Thursday, January 26

all the other kids



All the other kids with the pumped up kicks, you better run, better run outrun my gun~ 

Are you ready kids? I am captain! I can hear you. I am captain, uuuuuuuuu~ Ehh ehh sorry ler itew lupa yang itew tengah update blog, ktipu. Pengaruh Spongebob yang tersangatlah kuat sehinggakan menarik minat saya menontonnya setiap hari tanpa jemu walaupun ceritanya diulang dua tiga kali tetapi saya tetap gelak macam orang gila depan tv dan membuatkan saya rasa terliur nak makan burger lepastu pergi beli burger dan berasa sangat seronok dan saya sangat suka dengan kebodohcomelan Patrick Star tu, hehe
#sila baca dalam satu nafas ye.

Okay sekarang baru masuk topik yang sebenar. Entry ni bukan nak cerita pasal Spongebob, kalau nak tahu pasal Spongebob pergi tengok Astro Nickelodeon channel 612 pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.33 petang, terima kasih. Cakap pasal cartoon, teringat zaman bebudak dulu. Zaman hingus meleleh, zaman makan aiskrim comot lepastu lap dekat baju, zaman main masak-masak dan macam-macam zaman lagi lah.

Tetiba rindu nak jadi budak-budak balik, haha. Tu lah, time budak-budak nak sangat jadi besar, siap berangan main mak-mak jadikan anak patung sebagai anak, hehe xD Bila dah besar nak jadi budak-budak balik. Tu lah manusia, takpernah nak menghargai apa yang kita ada kan? Ish ish ish. Lepastu teringat time tadika, tiap kali waktu rehat panjat pokok duduk atas tu dengan member-member. Time sekolah rendah, tiap kali rehat main kejar-kejar dekat tapak perhimpunan. Time sekolah menengah pun still lagi main kejar-kejar dengan member. Tapi sekarang nak main kejar-kejar dengan siapa?

Okay cukup, nanti kalau cakap lagi saya sendiri sambil type sambil touching, kan syok sendiri namanya, haha. Tengok Patrick, comel kan? Hehe ♥




P/s : Can I have my childhood back?