Friday, February 15

You gave so much to remember.

Assalammualaikum wbt,

Sebelum saya mulakan apa yang saya nak cakap ni, eh type okay. Saya nak kongsikan something untuk korang yang baca entry ni. Tadi saya baca tafsir al-Quran, dan saya rasa saya nak sebarkan dekat orang lain. Bukan bajet alim, tapi saya hanya ingin berkongsi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barang siapa yang mencari disebalik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. 

 (Surah Al-Mu'minun ayat 1-11)


Allahu Rabbi, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. InshaAllah. 

Okay, cukup sebagai mukadimah. Nanti kalau saya type lebih-lebih, terlebih pula jadinya tak pasal-pasal dapat dosa lebih. Harini, saya rasa saya rasa saya rasa rasaa rasaaa sangat free oh yeah ahakz hikhok. Harini class dari 0800 sampai 1000 je. Muahahbhehebhpuhahaha *gelak guling-guling* seronok. 

Cuti sekejap je, dah kena balik matriks. Bila time on the way nak balik matriks tu, hm hm sedihnya. Rasa macam nak menangis sebab taknak balik matriks yang ala-ala bangunan a-Famosa tu. Dalam kereta tetibe rasa sayuuuu, hati ini makin sayuuuuu mengenangkan apalah nasib diri kena balik matriks. 

Ehem ehem, sebenarnya bukan sebab apa taknak balik matriks, sebabnya kan, haa jeng jeng jengggg *bunyi drum* bila duduk rumah dapat tidur habis-habisan, dapat keluar berjalan sana sini, dapat makan free, takpayah keluarkan duit, dapat tengok tv, dan dapat tengok cerita kesayangan kesukaan buah segala hati, Spongebob Squarepants.

Haa! Haritu kan, saya pergi sagil dengan family. Haa kau dia punya seronok weh, tak payah cakap. Seronok  main air dengan anak buah yang comel-comel belaka yang mandi pakai baju pelampung lepastu muka terselit antara baju nampak pipi yang macam pau tu je terkeluar. Sebaik bukan benda lain yang terkeluar. Kahkah. Berenang punya berenang, tanpa kerelaan hati saya ditenggelamkan oleh abang dan kakak saya yang tidak berperikemanusiaan suka buat saya lemas. Dan macam biasa, balik tu semua lembik, keletihan bermain berlemas-lemasan bersama-sama. 

Tapi sekarang ni, bila dah balik hostel, best tu memang ah best, tapi tak sebest seseronok segembira sejimba dekat rumah. Dan mood malas membuak-buak menghantui diri saya. Hm, patutlah, orang ramai kata Londang ni keras, patutlah. Hm, eh, tak habis cakap lagi. Dia punya keras tu sebab kemalasan yang menghantui saya, bukan makhluk Allah yang lain yang saya taknak dan taknak dan taknak tahap infinity jumpa mereka. Taknak. Okay dah bye.


Assalammualaikum.