Monday, March 24

I will always want you

Assalammualaikum



But don't you ever say I just walked away, I will always want you. Sila baca lagi. Lagi sekali. Sekali lagi. Lagi. I will always want you. Sila baca balik, I will always want you. Sila ulang. Pentingnya awak kena ulang, supaya awak tahu, I will always want you.

Jika engkau minta aku bulan dan bintang, akan aku cuba capai walaupun tak sampai. Jika engkau minta aku emas berlian, akan aku cuba hadiahkan apa yang termampu walau seketul batu kecil di tepi jalan sekalipun. Yang penting ikhlas, dari hati. Walaupun sehelai kertas, yang penting ikhlas ikhlaskan lah hatimu. Haha.

Bertemankan keadaan bilik yang gelap gelita, gelap lagi aku jika kau tiada disisi. Kerana kaulah satu satunya lilin cinta aku yang tetap menyala di hati. Kau datang tiba tiba, tanpa peduli siapa dan dari mana asalnya aku, kau tak pernah memilih. 

Walau berkeping-keping hati pedih, kau tetap tersenyum  tanpa rasa sedih. Kerana cinta yang sebenar menerima apa adanya, sebab dan syarat tiada dalam cinta dan itu adalah cinta aku pada kau. Tiada hari yang lebih indah dari hari hari yang ditemani oleh kau, dan tiada yang lebih menyakitkan dari malam-malam yang penuh ketakutan kerana ditinggalkan oleh kau.



Jangan tinggalkan aku, ya?