Monday, August 20

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira!

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

"Nana mintak maaf kalau Nana ada terkasar bahasa, tertinggikan suara atau terkurang ajar. Maafkan salah silap Nana. Selamat Hari Raya mak, ayah. Maaf zahir dan batin :')"


Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakaaan dengan rasa gembira, anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira~

Nak cakap apa, mengapa, bagaimana dan kenapa sebenarnya semua dah lupa. Cinta, adakah ini disebabkan cinta? Oh tidak. Ini raya. Ya raya, yang selalu pakcik tu umumkan dekat tv bila waktu malam sebelum raya tu. Lepastu masing-masing dah gembira happy tak terkata even dah tahu sebenarnya memang besok raya. Ce bayangkan kalau tahun ni tak jadi raya? Oh tidak, raya taaakk jadii. Okay gurau, dah raya dah pun haha.

Kata pasal pakcik yang selalu umumkan hari raya dekat tv tu, teringat sesuatu. Saya ada dua orang abang yang agak sengal. Hm, sebenarnya seorang je abang kandung. Yang lagi sorang tu abang ipar. Diorang suka main mercun mengalahkan budak-budak. Okay mereka berdua sungguh perangai kebudak-budakan mengalahkan anak-anak mereka yang baru sahaja berumur 2 dan 4 tahun. Okay saya dah kenapa ayat sekeema sangat ni -,- 


Budak kecik ni memang brutal. Kalau dia terjatuh terhantuk kepala benjol sekalipun maintain cool, tak nangis. See, dia berani pegang mercun merdeka tu. Eh, mercun merdeka ke? Maaf saya taktahu apa nama bendalah tu, main ikut abang saya yang sengal kata tu mercun merdeka. Okay motif saya sebenarnya nak cakap, abang-abang saya tunggu pakcik tu umumkan raya, lepastu diorang mula berlari keanak-anakan keluar rumah lepastu bakar mercun merdeka tu. Pom pooom kau, cantik gila :3


Meriah sungguh. Hati rasa seronok. Mana tak seronok, lawan mercun dengan budak taman. Lepastu bila mercun yang kuat-kuat dah habis, dan hati still taknak kalah, lawan pulak dengan mercun pop-pop. Still mercun kan tu. Habis main, yang tukang sapu depan rumah kutip sampah segala sarap tu, siapa lagi kalau bukan si cantik molek rajin sungguh beliau, saya -,-






  With anak buah tersayang, *ececehh* Muhammad Danish <3

Time ni dalam kereta nak balik kampung. Well, kampung saya sangat "jauh" dari rumah, sebabtu gerak pagi raya. Kira-kira sepuluh minit sampailah. Muahaha -,- Sebelum pergi kampung, kitorang singgah kubur arwah nenek, arwah datuk dulu. Sebenarnya yang tinggal kampung je tapi nenek dengan datuk tak ada :') Saya tak pernah rasa kasih sayang seorang datuk sebenarnya. Kepada sesiapa yang ada datuk tu, hormatlah diorang selagi dia masih hidup. K tetibe touching dah ni. Tukar topic tukar topic. 

You know what *gaya tangan sekali* tak ke bengong saya ni, pergi kubur lupa nak bawak selipar. Yang terpakai dikaki ada heels 3inchi. Hm, masuk dah macam pengantin, sambil pegang tangan kakak sambil kejap-kejap terpeleot. Sampaikan macam nak je bukak kasut tu, kuburkan sekali kasut tu dekat situ -,-

Sampai kampung dah kecoh sana sini, yang saya pun sibuk kecoh merasa satu per satu kuih raya yang ada sampai lupa nak ambil gambar dekat kampung. Lepastu pergi jalan rumah lain, singgah dekat Negeri Sembilan. Haa yang ni, memang syiok. Syiooooooook sanad sanad :3 Sebab cuaca memang panas, saya pulak pergi makan rendang hijau diorang tu, tanpa air yang sejuk. Haa berpeluh-peluh kat situ dah macam bersauna habis basah ketiak. Pfft.



With Kakak saya yang masuk air. Bhaha k k maaf. Baru je mintak maaf dah buat dosa balik.

Eh eh, sini jap meh. Nak bagitahu something, saya ada buat kek. Ahaha yeah yeah nak kecoh ni. Korang jangan jealous mahupun cemburu apalagi jealous ye? Sebab kek yang saya buat ni takde lah sedap mana haha -,- 


Sebenarnya Haikal tak habis-habis suruh saya buatkan kek, bila buat dia pulak balik kampung. Haha, takpe, nanti bila dia datang, saya try buat lagi. Kalau boleh nk lagi sedap dari yang ni. Muahaha, kalau tak mesti kena kritik habis -,- 


Okay, bye. Assalammualaikum :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri ❤
 *bunyi mercun*