time kecik-kecik, saya suka main bunga api. Kemain eksaited kau takpayah cakap kalau dapat main bunga api yang warna warni tu. One day, tengah syok syok main dengan Sury, sambil tengok asap warna warni yang cantik lagi indah tu, tetibe tangan rasa lain macam. Tengok tangan kiri ni dah melecur. Ini semua gara-gara bunga api warna warni yang nampak sahaja indah tetapi sangat berbahaya. Habis tangan sebelah sampai sekarang dah berparut. Tengok, kurang harga hantaran dah :3 

Sekejap je kan masa berlalu. Rasanya kalau tengok old post saya, saya baru je update pasal first puasa. Tak percaya tengok lah tarikh dia. "Baru" je update pasal first puasa lepastu sekarang dah nak raya dah. Hm, takde lah. Sebenarnya takde masa nak update blog sebab haritu tengah exam mid sem. And now saya tengah brrrrr bercuti. Budak uitm, poli semua, jangan jealous sebab matriks dapat cuti dua minggu, welk :p Okay dah. Mesti korang dah beli baju raya kan. Hmm, baju saya tahun ni warna biwuuuuuu ehehe. Lepastu ada lagi satu, warna kunennn uuu wewit ahaha. K tu pun nak bagitahu -,- 


Psst, psst meh sini, nak bagi something ni! *berbisik*


Jeng jeneng jnennngggggggg! Taaaaraaaaaa~ 



 Ehee, amek ler kad raya yang tak macam kad raya ni. Ahaha, ikhlas ni ikhlas ni.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! Horeaaayyyyyy!  
*bunyi mercun*

"Dengan ini, saya umumkan tarikh hari raya aidilfitri jatuh pada hari esok. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin saya ucapkan" Haaa bersedia untuk dengar malam raya nanti. Lepastu pergi luar, pasang pelita, main mercun bersuka ria tolong mak semua lepastu takyah tidur ahaha.

Dengan ini, saya Nur Diyanah, ingin memohon maaf atas kesilapan yang saya dah lakukan. Maaf zahir dan batin. Harap segala salah silap saya dimaafkan ya? Mungkin salah yang disengajakan, atau yang tidak disengajakan ataupun yang sewaktu dengannya. Semoga raya tahun ni lagi syioookkk. Kumpul duit raya banyak-banyak *kalau still dapat* :b

Sampai sini je, nanti jangan lupa share korang punya first day raya. Hope first day raya tahun ni sangat bermakna. Selamat hari raya sekali lagi! 



P/s : Ramadhan, kita berjumpa pada tahun hadapan. InsyaAllah :)