Saturday, July 21

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Wajib jawab ye, sebab bila kita jawab salam, banyak pahala yang boleh diperolehi. 


Sebelum terlambat, saya nak ucapkan kan kannn jeng jeng jeeeengggggggggggg *buat gaya ala-ala gambar dekat atas*

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarakh! 
 pom pom pemm kebomm *bunyi bunga api*

Alhamdulillah, dah sehari kita berpuasa. InsyaAllah kalau kita dapat tahan harini, hari-hari seterusnya pun boleh tahan juga. Mesti boleh punya! Jyeah jyeah. Saya tak terlambatkan nk cakap selamat menyambut bulan puasa kan? Haha, selagi tak raya selagi tu saya boleh cakap selamat menyambut bulan puasa thehe. 

Bila cakap pasal bulan Ramadhan, teringat masa zaman saya umur enam tujuh tahun comel lotei kecik kemetot. Masa bulan puasa still active sihat bergaya main tiap-tiap petang. Main tingting lah, main lompat sana sini lah. Bertenaga kauuu takpayah cerita kenapa. 

Kenapa takpayah cerita? Alaa faham-faham je le, hehe. Agak-agak haus, cakap dengan member nak pergi toilet, tak tahan. Asal haus je cakap nak pergi toilet jap, asal haus je toilet tu je. Tapi bila masuk rumah, brrlp brrllpp haaa alhamdulillah, lego tokak eden. Nak cakap dengan member yang saya tak puasa, tapi malu sebab diorang puasa, hehe.

Tapi tapi tapi, tu zaman dulu ye. Sekarang tak lagi. Tapi, apa yang lain jugak sekarang, tahun ni tahun pertama saya puasa tanpa family. Agak sedih, agak sunyi sebab jarang dah pagi-pagi mak ketuk pintu kejut paksa-paksa suruh bangun sahur :'3 Kena bangun sendiri. Aduih, nak tak nak, terpaksalah kan. 

Ni baru dekat Matriks. Kalau nanti saya pergi Mesir tu, haa lagi lah berapa tahun dekat sana. Memang raya saya jarang balik lah. Huih lagi sedih, apa yang boleh cuma nyanyi "walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat" ecececehh. Alhamdulillah lah dapat tawaran buat Medic dekat Egypt, tapi rasanya saya tak pergi :') Adalah sebab tertentu. Mungkin rezeki saya di tempat lain.

Lagi dua minggu saya ada exam, doakan saya ye. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan soalan-soalannya.

Lagi sekali, 
 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarakh. Jangan lupa, pergi solat terawikh ya!

Friday, July 6

Saya tinggal dekat London, tak percaya?


Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Saya tinggal dekat London, tak percaya ke? Haha, tak percaya sudah. Londang aka London. Eeuh *mata ke atas*

Haa akhirnyaaaaa! Hoyeah hoyeah hoyeahhhhh finalleeeey! Setelah mengharungi onak duri cabaran dugaan, setelah bersusah payah mencari masa untuk online, setelah bengang sebab bila nak update blog je mesti tak dapat, dan setelah itu akhirnya saya dapat update. Haha gembira mak tau nyah.

Last update haritu pasal minggu orientasi, sampai sekarang tak update-update lagi dah. Pitiful betul. Dah sebulan lebih dah saya duduk dekat matriks ni. Dah sebulan lebih dah saya menghadap dinding yang tak berplaster ni, bila nak tidur, tengok dinding, bila bangun tidur, nampak dinding lagi. Macam takde benda lain yang boleh tengok. Kalau bukan dinding, dapat tengok roommate tengah lena dibuai mimpi indah kat sebelah sana haha -,- 

Jeng jeng jenggggg! Cantik tak? Ahaha, seghonok weh seghonokk bila bangun tidur dah tak nampak dinding petak-petak tu kosong je haha. Bersemangat tau nak tampal bintang-bintang berkelipan tu dekat dinding ahaha :3 Baru lah bersemangat nak balik bilik bila habis kelas kan kan. Ops, katil bersepah. Sorry tak sempat nak kemas muahaha.

Bila duduk dekat sini kan, saya kan kan, agak kan penat kan. Pukul 8 pergi kelas, pukul satu rehat, pukul dua pergi kelas balik lepastu sampai pukul 4 baru balik. Tapi kadang-kadang ada extra class pukul 5 baru balik. Lepastu, apa yang buat saya tension sampai rasa nak bakar je matriks ni bila malam pun ada kelas. Kadang-kadang pukul 8 nak kena pergi kelas balik sampailah pukul 10. Balik kelas dah penat, terbongkang tidur. Bangun pagi siapkan kerja. Itulah rutin harian. Pitiful.

Sebab tu lah bila sampai je hari Jumaat, kemain eksaited kau haa tak terkata. Dah macam zaman sekolah balik, asal Jumaat je eksaited. Ahad petang dah lemah balik haha. Time ni lah untuk qada' tidur, untuk siapkan segala kerja, untuk outing beli barang, untuk jumpa family dan juga juga juga untuk date ehehe. Date mana boleh lepas, rindu tau kat pakwe itew haha.

Lepastu, bila duduk sini, memang rasa macam tak tahu apa-apa yang berlaku kat luar sana. Yang saya tahu, hari-hari saya balik kelas, petang pergi cafe makan, malam pergi kelas or buat kerja lepastu tidur, bangun buat benda yang sama lagi. Memang patut pun Haikal kata matriks tak ada life. Lifeless betul.

Alaa rileks lah, setahun je pun dekat sini. Time ni lah kena belajar betul-betul, kasi habis-habisan belajar biar tension pun masa ni je bukan masa lain ahaha. Walaupun agak penat. Tapi sebaik ada roommate yang sangat funny, suka gelak tak ingat dunia sampai berguling-guling dekat lantai, ada yang suka terlompat sana sini macam apa je haha. Yang best, dapat roommate yang suka nyanyi lagu hindustan haha.

Ini roommate saya mwehehe. Sebaik dapat yang best, takde lah tension hari-hari menghadap muka diorang ni haha. Bila dah masuk matriks ni, apa yang best dekat sini Masjid Tanah je -,- Tu pun cuma ada KFC. Tempat shopping paling best, Family Store ahaha -,- 


Yang ni bila layan dia boleh jadi gila, gelak sampai terbatuk-batuk. Datang dia punya gedik, mak aih tak tertahan haha. Tapi apa yang bestnya, suka kenakan dia. Time pukul 1 lebih kejut dia suruh bangun cakap dah pukul 5. Dia pun ikut je bangun pergi buat kerja, ahaha lawak gila xD

Yang ni pulak, dia bila tidur je mesti tak sedar diri. Lepastu bila kejut, datang dia punya mamai. Entah apa yang dia cakap, lepastu tetibe duduk dekat katil, senyum lepastu tidur balik. Pelik -,- Scary pun ada sebenarnya haha :3

Dan, saya tak lupa dekat someone ni. Rindu gila dekat dia. Lama dah tak jumpa dia, rindu nak tengok dia gelak, rindu nak tengok dia joget-joget, haha.

Haikal, I miss you :(

P/s : Tak sabar nak balik nak tidur dekat rumah :'3