Hey hey hey !

Hari ni kan , saya , Byha , Ricky , Pejal and cousin , Miza kami bersama sama meluangkan masa nak menggenyahkan diri dekat Dataran Pahlawan tu . Macam macam dah kitorang buat hari ni . Sangat seronok bersama diorang hari ni .
So mula mula pergi jalan dekat a'famosa , lepak atas tu sebab angin kuat , rambut terbang terbang sampai kusut , jalan pakai wedges dekat jalan batu yang tak berapa nak rata dan hampir hampir terpeleot tapi tak . Turun balik tangga kat situ yang tersangat lah curam kalah gunung eberes . Hehh tak la , hehe tipu je tu :P
Dan jalan lagu pergi kincir air sebab nak beli aiskrim . Haih itu cina yang jual aiskrim bukan main kaya lagi sebab aiskrim kecik pon nak jual rm1 . Mahal la tu , da la sikit je aiskrim dia , mesti dia kaya kan sebab ta yah nak beli aiskrim banyak banyak -.-

Jalan jalan cuci mata sana sini , dan itu tapak yang tersangat lah comel suka berpisah dengan tumitnya kerana tapak itu semakin tercabut . Singgah di taman cina (tak tahu apa nama betul dia) duduk kat situ , beberapa minit kemudian , pergi jalan balik lepak dekat kincir air .

Dah habis jalan cerita wayang itu , mereka datang ke arah saya dari jauh dan saya dan miza memerhatikan mereka sambil duduk di bawah pohon yang agak redup dan berangin sebab dekat dengan kipas aircond -.-

Dah sampai , apa lagi , bergosip la . Dia cerita pasal cerita khurafat tu , boleh jadi sinopsis dah . Haha , dahh habis cerita , perut saya pon dah lapar dan menuju ke tempat biasa Mcdonald-uck HAHA . Orang kat situ mak aihh , tak boleh penuh lagi agaknya .
pergi beratur sepanjang panjang barisan dan akhirnya , yeahhhh sampai juga ke kaunter yang bersinar sinar dengan cahaya di setiap makanan . Ceh ayat bukan main lagi . Beli McChicken je kod tu pon nak kecoh satu alam . Dah beli tapi makan kentang , minum air sampai habis dan minum lagi air . Mana dapat air kata dah habis ? Hehh pergi re-fill la , apa lagi .
Burger tu dibiarkan tidak berusik sebab nak tunggu Ricky yang dari tadi kata dia on the way nak datang dari pukul 4 lebih dan sampai pukul 6 . Wah sudah sejuk itu burger dan akhirnya apabila dia sudah tiba di hadapan Mcd , apa lagi . Jalankan rancangan la !
Byha dan Pejal membawa Miza pergi ke tempat lain dan meninggalkan saya keseorang terpinga pinga di dalam Mcd yang penuh dengan manusia yang kelaparan yang sedang kusyuk menikmati juadah mereka . Ye la , kena la ikut plan kan tadi cakap saya sorang sorang je dan Ricky datang sebab nak temankan saya so diorang yang lain kena la belah pergi tempat lain kalau tak kantoi la .

Tibatiba nampak rambut afro dekat meja sebelah , pandang pandang tengok itu Pejal dan Byha . Masa tu saya cari lah juga mana si Miza ni rupa nya dia masuk lambat . Haha , then lepak sama sama :D
Dah lepak pergi amek gambar sana sini , posing tak berapa nak maut sebab dah penat , then call papa suruh amek dan tunggu dekat depan Dataran sambil tengok orang lalu lalang .
Dah sampai , turun dekat rumah saya , transfer gambar , then lepak sekejap dan kami berpecah . Ye lah , pergi lah balik rumah sendiri , ta kan nak tidur kat rumah saya kod . Haha .

Dan sebagai kesimpulannya , saya sangat seronok hari ni walaupun kaki saya sakit dan tapak kasut saya tercabut . Dan kalau awak awak nak tengok pict tadi , klik je kat >sini<