Friday, May 25

I'll be here patiently waiting.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got, we got a lot at stake and in the end, you're still my friend at least we did intend. For us to work we didn't break, we didn't burn, we had to learn how to bend without the world caving in. 

 Yes, a friend in need is a friend indeed. She helped me a lot. Walaupun umur kami tak sama, kami dah berkawan sejak umur lima tahun dan masa tu saya enam tahun. Masa tu, masing-masing selekeh je. Tiap-tiap petang mesti pergi main basikal. Lepastu, barang mainan kitorang mesti sama. Pernah dulu kitorang ada mainan rumah besar siap dengan perabot dan ada satu family. Mulalah nanti tiap-tiap petang susun rumah tu sebelah-sebelah, buat ala-ala jiran yang bermuafakat xD

Ada satu petang tu, budak-budak datang belajar mengaji dekat rumah jiran. Saya dengan dia tetibe buat apa ntah dengan sorang budak lelaki yang nak balik dari mengaji tu. Yang saya ingat, budak tu baru balik dari sekolah agama sebab dia pakai uniform sekolah agama. Lepastu, saya tak ingat apa yang jadi. Yang saya ingat, kitorang tolak budak tu sampai dia jatuh dekat longkang dan dengan muka innocent jalan pergi dari tempat tu. Maaf ye wak hehe.

Kitorang ada satu hobi, suka petik cili dekat depan rumah orang. Tiap-tiap petang mesti kitorang kayuh basikal pergi rumah sorang makcik ni. Depan rumah makcik ni ada pangkin, sebelah dia ada pokok cili. Kitorang suka datang sana sebab boleh main masak-masak. Habis botak pokok cili dia kitorang kerjakan. Yang buat makcik tu mengamuk sampai mengadu dekat mak kitorang, kitorang dah lah petik cili dia, lepastu amek batu tumbuk dekat pangkin dia. Habis kotor. Bila dah kena marah, serik sekejap. lepastu sambung balik. Tapi bukan lagi pokok cili, malah pokok limau kasturi menjadi pilihan.


Ops, maaf. Muka saya tu err sebenarnya saya nak kembungkan pipi tapi tak jadi. K tipu je, dah memang saya suka buat muka macam tu hehe. Masa ni kitorang masih tadika. Rindu sangat. Teringat masa bulan puasa. Dia puasa penuh. Saya ni? Err haha. Ada satu petang tu, kitorang suka main tingting. Tahu tingting? Kalau taktahu, kesiannya awak. Awak tidak mengalami zaman kanak-kanak yang indah seperti kami hehe. Haha, agak-agak taktahu jugak tu apalagi google pergi. 

Okay sambung, kitorang main tingting. Time tu bulan puasa. Cuaca panas. Terlompat sana sini. Peluh dah mengalir. Saya cakap dengan dia yang saya puasa, sebab malu nak bagitahu kebenaran time tu sebab dia puasa hehe. Tapi, time main tu saya selalu cakap nak balik rumah kejap sebab nak terkencing. Tapi bila masuk rumah, bukak peti sejuk, haaa kauu lega tekak aku. Lepastu keluar sambung main, bila haus balik cakap balik nak kencing. 

Banyak sangat kenangan kami, sampai saya rasa kalau saya ceritakan semuanya tak tercukup, tak terlarat korang nak baca. Sekarang, dunia dah berubah, zaman semakin maju. Kitorang masih lagi rapat macam dulu. Bila jumpa ada je benda nak buat. Perangai masih lagi kebudak-budakan. Well, kitorang kan kanak-kanak ribena. Wink wink *buat muka comel*

Tahun lepas, tangan kanan saya patah. Eksiden sebab jatuh basikal. K kelakar kan? Dah stop gelak lah alahmak ai. Asal saya cakap jatuh basikal semua nak gelak. Sakitnya siapa yang rasa sekarang? K emosi lebih haha. Time tangan saya bersimen tu, dia datang melawat saya. Dia bawakkan kek. Lepastu dia suapkan saya makan kek tu. Sebelum dia balik, dia ada tinggalkan sesuatu. Dia pakai marker merah tulis nama dia sebesar yang boleh dekat simen saya tu :D

"Semoga cepat sembuh"

Bulan puasa tahun lepas, kitorang pergi terawikh sama-sama. Sejujurnya saya mengaku, saya tak boleh kusyuk solat kalau sebelah dia. Nanti ada je benda yang nak digelakkan. mana taknya, time tengah solat, dia angkat takbir sampai telekung saya dia tarik. Terpaksa saya sengetkan kepala ni kalau tak mau tercabut telekung tu. Lepastu bila sujud, mesti dia tarik telekung sekali. Tahan punya tahan sampai tak tertahan, dah gelak-gelak dah time tu. Last-last, suruh mak kitorang solat tengah-tengah baru okay. 
Sekarang ni, bila jumpa dua-dua still immature. Tergelak-gelak, bila tengok movie seram, mulalah dia nak menggedik ketakutan. Tapi, satu je yang saya agak tension bila tengok movie dengan dia. Dia takkan terlepas daripada melakukan satu perkara ni. Perkara yang membuatkan tahap kesabaran saya tergugat sampaikan rasa macam nak amek bantal ketuk kepala dia. Dia suka tanya macam ni bila tengok movie sama-sama

"Nana, kenapa dia mati? Tu siapa? Diorang ni semua berpenyakit ke? Apa jadi lepas ni? Yang ni siapa? Takpernah nampak pun dalam cerita ni? Eee kenapa dia tu? Eeeee yang tu darah ke? Aku tak boleh lah, aku kena tahu ending dia cemana baru aku tahu cerita ni pasal apa!" 

Eh ai, sabar tak sabar je lah saya menjawab satu per satu. Sampai satu tahap, terpaksa marah dia suruh tunggu habis cerita ni baru tanya. Hilang fokus mak tahu tak haha. Then, ada satu malam, kitorang lepak sama-sama. Mulalah nak main lampu, tutup lampu lepastu amek gambar. Bila gambar tu jadi, dia punya eksaited, mak haih.

Lepastu, dia ajak saya buat kerja yang menakutkan. K agak kelakar tapi menakutkan. Hahaahaha *sambil type sambil gelak* malam tu, kitorang lepak. Dah boring, saya amek gambar dengan dia. Tetiba dia ajak amek gambar jadi hantu. Mulalah tutup lampu, rambut diserabutkan, buat ala-ala hantu. Nak dijadikan cerita, kitorang pergi pakai telekung. Okay yang scary. Scary bila saya jadi hantu lah. Dia jadi hantu? Bhahaha sangat kelakar! Dengan rambut dia terkeluar, dengan spec dia lepastu nampak kaki. Hahaha dari seram terus pecah perut gelak.


Sekarang, saya dah habis sekolah dan akan sambung belajar tak lama lagi. Dia pun akan ambil SPM tahun ni. Sedar tak sedar, masa berlalu terlalu cepat. Saya akan sambung belajar Isnin ni. Ingatkan nak jumpa dia harini, tapi tadi dia bbm saya, dia hantar 

"Aitu last laa aku jumpa kau..aini aku nak gerak p perlis sampai ari isnin..kau jaga diri kay..jangan nakal2 kat sana..study hard! love youuu..kalau rindu aku,tgk gambar hantu kita kay ❤"

Sebak hati ni bila baca bbm dia. Sury, tunggu aku balik okay? Nanti kita jumpa then aku belanja kau makan donut macam yang aku janji tu. Aku sentiasa doakan kau, belajar rajin-rajin okay. Buat sehabis boleh untuk spm nanti. Nanti kalau ada pape soalan yang kau tak faham, bbm aku okay? Aku takde dekat rumah, kalau boleh aku ajar kau tapi aku dekat hostel nanti. Kau bbm aku je okay. And, doakan aku ye? Semoga aku berjaya dan kau juga. And, friend forever kay! :')



P/s : Mahsuri Sabtu, aku sayang kau.




Saturday, May 19

Arwah tu baik sifatnya.

Assalammualaikum, 

Ini bukan lagi propaganza, malah bukan melodi mahupun rancangan 360. Okay tak masuk. Arwah tu baik sifatnya. Ye, sangat baik. Tapi siapakah? Haa meh cek habaq mai. 

Semua orang ada binatang peliharaan kan, kalau dalam english, lovely pet lah apa ke. Ada yang bela kucing, hamster ke tikus ke biawak ke yang pasti jangan sesekali bela hanjing atau babbeyy bagi yang Islam. Tapi, saya lain dari yang lain sikit. Saya tak bela kucing. Hamster? Haa tidak. Biawak? Haa lagi lah tidak. Tapi saya bela anak ayam. Mereka comel-comel belaka *lompat bintang* ❤


See, comelkan? Semua yang masih baru semua takut nak pegang. Takut kena patuk lah, takut kena cakar lah, yang paling tak masuk, takut kena gigit. Err ayam gigit? Tolonglah, dia tak gigit okay. Ayam ni manja. Kalau saya tengah duduk, nanti dia datang dekat kaki saya. Bila saya angkat dia, dia sandarkan kepala dia lepastu tidur. Comel kan? :)

Sekarang, mak ayam tu *ehehehe* takde dekat rumah. Ayah saya hantar dia pergi tempat lain sebab dia nak bertelur. Jadi, tinggallah anak-anaknya dekat rumah ayam tu. Tapi, ayah ada beli lagi sekor ayam jantan. Ayam sabung. Tahu? Kalau taktahu, pergi google. Nama dia Ajak. Badan dia besar, tapi sebenarnya dia masih keanak-anakan dan dia pun comel juga. 


Tengok, comel kan? Okay dah cukup. Saya rasa dah banyak kali saya type perkataan "comel" ni. Tapi hakikatnya anak ayam ni memang comel. Biasalah, nama pun anak ayam. Tapi, pagi tadi sedang saya bermimpi indah menari di awang-awangan, tetibe suara mak saya masuk dalam mimpi tu

"Nanaaa, nanaa! Bangun! Anak ayam dah mati, kesian dia"

Dan saya macam err apalah yang emak saya merepek pepagi buta ni hehe. Dengan mata terbuka setengah, mak cakap balik, terus besau haa mata ni. Terus pergi rumah ayam tengok apa jadi. Anak ayam ada sembilan ekor termasuk Ajak ada 10. Tapi yang tinggal dalam rumah ayam tu cuma 4 ekor dan 4 ekor tu cuma bangkai je.

Tiga ekor anak ayam dan Ajak dalam tu. Diorang dah mati. Leher Ajak patah. Mulut dia berdarah, bulu dia tercabut. Lagi tiga ekor anak ayam tu ada yang leher patah, isi perut terkeluar, dah ada yang dah jadi leper. Awak boleh bayangkan tak apa perasaan saya masa tengok ayam yang hari-hari saya peluk kadang-kadang cium, hari-hari saya bagi makan, jadi macam tu? Sebak.

Saya ingat lagi 6 ekor dah hilang jugak, pergi cari, diorang ada sekumpulan dekat depan rumah. Mesti diorang fobia. Mereka masih kecil. Kesian diorang. Pergi rumah kakak nak bagitahu ayam dah mati. Btw, rumah kitorang depan-depan je. Tak tahu kenapa, sebak semacam sampai bagitahu abang yang ayam dah mati sambil menangis. 

Jalan balik rumah pun masih menangis. Bila tengok mak angkat arwah ayam tu semua, menangis lagi. Bila on fb, kakak lagi sorang yang dekat Utem tanya kenapa, bagitahu dekat dia, menangis lagi. Lepastu dia call, dia pulak yang menangis. Sedih dia lain macam. Sedih dengan cara dia mati. Kejam sungguh. Biawak atau musang yang bunuh belum pasti. 

Sweet kan diorang? Pandai buat bentuk love. Tapi, yang tengah tu salah satu yang mati. Sedih sangat. Kesian dia. Tak sanggup nak tanamkan sampai suruh jiran tolong tanamkan dia. Takpe, mereka lebih bahagia berada di sisi Allah. Ada lagi 6 ekor, saya akan jaga diorang betul-betul :')




P/s : Semoga mereka tenang disana :'(







Tuesday, May 15

Kau terima apa adaku.

Hai, Assalammualaikum murid-murid. Harini saya nak kongsikan cerita saya ketika saya di zaman persekolahan dahulu kala, cehh. 

Dulu, dari saya form 1 sampai habis sekolah, saya mesti dapat kelas tingkat paling atas dan terletak hujung bangunan. Dan apa yang tak tinggal, keluhan ketika naik tangga hari-hari dari form 1 sampai form 5 "Aduhyai, bila lah nak sampai ni" lepastu "Apahal tangga ni tinggi sangat!" dan bila dah nak sampai "Fyeah! Sikit lagi sikit lagi, aku boleh dan yeaaaaaaaahhhhhh!" Lepastu semput. Itulah rutin harian saya time sekolah dulu.

Dan sekarang, saya nak ceritakan kenangan saya dengan cikgu-cikgu saya. Dekat sikit meh. 

Saya takde dalam gambar, tak aci ni -,-

"Assalammualaikum Tuan Haji!" Haa, yang ni ayahanda kami. Guru tingkatan 5Emas. Hok ohh, sepesel kan nama kelas kitorang? Well *tangan dibahu* Cikgu ni suka panggil saya dengan Farahin artis malim. Err haha. Cikgu ni ajar kitorang subjek Sejarah. Time dalam kelas, sejujurnya saya tak pernah bagi perhatian time dia mengajar. Duduk paling depan lepastu gelak-gelak sampai cikgu dah amek raket badminton nak ketuk saya. Lepastu, bila sejarah, perkara biasa berlaku lah kan - mengantuk to death. Mula lah nak suruh cikgu cerita pasal firaun ke apa ke sebab taknak belajar sejarah punya pasal. Cikgu pun leka cerita, kitorang pun leka suka kegembiraan.

Time Spm dah dekat, cikgu semua risau suruh kitorang concentrate. Time cikgu bagi soalan suruh jawab, saya keluar senyap-senyap dari kelas pergi main hujan depan kelas dengan member yang lain. Geng mak ayam saya, mwehehe. Main hujan dah terjerit-jerit tergelak-gelak sampai cikgu keluar suruh masuk kelas. Lepastu keluar balik main balik hujan. Cikgu, maaf ye. Mesti darah cikgu naik kan. Tapi takpe, kami comel sebabtu cikgu marah kejap je. Eh? Haha.

Okay, dalam ni ada saya baru aci :D

"Hello Cikgu Sherryyy~" Hek ehh, top kan nama cikgu bm saya? Haha, well lagi sekali. Okay leklu, jangan lempang saya tolong *angkat tangan* Cikgu Sharinor ni best. Supporting gila, but kadang-kadang biasalah bila dah marah tu, mesti semua diam kan. Cikgu bm amat pentingkan gred dalam exam. Siapa yang tak dapat A haa siaplah kau kena. Nak dijadikan cerita, time exam cikgu masuk kelas terus cakap "Ada 15orang tak dapat A, saya sebutkan nama sila berdiri atas kerusi" Masa tu saya punya takut sampai nervous system saya ni dah macam hape dah. Nama demi nama dah sebut. Tinggal nama ke-14 dan saya haaaaaah lega nama aku takde. Tiba nama ke-15 cikgu sebut "Nur Diyanah Hamzah" dan saya dah asdfghjkl!

Bila dah kena diri atas kerusi, dah kena cubit dekat perut sampai rasa nak menangis tahu. Mak haih first time saya kena cubit dekat perut. Mata terus berair, sakit gila weh sakit sampai member india saya tu terus sapu Vicks dekat perut dia. Lol! Dah lah kena diri atas kerusi, kena cubit lagi. Lepastu cikgu marah cikgu kata "Saya cabar awak dapat A dalam bm masa Spm nanti. Cemana boleh tak?!" dan waktu Spm saya berjaya buktikan dekat cikgu. Cikgu menangis sambil pegang pipi pau saya dan cakap "Happy tak dapat A?" sambil menangis :')

Gemuknya -,-

"Hai Cikgu DJ!" Haa yang ni cikgu math saya. Dan cikgu ni jugak part-time dj. Bila ada apa-apa function mesti muka dia je yang jadi dj. Seriously, cikgu ni dah macam member-member kitorang je. Time dalam kelas, dia mengajar. Tapi prinsip dia, time dia ajar, siapa nak belajar, focus. Siapa taknak, takyah belajar. Tapi yang peliknya bila tak buat kerja tetibe kena rotan. Err biasalah tu kan. Lepastu suka cakap kitorang "Kau ni macam mak nenek lah! Memekak je dari tadi" Cikgu ni ada habit tau. Habis rotan kitorang. Time dia masuk kelas je rotan dia mesti merayap -,- Lepastu mulalah kitorang mula bergymnastik dalam kelas tu nak elak daripada kena rotan. 

Tapi, luar sekolah, dia gila best! Jadi dj, jakgi dengar suara dia je yang karoke. Tak boleh jadi, geng! Serbu~ Dah mula lah dari pagi sampai petang kitorang dekat situ. Berduet dengan cikgu, nyanyi ada yang joget joget. Cikgu layankan aje. Cikgu serious okay. Cikgu, even saya tak belajar math time dalam kelas, saya bersyukur sangat cikgu ajar saya math, saya faham gilo. Even kadang-kadang bila saya tanya cikgu soalan cikgu malas nak layan saya. Err takpe saya faham -,-

Masa amek result SPM :'D Dari kiri : Ieya, Bairah, teacher, saya, Byha, Farahin.

"Hei apalah masalah anda? *rolling eyes*" Haa ni tagline wajib teacher Lim time mengajar dalam kelas. Biasalah bila mula nak belajar addmath madang blur je otak ni. Bila tanya punya tanya, dia dah naik bengang, mengajar sambil ketuk kapur kuat-kuat dekat papan hitam. Lepastu bila kitorang tak faham, haa dia mula lah nak jadi mak tiri. Tangan disilangkan, mata ke atas sambil mengajar. Dan saya selalu cakap dekat kawan sebelah "Weh, cuba kau tengok muka teacher, cam bagus je kan?" lepastu dah gelak-gelak XD

Ada satu part tu, member tanya soalan dekat teacher. Dia mula lah nak marah mengamuk membebel semua. Lepastu dia marah Byha pulak sebab byha pun pergi tanya soalan dekat dia. Kebetulan Byha duduk sebelah saya time tu. Teacher pulak marah marah pandang Byha. Macam biasa, buat muka cembagus teacher tu, lol. Byha dah tunduk tersengih-sengih lepastu pandang saya yang tengah cuba buat muka serious. Jakgi Byha bengong pergi cakap dekat saya "Itew nak tanya soalan tu dekat teacher je kan kan" dalam nada bisik dan muka poker face dia tu. Saya yang cuba buat muka serious tu terus terbantut dah takboleh nak tahan, badan dah bergegar-gegar tahan gelak. Teacher bengang je time tu haha.


"Hai Ustaz comel~" Ustaz ni memang best. Kelakar habis, supporting habis, dan apa yang habis betul-betul habis nye, saya takpernah lengkapkan kerja rumah yang dia bagi. Hehe. Bila dia suruh hantar, mesti cakap esok. lepastu esok cakap esok lagi sampailah habis sekolah hehe. Ustaz ni best, kelakar. Bila belajar bab kahwin mula lah ustaz kata dia ada kosong lagi tiga bhaha! -,- Lepastu bila ustaz tanya ada soalan ke tak, mula lah ada sorang member saya tanya soalan ala-ala drama melayu tu. Sebaik dia comel, kalau tak dah lama saya rejam bantal dekat dia hehe.

Time datang sekolah nak amek result, terserempak ustaz, dari jauh ustaz dah jerit "Nanti jangan lupa bagitahu saya result awak. Saya taknak tahu yang lain, saya nak tahu agama je heheh" Dan kitorang dah "err ustaz ni kan, sibuk je tau -,-" tapi cakap dalam hati je lah. Berkat doa dan usaha kami, semua berjaya dapat A dalam Agama untuk Spm :D Alhamdulillah. Even saya tak pernah hantar nota or kerja rumah, tak pernah hafal Pafa tapi ustaz tetap luluskan jugak hehe. Syukran ya Ustaz :D


"Awak dah tingkatan empat, takkan tak tahu lagi time biology kena pergi makmal? Takkan saya nak panggil awak macam cikgu-cikgu lain?!" First class bilogy time form4 dah kena marah. Selalunya cikgu lain akan bagi intro kenal kenal semua, tapi datang je cikgu Fazura, haa intro baik punya dia bagi. Semua takut nak terkencing time tu. Nampak tak ketakutan yang dialami? Cikgu time mengajar memang superb tegas garang. Lagi-lagi time dia lalu sebelah time buat latihan, memang tangan tak boleh nak gerak. Dalam makmal, tak sah kalau tak mengantuk. Duduk paling depan pulak tu. Kalau mata ni terlelap kejap je haa kau tunggu lah. Punya lah takut sampai mata ni tahan punya tahan. Nak cakap dalam makmal lagi lah takut. Sampai nak cakap dengan Byha yang ada dekat sebelah ni pun tulis dekat dalam buku. Tu pun buat ala-ala salin nota, lol.

Tapi, baruku tahu. Segarang-garang cikgu Bio saya ni, gedik dia tetap ada haha! Time dia garang, haa nak gerak pun takut. Tapi time dia okay, alalala cikgu comel nyeee! Time amek result Spm, sejujurnya terharu bila dia menangis sambil peluk saya lepastu cakap "Eeeee anak murid aku pandai lah, sukanya aku!" walaupun saya cakap "Tapi cikgu, bio saya tak dapat A -,-'" Rasa terharu gila bila cikgu cakap camtu :'D

Ini semua act depan camera je okay lol.

"Hai Mama Peah~" Walaupun cikgu Rafeah ni tak pernah ajar saya dalam kelas, dia banyak bagi saya semangat, dorongan semua. Cikgu selalu ambil berat pasal subjek Sejarah saya even kitorang kalau jumpa mesti dekat bilik muzik. Cikgu ni memang serious supporting! Tak tipu. Kadang-kadang selalu mintak tolong cikgu hantar balik rumah, hehe. Cikgu selalu ceritakan apa-apa dekat kitorang time dalam bilik muzik even budak-budak ni tengah main alat muzik. Bayangkan kitorang dengar atau tak apa yang cikgu cakapkan tu. haha, main angguk je kononnya dengar apa yang cikgu ceritakan tu haha.

Time balik sekolah, mesti kitorang lepak dekat bilik muzik. Bersuka ria dalam tu dengan cikgu Rafeah dan cikgu Syikin. Bilik muzik dah macam rumah kedua bagi saya dan cikgu dah macam emak saya dekat sekolah :'D Terima kasih cikgu sebab cikgu banyak menaikkan semangat saya. Saya sayang cikgu. 

Yeah kami geng biru walaupun saya dan byha rumah sukan merah dan Bairah rumah sukan kuning xD

 "Korang ni memang macam mangkuk tingkat betul lah!" Well, saya dah biasa dah dengar ayat ni dari cikgu Syikin aka Mama Otin saya ni. Cikgu Syikin pernah ajar saya Sejarah time form2 je. Lepastu takde ajar lagi dah. Tapi, cikgu ajar saya benda lain. Ilmu yang berguna untuk saya teruskan hari saya. Banyak dah halangan kami tempuh bersama. Time band, time latihan untuk konsert gala muzikal selalu pasang niat nak ajak cikgu pergi mcd tapi mesti tak menjadi haha. 

Teringat time nyanyi lagu "Kaulah Segalanya" dengan cikgu. Latihan untuk nyanyian solo. Cikgu nyanyi sekali dengan saya. Teringat time first time kena nyanyi depan cikgu time dalam bilik muzik. Cuma saya dengan cikgu je dalam tu. Nampak tak betapa takutnya. Tapi tu dulu lah, sekarang ni, siap pasang muzik pasang microphone lepastu memekak depan cikgu. Tak pasang muzik suruh member main piano kitorang bersuka ria haha. Tapi sebaik cikgu ni penyabar orangnya haha. Kalau tak agaknya dah lama kena maki kot. Err kena maki dengan cikgu Syikin? Dah biasa. Well *angkat bahu*

Okay, sekarang ni saya nak cakap ni. Ohh cikguuuu tengok ni :D 





P/s : TERIMA KASIH CIKGU! JASA CIKGU TAK AKAN SAYA LUPAKAN :'D
*BUNYI BUNGA API SEKALI*






Satu perubahan ketara ohh wahh.

Assalammualaikum, sini-sini cepat, nak cakap ni *nada berbisik* Haikal, I love you! Banggg bomm pangg pommm *bunyi mercun* 

Baiklah, cukup satu ayat untuk mukadimahnya ye anak-anak. Haha, sebenarnya mak nak bagitahu ni, haritu mak dah keboringan duduk rumah, mak dengan kawan mak, Mak Sury ni buatlah satu plan yang dinanti-nanti time waktu pagi tu. 

 
Haaa kauu! Tudiaaaa~ Make up lagi. Oleh siapa lagi kalau bukan makeup artist-to-be kitaaaaaaa jeng jeng jenggggggg Suryyyyyy~ Dia make up kan saya. Even mata ni sungguh tidak selesa pakai bulu mata yang melekat tu, thanks a lot okay Sury sebab sanggup sumbangkan make up kau dekat muka aku ni haha. Muah muah~ Tapi, yang tak boleh tahannye, time dah siap make up semua tetibe mak ketuk pintu sambil cakap

"Nana! Mak suruh masak nasi tadi dah masak ke belum?!"

Dan, dunia seakan bergegar, kedua-duanya menjadi huru hara, haru biru dan semakin kelam kabut, saya terpaksa salin baju balik, cabut selendang sepantas kilat, dan terpaksa keluar pergi dapur dengan make up dan bulu mata ini. Dan apabila keluar je dari bilik, jenguk dari tepi langsir, pastikan tiada siapa yang nampak, dan okay cepat pergi dapur sssssssup! *bunyi lari*

Tengah basuh beras, tetibe kakak datang, and she was like "whoaaaaaaaa kau make up?!" Dan saya hanya mampu ber-hehehehe diam tersipu malu macam apa je. Dah lah make up dengan bulu mata kemain lepastu pergi dapur masak nasi. Hehe, bergaya tak saya? Kan kan, dah takyah cakap saya tahu saya bergaya. Panggg! *kena sepak* 


Lagi sekali, terima kasih tau Sury! Eheeee :D Aku doakan agar impian kau tercapai, nak jadi part time mak andam kan. Yeahhh! Go go Sury boleh! Ehehe. Pst, aku tahu, kau mesti tengah tersenyum baca ni kan Sury? Herrrr *rolling eyes*




P/s : Aku ingat janji kau, sponsor make up time aku kahwin nanti! LOL!




 

Monday, May 7

Sungguh aku takbisa, sampai kapan pun tak bisa.


Tak pelbagai kata ku ungkap percuma agar kau percaya cintaku berharga. Sungguh aku takbisa, sampai kapan pun tak bisa. Sesungguhnya aku tak mampu. 

Aceceh, jiwang tak kita ni? Haha biasalah muka je nampak gangster *angkat kening* tapi hati itew ada taman tawu tak haha. Okay tolonglah jangan berkata sedemikian. Bajet je muka nak gangster macam Aaron Aziz dalam KL Gangster tu. Eh tak tak, Aaron tak gangster, Aaron maachioooo uuuuuu terpikat kitaaaa bila tengok dia lagi lagi dalam Ombak Rindu tu. Seriously cakap time dalam wayang saya menangis bila tengok dia menangis. Cinta sejati lah katakan. Okay out of topic ye diyana. Tolonglah. 


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ Tumpang lalu~ ✿ ✿ ✿ ✿


Sekarang ni saya dalam dilema. Ya, macam dekat Astro Oasis tu. Dilema Wanita tu. Ya, saya macam diorang. Tapi takde lah seteruk diorang haha. Kan sekarang ni result Upu dah keluar, Alhamdulillah. Saya dapat sambung belajar dekat Upu. And siapa yang tak dapat Upu tu, jangan sedih okay? Ada rezeki lain untuk korang nanti. And good luck siapa yang pergi form 6, jangan lah rasa down. Form 6 bukan senang, saya tak dapat pun form 6 tau :3

Okay macam ni cerita dia, saya dapat UiTM. Bukan asasi, tapi cuma diploma dalam bidang engineering elektrik (elektronik) dekat mana saya taktahu haha. Lepastu, saya bingung sampai rasa macam bangang nak pergi yang mana satu bila saya dapat Matrikulasi juga. Matriks saya dapat kursus setahun dalam bidang Sains. Engineering or Sains? Tiga tahun atau setahun? Dua perkara yang tersangatlah berbeza sampai saya rasa macam asdfghjkl -,-

Tu lah, dari sekolah dulu takpernah nak fikir nak sambung apa. Dulu tak habis habis dengan berangan "kau bayangkan .. kau bayangkan.. " dengan Byha lepastu buat buat pengsan. Sikit pun takde nak fikir nak sambung apa lepasni. Haa sekarang ni dah mati kutu dekat sini taktahu nak pergi yang mana. Rasa macam nak hentak hentak kepala dekat bantal je rasa.

Ayah nak saya jadi engineer, mak pula nak saya jadi doktor. Hohhhh -oo- Acane ni? Haaa, kang ada yang saya kahwin je ni kang haa. Haha Haikal, masuk minang cepat kita kahwin jom haha. Ehh Haikal nak ke kahwin dengan saya? haha -,-' Okay dah. Cikgu saya pulak cakap pergi matriks. Kakak saya cakap pergi UiTM. Kakak yang lagi sorang pulak cakap matriks. Haiyoo amma appa waeee? Haa kan dah bercampur india dengan korea haha. Haa nampak tak permainan dia?

Lepastu *haa tak habis lagi ni* diorang cakap pasal environment diorang pula. Diorang kata UiTM okay sebab tiga tahun. Matriks pula agak pressure sebab setahun then kena fokus habis. Tapi kalau bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian boleh kan? Tapi kena fokus, takboleh nak main-main macam time sekolah lagi dah. Rasa macam membazir lagi dua tahun tu boleh kahwin. Cukup pasal kahwin, kang ada kena debik ni kang -,-

Sekarang ni, saya hanya mampu berdoa kepada Allah, berikan saya petunjuk yang mana terbaik untuk saya. Doa dan berkat ibu bapa, insyaAllah saya akan berjaya. Amin ya Rabbal Alamin :')



P/s : Kahwin pun susah sebenarnya, haha!





Friday, May 4

Twinkle twinkle little star, how I wonder what you are.



Who lives in pineapple under the sea? Absorbant and yellow and porous is he. If nautical nonsense be something you wish,  then drop on the deck and flop like a fish. 

SpongeBob SquarePants, jangan nak pelik sangat kalau saya cakap saya peminat setia cerita ni. Haha, korang pun sama kan? Baik cakap ye cepat! *paksa* Walaupun Haikal selalu dapat tengok episode baru dan selalu ejek saya ketinggalan, ada ku kisah hehe. Sejujurnya, setiap kali tengok mesti tersenyum sensorang. Sehari tak tengok rasa macam asdfghjkl sampai mak marah mak cakap

"Kau ni Nana, dah takde cerita lain ke?! Pagi petang siang malam cerita jelah. Macam takde cerita lain je tak habis-habis spambob!"

Mak, leklu~ Pangggg! *kena tampar* okay tipu je tu. Saya tak tahu kenapa saya suka sangat tengok cerita ni sampai semua orang menyirap bila diorang tertukar siaran tetibe cerita Spongebob ada, hewhew. Sejujurnya, berulang-ulang kali tengok episode yang sama, still senyum sorang-sorang, gelak part yang sama non-stop. Haha, dah jiwa Spongebob kan nak buat cemana~ *rolling eyes*

     

Cukuplah SpongeBob sebagai mukadimahnya ya. Apa yang saya nak cerita sebenarnya ni, saya ada tiga orang tentera yahooo! Tepuk tangan sikit, tepuk tangan. Yeay! Tiga tentera yang suka buat asdfghjklzx.;dsfknj erk tak faham? Ahaha, ce bukak google translate, tengok apa maksud dia. 


Ye, tudia~ Tiga orang tentera saya. Tentera paling kuat berangan, ofcourse si minah sorang tu, Damia. Dia punya berangan, mak haih. Umur baru empat tahun, tapi mulut macam mak nenek. Bila kita marah dia, dia marah kita balik siap letak tangan dekat pinggang. Tension mak tau eish. 

Lagi sorang tentera bernama Danish, yang berbaju tidur kotak-kotak tu, dia ada satu habit iaitu suka buat muka comel dia sambil nyanyi lagu twinkle twinkle jalan terkedek. Jangan terperdaya! Sama ada dia hendak melayak anda ataupun memukul belakang anda secara tiba-tiba, jadi berhati-hati!

Yang lagi sorang tu nama dia Farish, yang nak jelirkan lidah jugak tapi tak jadi tu, dia lagi lah. Time tengah mandi dia still boleh lari keluar nak ambil bola sambil buntut terkedek-kedek dan berlari semula ke bilik air sambil kentut di merata tempat. Tak senonoh punya budak kecik -.-

Dan, apabila mereka bertiga bergabung, boomm boom bang banggg kebabommm putttt *bunyi kentut* dushh dashhh pekkkk! *kena sepuk dekat buntut sebab nakal sangat* Astaghfirullah, punya ah penat jaga diorang tiga orang. Leka sikit, dah mula berebut itu ini, leka sikit dah mula air tumpah lepastu diorang berniat baik nak lap balik tapi satu rumah melekit, leka sikit diorang dah mula ber peek pukkk boom bang balik.

Dan, satu cara nak buat mereka duduk terdiam tanpa berkata apa-apa dan bergerak walau sedikit pun.


Apabila rancangan SpongeBob SquarePants disiarkan :">




P/s : Ternyata mereka ikut perangai saya :b