Saturday, October 19

Luahan hati.

Aku bukan yang terbaik
Ya, aku tahu tu.

Banyak perbezaan antara
aku dan dia.

Aku sedar semua
Aku mengaku aku bukan jenis yang kuat agama
Aku mengaku aku bukan seorang yang baik
Aku mengaku aku bukan selembut itu
Aku mengaku aku bukan kaya
Aku tahu semua itu.

Dia punyai segalanya
Tapi kenapa dia sanggup
Menghina aku?
Hinanya aku di mata dia.

Katanya,
Jangan samakan aku dengan dia.
Dia geli
Aku faham.

Aku diamkan semuanya
Walaupun hati sakit
Mata menangis
Semua ini kerana
Aku sayangkan kau

Tapi apa yang aku buat
Ada kau nampak semuanya?
Nampak?
Kau buta.

Mata kau
Cuma tertumpu pada dia seorang.
Hati kau
Cuma betul-betul mencintai dia seorang.

Apa aku ini
Tak ada perasaan?

Aku bodoh.
Mengharapkan kasih sayang
Dari seorang yang tak mencintai aku.



Bodoh.