Friday, October 25

How can I love when I afraid to fall.


Assalammualaikum wbt,



Same bed but it feels just a little bit bigger now. To young, to dumb to realize. To be honest, aku terlalu rindukan kawan-kawan aku. Kawan-kawan dimana ketika susah bersama, senang bersama. Aku rindu sahabat aku, yang sentiasa pinjamkan bahu dia untuk aku.

Aku tak seronok tinggal dekat sini. Semuanya berbeza, totally different. Semuanya berbeza dari yang dulu. Aku cuma mahukan yang dulu. Dari aku mula bangun tidur, sampai aku tidur balik. Mungkin mereka fikir mereka dah besar, mereka dah level yang agak tinggi tapi tak berapa tinggi pada aku. Mungkin sebab tu mereka dengan dunia mereka, aku dengan dunia aku. Aku terkapai-kapai, aku dan cuma aku, sahaja.

Mungkin sebab itu aku kena belajar berdikari. Segalanya berubah. Mungkin keadaan suruh aku untuk jadi matang. Matang dengan segalanya, belajar hidup berdikari, belajar hidup sendiri. Pandailah bawa diri.

Bila aku tengok semula gambar-gambar sahabat aku, hati rasa sebak. Aku rindukan diorang, sangat. I just need them, aku perlukan diorang dimana bila aku dalam masalah, mereka sentiasa ada membantu. Tapi keadaan sekarang? Semuanya aku seorang, tiada yang memahami.

Dan

Semakin kita besar, semakin ramai manusia yang kita kenal. Bermacam jenis manusia. Ada yang suka bantu kita, ada yang suka jatuhkan kita, ada yang tikam belakang kita, ada yang suka tengok kita jatuh, ada yang kutuk kita, semuanya. Dan ada juga orang yang suka tengok kita merana. Mendoakan keburukan kita, bukan kebahagiaan kita. 

Lah tahzan, innallaha ma'na :')