Wednesday, May 15

What a strong girl.


Assalammualaikum wbt,

Di sini saya ingin berkongsi mengenai sebuah cerita. Seorang perempuan yang sangat tabah, sangat kuat. Semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia mahupun di akhirat. Seorang gadis yang bernama Nur Sabrina bt Abu Bakar, sekolah pelajar yang bakal mengambil peperiksaan besar, peperiksaan yang menentukan masa depannya, spm. Sabrina seorang anak tunggal, tinggal bersama emak dan ayahnya di Kampung. Dulu, setiap kali pergi sekolah dan juga balik daripada sekolah pasti dijemput oleh ayahnya. Emaknya pula agak garang, selalu menjaga apa-apa yang patut dijaga. Bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap nasi untuk anak tunggalnya. Beliau seorang emak yang sangat penyayang. 

Pada ketika itu, mendapat berita yang emaknya menghidapi barah payudara. Makan masa yang lama untuk sembuh, tetapi akhirnya keadaan emaknya semakin teruk. Emaknya tidak dapat bertahan lama. Pada tanggal 30 Mac 2013, emaknya telah meninggal dunia. Lama juga emaknya menanggung kesakitan, dan akhirnya, Allah telah mengambil semula apa yang dipinjamkan dari Sabrina. Dia yang menguruskan kenduri tahlil arwah emaknya, uruskan harta-harta peninggalan arwah emaknya. Dia sangat tabah, dia berjaya tidak menunjukkan perasaan sedihnya di hadapan orang lain. Tapi, dalam hatinya siapa je yang tahu..

Semenjak ketiadaan arwah emaknya, keadaan ayahnya yang sememangnya sakit semakin bertambah teruk sebab tiada lagi arwah emaknya yang menjaga pemakanan ayahnya. Dia yang menjaga ayahnya. Siang dia ke sekolah, tuisyen tetap pergi. Sangat bijak membahagikan masa. Alhamdulillah. Tetapi, takdir Allah telah tentukan segalanya, keadaan ayahnya semakin teruk. Bertambah teruk. Ayahnya di masukkan ke wad di Hospital Besar Melaka. 

Pada hari pertama ayahnya dimasukkan ke dalam wad, Sabrina tidak dapat melawat ayahnya sebab ada hal yang perlu diuruskan. Pada hari keduanya, apabila dia datang melawat, dia melihat keadaan ayahnya sangat menyedihkan. Wayar di sana sini, dipakaikan pampers sebab darah yang keluar terlalu banyak. Ayahnya menghidap ulser di usus perut. Dugaan Allah terhadap Sabrina, dia menangis melihat keadaan ayahnya. 

Setiap hari dia melawat ayahnya, kadang-kadang dari sekolah dia terus datang ke hospital tunggu keadaan ayahnya untuk sembuh. Dan sekarang, peperiksaan sedang dijalankan, pelajar lain sibuk ulangkaji, tapi Sabrina hanya mampu untuk menjaga ayahnya yang terlantar di katil dengan bantuan pernafasan. Semalam, saya teman dia melawat ayahnya, dari habis waktu sekolah sampai malam dia menemani ayahnya, tanpa keluh dengan baju sekolahnya. Dia selalu memanggil "Ayaahhh", dan alhamdulillah mata ayahnya terbuka. Bila nak balik, dia akan kata "Ayah, saya balik dulu. Besok saya datang balik"

Tapi, semalam doktor nak berjumpa dengan seluruh keluarga, doktor ingin membuat keputusan. Adakah pihak hospital harus membuat pembedahan, tetapi akan mengambil risiko yang sangat besar. Ataupun memberikan electric shock apabila ayahnya tidak menyedarkan diri, tapi berkemungkinan besar tulang ayahnya akan patah oleh disebabkan sakit yang terlalu teruk. Dan, mereka membuat keputusan, tak perlu lalukan semua itu sebab akan menyeksakan lagi ayahnya. 

Lepas isyak, kitorang balik rumah. Mandi, makan dan baru nak berehat, dapat panggilan dari pihak hospital. Doktor cakap keadaan ayahnya sudah tenat. Sabrina menangis, bergegas ke hospital bersama kami semua. Sepanjang perjalanan ke hospital dia menangis. Dia baru sahaja kehilangan emak tersayang, dia tak mahu kehilangan ayahnya pula. 

Bila dah sampai dekat hospital, tengok keadaan ayahnya sudah tidak bergerak. Line yang ada dekat alat bantuan pernafasan dah tidak bergerak. Nurse yang jaga disitu kata bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Allahu Rabbi. Kuat betul dugaan Allah terhadap Sabrina. Dia menangis, tetapi dia tahan. Dia maklumkan pada semua orang, bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ayahnya telah meninggal dunia pada jam 10.24 malam, tanggal 14 Mei 2013.

Ingin dikebumikan pada malam semalam, tapi bilal tak ada. Jadi kena tinggalkan arwah ayahnya di dalam bilik mayat. Pagi tadi, lepas subuh kitorang gerak ke hospital untuk uruskan jenazah ayahnya. Dia sangat kuat, dia masih boleh tersenyum. Dia masih boleh berbincang. Jenazah ayahnya bawa ke Gadek, kampung asal arwah ayahnya. Dimandikan, dikafankan, dan selesai dikebumikan. 

Kisah sedara saya sangat tragis, dia baru sahaja kehilangan arwah emaknya selama sebulan 16 hari, dan hari ini, dia kehilangan ayahnya. Dia tiada siapa, tiada adik beradik, tiada ibu bapa. Tetapi, Allah tak akan uji umat-Nya jika umat-Nya tidak mampu kan? Sabrina sangat tabah, tapi dihati dia, Allah yang tahu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusannya, termasuklah urusannya untuk menghadiri peperiksaan spm yang akan menjelang. 

Bismillahhirahmannirrahhim, Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Allahyarham Abu Bakar bin Talip dan Allahyarhama Zaiton binti Othman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, diampunkan segala dosa-dosanya, dilindungi dari azab ketika di alam barzakh, amin. 

Al-Fatihah.