Thursday, February 7

Today, I am free.

Hatchom! Allah, last update on 11th November 2012? Weh gila lama weh saya tak update blog ni. Habuk di sana sini, entry yang sama, background yang sama since 2012 and now dah 2013! Ohemjay ohemjay ohemjay! Last saya update tahun lepas, dan sekarang dah masuk bulan dua tahun depannya baru nak update balik?! Ohemjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay! K gedik melebih, ada kena lempang kang. Okay, mari mengemaskini blog ni, kesian my baby buchuk mawrchiewn ni. 



Ehem, ehem. Assalammualaikum wbt.

Kerna aku mencintai, dan hatiku hanya untukmu. Tak akan menyerah, dan tak kan berhenti mencintaimu. Ku berjuang dalam hidupku untuk selalu memilikimu seumur hidupku, setulus hatiku hanya untukmu.

Haa, lama tak nyanyi sambil type. Hm, tahun lepas tersangatlah busy dan tak cukup masa nak update blog disebabkan tutorial yang sangat banyak dan dengan quiz tiap-tiap minggu dan juga exam yang ingin bermanja dengan saya. Dan akhirnya, ceng ceng ceeeeeenggg saya dapat update juga akhirnya k happy tak happy tak? *krik krik* Err okay. 

Disebabkan ni first entry saya update untuk tahun ni, jadi, ehem ehem, HAPPY NEW YEAR! Yeahh. okay tutup muka please malu weh. Azam saya? Ehem, ehem. On mic please, nak buat announcement ni. Hm, azam saya, biarlah rahsia. Saya dan Allah swt je yang tahu *lap air mata*

Sekarang ni saya tengah cuti mid term, selepas menjalani pembedahan menconteng paper exam yang buat saya rasa ish hm ah hui hoo tu, akhirnya dah habis dengan gembiranya walaupun time jawab paper physics tu dengan penuh 'semangat' sampai kena migraine.

Time cuti ni lah nak relaxkan kepala hotak, taknak buat kerja, nak keluar, nak tengok wayang, nak tidur, nak makan ofcourse, nak itu nak ini. Tapi dapat pula text dari lecturer, suruh buat kerja. Hm, seorang yang pendengki. Tak baik untuk dijadikan teladan. K k gurau.

Dan what? Saya dah 19 tahun weh. Ahaks, masih muda aceli. Belum umur 50tahun tu, still young, wild and free meletop okay. So, yang berumur 49tahun tu, jangan rasa terpinggir kerana anda masih muda dan masih ada setahun untuk menghabiskan masa remaja anda ye. Ajaran sesat. 

Hm, macam ni lah, sebab saya rasa saya type entry kali ni dengan penuh sifat kegedikan di hati, jadi sampai sini saja yang saya patut type. Dan, bulan 5 ni saya dah tamat program matrikulasi saya, lepastu haaaaaaa banyak benda nak buat. Nak kahwin? Dengan siapa? Tutttt, jodoh rahsia Allah. 

Assalammualaikum, bye.